Khamis, 31 Mac 2011

SAPA NAK PAHALA FREE...? SEBARKAN KEPADA KENKAWAN MASING2...TIMAKASIH.

DATANG RAMAI2...INSYA ALLAH ADA MAKAN BEB!

Rabu, 30 Mac 2011

HEBAT PECAH REKOD CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID ASY SYARIF MERU KLANG

DUIT KITA DIA BUAT PERGI MELANCONG?









Panas! Blogger UMNO Togak arak di waktu maghrib


Hasil maklumat yang diterima daripada jurugambar terkenal Pakatan Rakyat, Topeng Perak Unmasked, bukti gambar blogger terkenal gerombolan songkok tinggi bersantai bersama arak di waktu senja sedang melabuhkan tirainya sudah berada di dalam tangan beliau.

Bro Topeng Perak, akan memberikan bukti tersebut hari ini, dan bukti tersebut akan ReJaM© siarkan di MiLo SuaM sebaik sahaja menerimanya hari ini. Sebagai klue, blogger gerombolan songkok tinggi yang dimaksudkan sangat popular dengan fitnah melampau, terlampau, mengarut dan mencarut. Blogger ini juga sering menggambarkan dirinya sebagai pejuang Islam yang sebenar, dan selalu menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai bukan ulamak sebaliknya pukimak.


Sebelum ini blogger ini pernah menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaki arak. Rasanya dah cukup banyak hint yang ReJaM© berikan mungkin korang dah sedia maklum siapa dia blogger yang dimaksudkan. Nantikan pendedahannya hari ini.

ReJaM© "Pejuang Islam UMNO kaki botol, take beer! take beer! kah kah kah"

 



Sebelum ini blogger ini pernah menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaki arak. Rasanya dah cukup banyak hint yang ReJaM© berikan mungkin korang dah sedia maklum siapa dia blogger yang dimaksudkan. Nantikan pendedahannya hari ini.

ReJaM© "Pejuang Islam UMNO kaki botol, take beer! take beer! kah kah kah"

 




Gambar blogger UMNO bersantai dengan air kencing syaitan!

Seperti yang dijanjikan sejak awal pagi tadi [Blogger UMNO], tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk ReJaM© mendedahkan gambar blogger UMNO yang mengaku memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran, namun rupa-rupanya kaki togok arak.

Kepada blogger yang dimaksudkan, ReJaM© nak tanya dengan ikhlas, di mana kamu berada pada saat artikel di bawah ini dituliskan? Di mana kamu menunaikan solat maghrib dan isyak? Di masjid? Surau? Atau di kedai arak? Semasa kamu menulis kalimah Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar seperti di bawah ini, kamu masih sedar atau sudah mabuk kerana banyak sangat minum air kencing setan?


Lain kali kalau dah tau mabuk pekena air kencing Setan, jangan sibuk nak tulis nama Allah, jangan sebok nak berlagak jadi pejuang Islam. Minumlah banyak-banyak mabuklah sampai mampos, jerit kuat-kuat Beer End! Beer End! Take Beer! Tak Beer!. Kalau kamu tak mabuk masa tulis Allahuakbar, takkan tak sedar orang ambil gambar betul tak?

Di bawah ini gambar yang dimaksudkan, kita dedahkan pelan-pelan, jangan gopoh-gopoh. Biar semua buka mata, inilah pejuang islam yang diupah oleh UMNO BN untuk memaki hamun Ulama, melemparkan fitnah jahat setiap hari di alam cyber. Inilah gaya pejuang Islam gerombolan songkok tinggi.


Nantikan pendedahan jig-saw puzzle yang seterusnya. Baca juga dari blog salah seorang pemegang Puzzle seterusnya [edyesdotcom]
ReJaM© "Pejuang Islam ke pejuang botol arak?"


Keratan ketiga gambar blogger UMNO solat di kedai arak

Sebelum ini, MiLo SuaM sudah mendedahkan keratan gambar pertama blogger terkenal gerombolan songkok tinggi yang berlagak sebagai pejuang Islam, sebaliknya menogak arak di saat umat Islam menunaikan solat maghrib rujuk link ini [Blogger UMNO].

Seperti yang dijanjikan, kali ini MiLo SuaM membawakan keratan ketiga gambar tersebut. Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, kepada penyokong gerombolan songkok tinggi, inilah blogger harapan anda, yang selama ini berlagak memperjuangkan Islam, memaki hamun Ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina untuk meraih sokongan anda kepada UMNO dan Barisan Nasional.


Inilah blogger yang selama ini memberikan maklumat kepada anda, inilah blogger yang selama ini menaburkan fitnah dengan sewenang-wenangnya dan memperbodohkan anda atas nama Islam. Blogger upahan gerombolan songkok tinggi ini menjadi rujukan anda setiap hari dengan pelbagai fitnah dahsyat.

Oh ya, hampir ReJaM© terlupa, tiba-tiba dah sampai ke keratan gambar ketiga, keratan keduanya mana? Jangan risau, keratan gambar yang kedua ada di sini, didedahkan oleh blogger edyesdotcom, sila klik [edyesdotcom]




ReJaM© "Berlagak pejuang Islam konon..."


