Sabtu, 29 Ogos 2009

GURU PASTI ALFALAH KG JAYA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA







Kg Mak Cili, 27 Ogos 2009 Sempena dengan bulan ramadan yang mulia ini PAS Kawasan Kemaman telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya dan berbuka puasa kepada Guru-guru yang berada dibawah naungan PAS Kawasan Kemaman seperti sekolah Pasti, Pondok Mustaqim dan sekolah Darul Taqwa. Tak terkecuali guru-guru Pasti Al Falah Surau Kg Jaya turut menerima sumbangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato Harun Taib yang kemudiannya berbuka puasa bersama penduduk setempat dan berceramah pada malamnya.

Khamis, 27 Ogos 2009

MEMBUAT AMAL JARIAH DI SUBUH HARI







Kg Jaya, 27 OGOS 2009, Beberapa orang AJK dan berjemaah bergotong royong me'macking' buah kurma dalam 'cup' untuk diagih-agihkan kepada jemaah prog ram 'berbuka puasa bersama ustaz Azhar Idrus' pada 28 ogos, hari jumaat di Taman Islam.

Kerja me'macking' ini hanya mengambil masa tak sampai 1/2 jam hasil kerjasama dan keikhlasan yang ditunjukkan. Terima kasih kepada semua yang telah membantu.

Rabu, 26 Ogos 2009

TAHNIAH! PAS MENANG BERGAYA

Permatang Pasir, Pulang Pinang, Alhamdullilah PAS mengekalkan kemenangan rakyat dengan bergaya iaitu majoriti melebihi 4000. Seluruh penyokong pakatan rakyat seluruh negara merayakan kemenangan ini. Ini satu tanda bahawa UMNO dan Be End sudah nazak dan menunggu masa untuk dikubur dan ditalqinkan pada PRU13 nanti. Kepada seluruh rakyat Malaysia cukuplah kita ditipu selama ini, ayuh! kita kuburkan UMNO dan BN dan kembalikan pemerintahan negara kepada mereka yang lebih adil, telus dan bijaksana - a.k.a. Pemimpin yang takut kepada ALLAH

Sabtu, 22 Ogos 2009

BERAS 2000 BEG DIPERLUKAN UNTUK FAKIR MISKIN KEMAMAN








21 Ogos 2009/1 Ramadan 1430, Surau kg jaya sedang dalam usaha mengumpul beras sebanyak mungkin untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin seluruh kemaman menjelang hari raya pada tahun ini. Tuan-tuan yang hendak menderma atau membayar fidyah puasa untuk diri sendiri atau ibubapa, bolehlah menghantar beras bersaiz 5 KG ke surau ini pada bila-bila masa daripada sekarang. Sehingga kini...


Jumlah Setakat 9 Sept 2009 : 1337 beg. -


"Berlumbalah pada membuat kebajikan di bulan Ramadan"

Malam Pertama Tarawikh di Surau Kg Jaya


Makmum sedang khusyuk mendengar tazkirah.


Ustaz Mat Zain sedang menyampaikan Tazkirah selepas 4 rakaat.
Tapi jangan panjang sangat ustaz, nanti makmum lari.

Gotong Royong persiapan Ramadhan







USTAZ ARIFFIN SABIRIN CEO INHILAL MEMBICARAKAN BAB HARTA PUSAKA



Kg Jaya, 20 Ogos 2009 (Jumaat) Ustaz Arifin Sabirin dari Kuala Lumpur telah bertandang ke surau kg jaya menyampaikan kuliah maghrib bertajuk Harta Pusaka. Persoalan yang dibincangkan sangat baik dan perkara yang jarang diambil berat oleh orang islam. Semoga dengan penerangan yang diberikan akan membuka minda kita supaya mengambil berat tentang pengurusan harta pusaka.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Lembu Untuk Aqiqah


Sempena dengan majlis berbuka puasa bersama Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus pada
21 Ramadan/11 september (Jumaat)ini, Kami mebuka peluang kepada tuan-tuan untuk ibadat Aqiqah sebanyak RM300.00 sebahagian. Berminat boleh hubungi AJk surau.

