Isnin, 29 November 2010

DAHSYATNYA HARI KIAMAT DAN PADANG MAHSYAR

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
 
Dr Idhamlim

Rasulullah saw. menangis. Kenapa?

Saya teringat dalam satu surah al quran yang saya ambil dari surah al isra' ayat 1,bagaimana baginda muhammad saw melalui perjalanan israk mikraj,bagaimana rasulullah saw diperlihatkan pelbagai macam peristiwa ngeri mengenai manusia, semuanya ini sebagai menjadi satu teladan dan pengajaran bagi manusia itu sendiri.

Baginda saw. telah menceritakan mengenai apa yang dilihatnya dan apa yang diperlihatkan oleh allah swt kepadanya.yang paling banyak perkara perkara ghaib yang diperlihatkan kepada baginda rasulullah saw mengenai wanita itu sendiri.

Yang dimaksudkan wanita wanita ini ialah wanita wanita kafir dan juga wanita wanita yang enggan mematuhi segala perintah perintah Allah kepadanya dan enggan pula menjauhi segala larangan larangan allah kepadanya ..apa tidak kah wanita wanita kita tidak merasa takut? Di dalam hadis hadis yang shahih telah menceritakan :

"..pada suatu ketika rasulullah saw menceritakan satu peristiwa ketika ali bersama isterinya fatimah az zahrah dirumah baginda rasulullah saw.bahawa ali meriwayatkan sebagai berikut saya bersama dengan fatimah berkunjung kerumah rasulullah dan kami temui baginda saw sedang menangis.kami pun bertanya kepada baginda mengapakah tuan menangis ya rasulullah saw?

Baginda pun menjawab pada malam aku melalui israk dan di mikraj kelangit,aku melihat pelbagai macam manusia sedang mengalami berbagai penyeksaan maka bila teringatkan mereka maka aku menangis saya pun bertanya lagi wahai rasulullah saw apakah yang tuan lihat?baginda saw pun bersabda aku melihat ada wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih , aku juga melihat wanita digantung dengan lidahnya serta juga tangannya,dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang sedang mendidih dari neraka dituangkan kedalam kerongkongnya ..masyaallah aku juga melihat ada wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya,sedangkan air getah kayu zakum dituangkan dikerongkongnya(perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik keatas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh)..aku juga melihat wahai ali,ada wanita yang digantung,diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya kearah ubun ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka ...aku juga melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawah nya nampak api sedang marak menyala nyala dengan begitu hebat sekali ..masyaallah ..aku juga melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka,wanita wanita yang tuli,bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit..ada juga wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta juta kali jenis penyeksaannya

demikianlah baginda rasulullah saw menceritakan kepala ali r.a dan anaknya fatimah mengenai kisah apa yang dilihatnya ketika melalui mikraj ke langit.selepas mendengar apa yang diceritakan oleh rasulullah saw mengenai wanita dalam peristiwa itu,fatimah langsung sahaja berdiri dan bertanya kepada baginda rasulullah muhammad saw,katanya wahai ayahku,kesayangan mataku,ceritakanlah kepada aku,apakah amal perbuatan wanita wanita itu sehinga mereka diseksa sedemikian?lalu rasululah saw pun berkata wahai anakku fatimah,adapun kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tentang wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki.memang begitulah kenyataannya sekarang ini,ramai sekali wanita wanita zaman ini yang tidak mahu menutup aurat mereka,kalau ada sekalipun wanita wanita yang menutup aurat hanya sekadar fesyen sahaja .depan boyfriend mereka.bukak sana sini,.tayang body,tayang buah dada mereka,tayang faraj mereka...tak tahu malu ke?...saya pun tak faham lah dengan perempuan perempuan zaman sekarang ini ..

rasulullah saw lalu menceritakan lagi mengenai perkara kedua kepada fatimah mengenai wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia selalu sangat menyakiti hati suaminya dengan kata kata kemudian nabi muhammad saw bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata kata kecuali allah swt akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira' ,kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya sendiri ..naudzubillah ..