Isnin, 17 Ogos 2009

MENGENANG SAAT MENUKAR LANTAI DAN DINDING SURAU


Oktober 2008, pihak AJK mengambil keputusan menukar lantai dan dinding yang sudah agak uzur. Menakjubkan kerana projek ini mendapat pertolongan daripada semua lapisan masyarakat setempat. Masing-masing menghulurkan sumbangan kewangan dan tenaga yang sungguh tidak terbalas.
Projek ini siap pada awal Disembar 2008 dengan kos hanya lebih kurang Rm30K. Syabas jemaah kg jaya! Sumbangan antum semua insyaAllah akan mendapat balasan yang baik disisi Allah SWT. Lihat visual di atas betapa mereka berganding bahu untuk menyiapkan projek ini. Untuk makluman projek ini telah mendapat liputan dalam suratkhabar sinar harian.

MENGENANG SAAT PEMBESARAN SURAU KG JAYA.

Saat gotong-royong pembesaran dibahagian belakang surau.

Tandas surau juga telah dibina semula untuk keselesaan para jemaah

Pada awal September 2005, AJK surau telah melakukan perubahan yang agak drastik kepada fizikal surau kg jaya dengan melakukan pembesaran hampir sekali ganda bagi menampung jemaah yang semakin ramai.

Alhamdullilah, projek ini telah mendapat sokongan moral dan kewangan daripada seluruh jemaah dan penduduk tempatan. Kosnya dianggarkan mencecah hampir RM60,000. Semuanya hasil kutipan daripada individu dan syarikat yang prihatin dengan rumah Allah ini.

Mengikut sejarahnya, surau kg jaya ini pernah dijadikan masjid dan telah didirikan solat jumaat kerana masjid sedia ada ketika itu rosak diserang tentera jepun. Maka, mengikut pendapat ulamak, walaupun ia dinamakan surau pada ketika ini, tetapi dari segi hukum tetap masjid sampai hari kiamat. Justeru, jemaah boleh melakukan solat tahiyyatul masjid dan beri'tikaf di surau ini.


USTAZ ZUL BUKIT MENTOK PUNYA GAYA TERSENDIRI


Kg Jaya, Jumaat,14 Ogos 2008, Kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zul Bukit Mentok sangat menarik minat jemaah surau kg jaya. Kepetahannya berbicara dan diselangi dengan jenaka amat mengagumkan pendengar. Ustaz Zul berkuliah disini secara bulanan dan ini adalah kali ke-tiga ustaz Zul bertandang ke surau kg jaya. Teruskan berdakwah ustaz!

Sabtu, 15 Ogos 2009

TUISYEN BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK UNTUK SPM. SURAU KG MEMBANTU ANAK-ANAK JEMAAH

Kg Jaya, 14 Ogos Surau kg jaya mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan dengan membuka kelas tuisyen untuk anak-anak jamaah yang akan menghadapai peperiksaan SPM. Kelas ini dibuka setiap minggu hari jumaat jam 10.30 - 12.30 tgh dan petang jam 3.00 - 5.00 petang. Satu lagi kelas dibuka atas permintaan anak-nak jamaah pada sebelah malam hari khamis jam 9.00 - 10.30 malam.



Kelas matematik sedang berjalan setiap minggu hari jumaat jam 10.30 - 12.30 tgh.




Pelajar sedang membuat latihan bagi menghadapi SPM yang
tinggal tak sampai dua bulan lagi.

Guru matematik ini sedang mencurahkan ilmunya kepada anak-anak ini.
Setiap latihan akan dipantau agar mengikut teknik menjawab yang betul.


Kelas Bahasa Inggeris petang diadakan pada setiap hari jumaat jam 3.00 - 5.00.


Guru Bahasa Inggeris ini begitu komited membantu anak-anak melayu
yang lemah dalam bahasa inggeris.


Tekun. Anak-anak begitu serius ketika sesi pengajaran.



Alhamdullilah kelas ini mendapat sambutan dikalangan jamaah surau kg jaya dan penduduk setempat. Buat masa ini hanya dua subjek dibuka dan dikendalikan oleh dua orang guru yang pakar dalam subjek masing.