kadang kadang ada sebahagian isteri yang tidak menyedari akan hakikat ini dan ada diantaranya sengaja suka sangat bercakap untuk menyakiti hati suaminya dengan kata kata yang seolah olah tidak berterima kasih terhadap suaminya sendiri.mengenai wanita yang digantung dengan buah dadanya,baginda rasulullah saw memberitahu anaknya fatimah bahawa wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya,dengan nada yang sedih nabi muhammad saw menerangkan lagi bahawa wanita yang diikat dan tangannya itu kerana wanita wanita tersebut suka sangat keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka ..

mengenai peristiwa yang dilihat oleh rasulullah saw mengenai wanita yang memakan badannya sendiri,kata nabi saw,wanita wanita jenis ini suka sangat bersolek supaya dapat dilihat oleh lelaki supaya orang orang lelaki boleh tergoda dan suka bercakap mengenai keaiban orang lain ..naudzubillah ..

ada pun wanita yang suka memotong badannya dengan gunting neraka,kata nabi saw,wanita wanita jenis ini terlalu suka sangat menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepada nya kerana melihat perhiasannya.

mengenai wanita yang diikat kedua dua belah kakinya dan tangannya pula sampai keubun ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking,kata nabi saw ..kerana wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula ber solat serta tidak mahu pula mandi wajib

ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi,badannya seperti keldai,baginda menjelaskan kerana wanita itu terlalu suka sangat mengadu domba yakni melaga lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong

sementara itu,mengenai wanita yang baginda saw melihat yang berbentuk seperti anjing,rasulullah saw memberitahu fatimah,bahawa kerana wanita wanita itu suka sangat memfitnah fitnah orang dan suka sangat pula marah marah pada suaminya ..naudzubillah..

terlalu ngeri sangat bila saya membaca mengenai apa yang diceritakan oleh nabi saw mengenai kisah diakhirat dan hari kiamat,rasa perasaan takut saya begitu menghimpit sekali,ada sesetengah dari kita terutama kaum kaum wanita menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah diantara perkara perkara sikap isteri yang menderhaka pada suaminya ..bertaubat lah wahai kaum kaum wanita ..kembalilah kepada al quran dan sunnah rasulullah saw ..sesungguhnya sikap seperti ini lah yang paling dicintai oleh iblis laknatullah dan iblis laknatullah serta syaitan akan sentiasa menjolok jolok hati kaum wanita supaya boleh melakukan perbuatan perbuatan yang boleh manjadi kawannya untuk masuk kedalam neraka jaham kelak.kaum wanita terutama sekali para para isteri hendaklah sentiasa berhati hati dalam menghadapi kehidupan seharian terutama dalam mengendalikan rumahtangga..kita jangan terperangkap jerat iblis,dan jangan terus dibelit oleh syaitan,kembalilah kepada al quran dan sunnah muhammad rasulullah,didunia kita selamat,akhirat pun kita dapat.
 
Dr. Idhamlim

Rabu, 24 November 2010

MAJLIS IHTIFAL PASTI & KAFA AL FALAH KG JAYA 2010: SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

 Ucapan wakil guru; Cg Mazura
 Ucapan pengurus Pasti & Kafa; Tn Hj Othman
 Ucapan Perasmi; Ustaz Hishamudin Abd Karim.  Pengerusi Pasti Kawasan Kemaman
 Persembahan Pelajar Pasti 6 Tahun
 Penyampaian Hadiah oleh Tn Hj Halim Abdullah
 Tn Hj Hanapiah Mat; Pengarah MTD Chukai turut hedir memeriahkan majlis.
 Cabutan Bertuah; Untuk ibubapa dan tetamu yang hadir.
 Persembahan Pelajar KAFA
 Orang ramai hadir membanjiri dataran kg jaya.  Mereka dijamu dengan makan tengahari sempena Aqiqah anak Pengasas Pasti & Kafa, Sdr Affendy Kamal yang kini berada di Oman.