Untuk makluman jamaah, kelas ini telah beroperasi selama hampir dua tahun dan InsyaAllah akan disambung sekiranya ada permintaan dari jamaah.

Objektif utama kelas ini adalah untuk membantu anak-anak jamaah yang lemah dalam bahasa inggeris dan matematik.

Objektif kedua supaya mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa rajin bersolat jamaah disamping mendengar kuliah-kuliah agama.

Khamis, 13 Ogos 2009

AJK SURAU KG JAYA MEMANG 'RINGAN TULANG'

Kg. Jaya 12 Ogos, Rabu. AJK surau Kg Jaya memang ringan tulang. Itulah istilah paling tepat bagi menggambarkan kelebihan AJK surau kg jaya.

Setiap kali menerima SMS untuk sesuatu tugas, mereka akan respon "baik bos", "roger' atau "ok". Pada malam ini mereka ditugaskan memasang penutup sisir angin di surau supaya Air Cond" dapat berfungsi dengan baik.


Semua kerja ini hanya mengambil masa tak sampai 2 jam. Seronok bekerja dengan mereka ini kerana semuanya 'satu kepala'. Setelah minum air dan makan nasi goreng Zanis, kami bersurai lebih kurang jam 11 malam.


Terima kasih dan Jazakumullah kepada yang hadir .Takbir!


USTAZ SUHAIMI 'MEMUKAU' JEMAAH KG JAYA
















Kg Jaya 12 Ogos 2009, Rabu, Ustaz Suhaimi Md Saat hadir setiap bulan untuk kuliah jemputan di surau kg jaya. Kehadiran sentiasa penuh sesak setiap kali beliau menyampaikan kuliahnya.


Sesungguhnya beliau seorang penceramah yang hebat. Beliau mengupas isu-isu semasa dan terkini dengan tersusun dan mudah difahami. Setiap hujah disertai dengan fakta

Kelebihan ustaz Suhaimi ialah setiap kuliahnya ada presentation power point yang dipenuhi dengan fakta, imej dan video yang sangat menarik. Kuliah beliau bukan sahaja diminati golongan dewasa malah kanak-kanak. Mereka akan berada disaf hadapan untuk mendengar dengan penuh minat.
















Tetapi pada malam ini ustaz tidak sempat menyiap power pointnya kerana sibuk sejak memegang jawatan Ketua Pemuda Pahang. Namun ceramahnya tetap hebat dan menarik minat jemaah.

















Pengerusi dan AJK surau mengucapkan jazakallah kepada alfadhil Ustaz kerana terus komited memberikan kuliah di surau ini setiap bulan. Teruskan berjuang!
Allahuakbar!














AFFENDY KAMAL TERUS BERBAKTI KEPADA KG JAYA WALAUPUN 4 TAHUN DIPERANTAUAN

KG JAYA, 11 Ogos 2009 (selasa). AJK surau kg jaya dikejutkan dengan kehadiran bekas aktivis PAS cawangan kg jaya dan PAS kawasan Kemaman yang pulang bercuti dari Oman. Keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan kepada Pas cawangan dan AJK surau amat mengharukan. Walaupun sudah 4 tahun meninggalkan negara, mencari rezeki ditempat orang, beliau terus berhubung dengan AJK samada melalui telefon atau emel untuk memastikan aktiviti pas di kemaman terus kuat dan mantap.
Beliau sempat memberi ucapan pada perjumpaan tersebut, walaupun ringkas tetapi padat. Beliau memberi semangat kepada semua AJK yang hadir agar terus bekerja kuat bagi memenangkan PAS. Kaedah 'memasyarakat PAS' merupakan satu cara terbaik untuk meningkatkan sokongan terhadap PAS.

Saudara Affendy merupakan pengasas KAFA dan PASTI surau kg. Jaya. Idea penubuhan ini datang dari beliau dan direalisasikan oleh semua AJK. Beliau banyak memberi sumbangan kewangan secara tetap dan secara tidak berkala untuk pengurusan KAFA, PASTI dan aktiviti-aktiviti cawangan. Terima kasih dan Jazakallah kepada Affendy Kamal di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah akan membalas setiap sen yang saudara telah belanjakan untuk jalanNYa, InsyaAllah.


TETAP KONSISTEN! USTAZ AWANG DAGANG BERKULIAH DI SURAU KG JAYA LEBIH 20 TAHUN

Jemaah surau kg jaya khusyuk mendengar kuliah Ustaz Awang Dagang Jusoh

Ustaz Awang Dagang masih gagah walaupun sudah berusia.

Kg Jaya, 11 Ogos 2009, Al-Fadhil Ustaz Awang Dagang Jusoh merupakan antara pengkuliah maghrib yang tersohor di daerah Kemaman sejak lebih 20 tahun yang lalu hingga sekarang. Beliau mula mengajar kuliah maghrib di surau kg jaya sejak tahun 80-an lagi pada setiap hari selasa malam rabu. Kitab yang diajarnya ketika itu ialah Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Mustika Hadis jilid 2.
Ustaz Awang terkenal dengan gaya penyampaian yang bersahaja dan sesekali mengusik hadirin dengan jenakanya yang tersendiri. Walaupun usianya hampir menjangkau 80 tahun namun kesihatannya masih baik berbanding dengan orang-orang yang seangkatan dengannya. Di dalam kuliahnya beliau banyak menekankan peri pentingnya bersama jemaah islam untuk menegakkan islam.
Beliau merupakan bekas Exco Hal ehwal wanita dan bukan islam ketika menjawat jawatan tesebut pada 1999 - 2004. Beliau adalah ADUN Cukai yang buat pertama kalinya menewaskan bekas menteri besar Terengganu selama 25 tahun iaitu Dato Wan Mokhtar pada PRU 12 yang lalu.
Kini beliau terus berdakwah dan menjadi Shekh Haji. Yang menakjubkan beliau mengajar disurau-surau disekitar kemaman dengan penuh ikhlas tanpa sebarang upah. Mudah-mudahan ustaz Awang akan menjadi ikon bagi PAS Kemaman dan sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan perjuangan selagi hayat dikandung.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Gotong Royong Buat Stor Surau Kg Jaya, meriah!


Sebahagian AJK yang hadir dalam program gotong royong tersebut.


Mereka bekerja seikhlas hati tanpa sebarang upah. Lillahi Taala.


Yang sembur air tu baru Pencen FRU. Dulu sembur orang. Sekarang dah taubat!


Makanan disediakan untuk memastikan mereka memperolehi tenaga yang cukup untuk mengaul simen selepas ini.

Antara AJK yang bermasalah. Datang lewat! AJK ini akan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Surau Kg Jaya (LDSKJ) kerana lewat.


Yang bertopi merah tu bukan FRU. Technician surau. Beliau akan
memastikan keadaan fizikal surau sentiasa kondusif.



Yang tengah tuang Simen tu Pak Aziz. Memang respect pak cik ni. umur dah lebih setengah abad tapi tenaga macam suku abad.

Melepaskan lelah! Bukan senang kerja kontrek ni.

Kg. Jaya 7 Ogos 2009, 8.30 pagi,
Satu program gotong royong membuat stor surau telah diadakan untuk memastikan sebuah stor surau yang baru daripada batu dapat direalisasikan. Stor kayu sedia ada sudah tak mampu lagi bertahan kerana sering dimasuki makhluk tak diundang dan mengambil barangan untuk menjadi hak milik mereka.

Maka AJK mengambil keputusan bahawa satu stor yang baru yang lebih selamat perlu didirikan. Walau apa pun kami hanya berusaha dan Allah Taala yang menentukan keselamatannya.

Terima kasih kepada yang hadir menghulur tenaga membantu mengaul simen dan lain-lain tugas. Sesungguhnya kerja-kerja pembinaan ini amat payah dan memenatkan. Pagi itu sebanyak 13 kampit simen habis digunakan untuk konkrit lantai stor tersebut. Kepada yang tak dapat hadir mungkin ada musyaqqah. Kita jumpa di program gotong royong yang lain, InsyaAllah.