Cenderahati untuk Guru disampaikan oleh ustaz Hishamuddin
Hadirin sedang menikmati hidangan tengahari
Antara AJK yang bertungkus lumus menjayakan program.
Ibubapa dan anak-anak tidak berganjak sehingga selesai majlis jam 12.00 tghari
Alhamdulilah semua makanan habis dan tidak ada pembaziran.

Khamis, 18 November 2010

QURBAN & AQIQAH: SELESAI JAM 1.00 PTG, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBANTU.


17 Nov/10 zulhijjah.  Alhamdullilah program qurban dan Aqiqah berjalan lancar hasil kerjasama semua AJK, peserta dan jemaah surau.  Terima kasih dan jazakumullah kepada semua. 
Tahun ini sebanyak 9 ekor lembu telah diqurbankan berbanding tahun lalu 6 ekor.  Dengan komitmen yang jitu, jam 1.00 petang siap. 
Untuk makluman kos perbelanjaan untuk semua dianggarkan lebih kurang RM17500.00 dengan keuntungan yang masuk ke tabung surau sebanyak RM2000.00.  Harap semua berpuashati.  Kalau ada sungutan sila berjumpa terus dengan SU/Bendahari atau melalui ruang chat dalam blog ini.  Segala kelemahan insyaAllah akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.



Ustaz Zulkifli Ahmad menjadi khatib, imam dan tukang sembelih qurban. Terima kasih ustaz.

















Selasa, 9 November 2010

Di Manakah Kedudukan Kita Di Sisi Allah?




Apabila umat Islam masih sanggup memberi undi kepada parti yang jelas sekular, timbul persoalan tentang keislaman umat ini. Pemimpin UMNO secara ketara  meminggirkan ajaran Islam  apabila mencadangkan negara ini sebagai hub hiburan antarabangsa, rakyat masih menyokongnya. Pemimpin sanggup menghina Islam secara halus dengan menaungi pertunjukan fesyen pakaian yang jelas berelemenkan penghinaan terhadap agama, rakyat masih menyokongnya. Pemimpin ingin menghalalkan  judi bolasepak, rakyat masih menyokongnya. Apalagi persekongkolan dengan Yahudi melalui APCO, penolakan hukum hudud dan sebagainya. Sokongan kepada UMNO/BN ini seolah-olah tidak berkait dengan dosa dan pahala. Inilah yang dikatakan sekularisme yang ditolak oleh agama. 


Ingatlah bahawa manusia hanya berada pada satu kondisi daripada empat kategori. Pertama, manusia yang Islam di sisi manusia  dan Islam juga di sisi Allah. Orang seperti ini diakui Islam oleh masyarakat yang menyaksikan corak kehidupannya yang melaksanakan perintah Allah dan di sisi Allah pula diterima sah Islamnya kerana Allah lebih tahu benar keislamannya.

Kedua,  orang yang Islam di sisi manusia  tetapi kafir di sisi Allah. Orang seperti ini dianggap Islam oleh masyarakat kerana namanya dan cara hidupnya. Apabila mati, orang seperti ini dikebumikan di perkuburan Islam. Namun di sisi Allah, hanya Allah yang tahu bahawa orang ini adalah kafir kerana telah terbatal akidahnya sama ada dari sudut kata-kata, iktikad dan perbuatannya.



Ketiga, manusia yang kafir di sisi manusia tetapi Islam di sisi Allah. Keadaan ini berlaku kepada orang kafir yang menyembunyikan keislamnya kerana sesuatu sebab atau setelah memeluk Islam dia tidak sempat melaksanakan syariat Islam kerana menemui ajal.. Orang tidak sedar bahawa dia telah menerima Islam. Keluarganya akan mengkebumikannya di perkuburan agama asalnya namun Allah telah menerima keislamannya.

Keempat, orang  yang kafir di sisi manusia dan kafir juga di sisi Allah.  Semasa hidupnya dia memang diakui kafir berdasarkan anutan dan cara hidupnya . Di sisi Allah juga dia adalah kafir.

Yang perlu dikhuatiri oleh kita ialah kategori kedua itu. Kita bimbang sekiranya kita termasuk ke dalam golongan tersebut. Kita mungkin tidak sedari ucapan, iktikad dan perlakuan kita telah membatalkan syahadah kita.  Amat malang andai kesombongan kita untuk mendengar dan merenung nasihat ulamak akhirnya menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.



Sebelum berlaku bala akidah ini, baik kita muhasabah diri untuk melihat sejauh mana keislaman kita. Mana mungkin orang yang tahu akidah dan syariat Islam sanggup mengundi parti dan pemimpin yang ingin merosakkan dan menyesatkan rakyat dengan idea hub hiburan maksiat, kelab malam diperbanyakkan dan kemasukan artis dilonggarkan. Mana mungkin orang yang menghantar dahinya ke tempat sujud  sanggup memilih parti dan pemimpin yang jelas menghina agama dengan merestui pertunjukkan busana durjana dengan menampalkan nama Islam dan nama junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.  Mana mungkin orang pernah berlapar di bulan Ramadhan  sanggup memilih dengan tangannya parti dan pemimpin yang jelas menolak hukum  Allah, hukum hudud dan hukum qisas dengan pelbagai alasan mengikut akal sendiri. Mana mungkin orang yang berzakat sanggup memberi undi kepada parti dan pemimpin yang menyumbat mulut rakyatnya  dengan pendapatan arak dan judi. Mana mungkin orang yang pernah tawaf di Baittullah sanggup berkiblatkan pemimpin dan parti yang sesat lagi menyesatkan. Mana mungkin orang yang membaca al-Quran dan bertadarus 30 juzuk di bulan Ramadhan merelakan Yahudi memporak-perandakan Islam melalui peranan pemimpin yang berjabat tangan dengan APCO. Mana mungkin Islam begini?



Segala-galanya sudah terang lagi bersuluh. Rakyat maklumi gelagat pemimpin dan parti UMNO/BN baik dari segi gelagat, tindakan dan dasar mereka. Media cetak, media eletronik dan media baru menyiarkan secara terbuka ucapan pemimpin yang mahu menjadikan Malaysia destinasi hiburan antarabangsa, penglibatan pemimpin dalam Islamic Fashion Festival, laporan parlimen tentang lesen arak dan judi, persekongkolan dengan Yahudi-APCO dan sebagainya. Ini bukan lagi andaian apalagi fitnah. Semuanya terucap oleh pemimpin mereka dan disiarkan pula oleh media massa mereka juga.

Apakah erti dua syahadah yang diucapkan kalau lain di lidah lain pula tindakan? Apakah erti solat kalau di luar solat bergelumang dengan amalan toghut? Apakah erti puasa kalau tak faham tuntutan agama? Apakah erti zakat kalau merelakan ekonomi negara membiakkan riba dan hasil mahsul yang haram? Apakah erti haji kalau di jamrah melontar syaitan manakala pulang mengiyakan kehendak-kehendak syaitan? Apakah erti membaca al-Quran kalau sanggup mengundi pemimpin dan parti yang sebantal dengan Yahudi?

Tulisan ini penulis lontarkan atas dasar kasih sayang agar terselamatlah umat ini di atas akidah yang benar. Sampai bilakah lagi sensitivi agama tidak menyentuh  keinsafan dan intelek umat?  Kalau sudah jelas parti dan pemimpin bercanggah dengan agama, apalah balanya pemimpin mencipta  lubang neraka kita juga ikut ke lubang neraka. Ingatlah  dan tilik pandanglah di mana kedudukan kita di sisi Allah. Adakah benar kita bukanlah manusia yang berada dalam kategori kedua yakni Islam di sisi manusia tetapi kafir di sisi Allah? Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanyalah iman.

Penulis menutup tulisan ini dengan satu peringatan yang cukup jelas dari firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 7 hingga 10 yang bermaksud:

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).