Blogger kaki botol minta buktikan dia di dalam gambar itu

Berikutan pendedahan gambar panas Blogger gerombolan songkok tinggi bersolat di kedai arak di MiLo SuaM, dan beberapa blog sahabat [Blogger UMNO], tuan punya badan membuat entry khas di blognya sebagai respon terhadap pendedahan tersebut. Blogger ini mencabar agar membuktikan bahawa orang di dalam gambar tersebut adalah Parpukari.


Lawak sungguh respon yang diberikan, benar-benar diluar jangkaan ReJaM©. Kalau nak buktikan bahawa orang di dalam gambar tersebut adalah Parpukari, mungkin ReJaM© tak dapat nak buktikan, kerana orang di dalam gambar itu adalah Mohd Salim Bin Iskandar kah kah kah.

Baiklah, walaupun blogger otai gerombolan songkok tinggi ini begitu popular di kalangan pengikut-pengikut blog politik Malaysia, mungkin ada pembaca yang masih belum kenal siapakah orang di dalam gambar tersebut betul tak? Baiklah, screenshot akaun twitter yang menggunakan nickname Parpukari di bawah ini menjelaskan persoalan anda.[TwitterParpu]


Petang semalam pukul 7:02 PM siap bersumpah bagai dengan nama Allah, siap nak bersumpah cara Saiful Bukhari, tiba-tiba cabar orang buktikan bahawa dia di dalam gambar tu kah kah kah. Mungkin masa dia bersumpah ni masih dalam keadaan mabuk kot?

Sempat lagi dia nak spin tu kah kah kah... Selama ni berapa banyak dah pembaca-pembaca blog dia dah kena spin?

ReJaM© "Kau ingat orang tak kenal kau ke Kari Parpu kah kah kah..."





Inilah Laungan 'Take Beer' Yang Sebenar!! Game Over Untuk Blogger UMNO


"sila klik blog penyumbang sumber TopengPerakUnmask untuk gambar lebih besar.Akhirnya terdedah sudah jigsaw puzzle yang diperuntukkan untuk mengenali seorang blogger UMNO yang sering melaungkan Allah Huakhbar dalam blognya House PK. Blogger jahanam ini juga kerap memperlekah perjuangan menegakkan agama Allah hingga sanggup mengungkap 'take beer' merujuk kepada takbir Allah Huakhbar yang dilaungkan orang islam tatkala memerangi kejahatan kerajaan zalim.
Saya ada menulis dua artikel mengenai si blogger UMNO ini. Pertama bertajuk "Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Mium Arak??" dan yang kedua adalah siri puzzle yang kedua bertajuk "Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!!". Kedua-dua artikel sederhana panjang ini mengisarkan persoalan, apakah kita wajar mempercayai seorang blogger (yang mengaku islam) yang telah dikenalpasti sebagai penabur fitnah, yang juga seorang peminum arak? Lebih membingungkan ialah, blogger UMNO ini sering memperlekeh ulama kita termasuklah Tuan Guru Nik Aziz yang kita hormat dan sayangi.

Sekarang perhatikan betul-betul gambar di atas. Sebagai pembaca budiman, andalah yang berhak menilai samada gambar tersebut adalah benar ataupun super impose. Saya serahkan kepada anda untuk menilai kerana saya yakin, gambar yang sebegini jelas tidak memerlukan Edri KRU untuk melontarkan pendapat peribadinya. Saya tahu anda juga boleh berbuat demikian.

Daripada pengamatan saya, melihat muka dan matanya si blogger lahanat ini, seperti sudah mabuk. Mungkin kemabukkan arak menyebabkan blogger UMNO ini langsung tidak sedar gambarnya diambil malah tidak menghalang. Macam itulah gamaknya orang mabuk, separuh sedar (atau hanya tinggal suku?). 

Blogger UMNO di atas juga telah menulis dalam artikel terbarunya seperti tajuk di bawah;
KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!
Saya mengambil petikan-petikan penting penulisan si peminum arak di atas. Apakah mungkin artikel tersebut ditulis dalam keadaan separuh sedar (baca: mabuk stout);

Selesai je solat Isyak, mereka terus adakan Solat Hajat yang diimamkan oleh Hadi Awang. Selesai je Solat hajat untuk pertahankan si Penzina dan Peliwat, maka bermulalah Pidato Khas 'Menangkis Fitnah Jahat' yang dipengerusikan oleh Idris Ahmad. Masa ni Anwar, Lim Kit Siang, Dato Johari Abdul sudah ada.
.....
Semasa Hadi tengah sedap dok kempen pasal PRU13 (aku pun tak faham dia nak defend Anwar ke nak cerita pasal PRU ni) tibalah yang dinanti, iaitu MUR-SHIT-DOL HAM-PAS! Nicky sampai agak lewat lebih kurang jam 10 lebih, yalah dia pun dah naik cuak nak defend Anwar yang nafsu seks dia yang semakin buas! 
Bangunlah rakyat Malaysia. Sampai bila korang nak kena tipu dengan jenis manusia tak bermoral seperti mereka ni? Aku tak kata la pemimpin BN moral mereka tinggi sangat, at least mereka tak jual agama demi mempertahankan si Peliwat yang kuat berzina dan menipu ni.

TAKEBEER!
TAKEBEER!
TAKEBEER!
Masih tidak serik lagi, malah sanggup menggelar TGNA sebagai Mur-shit-dol. Astafirullah hal azim... Saya bersyukur kepada Allah kerana bukan sahaja memberi secebis kemenangan kepada perjuangan DSAI melawan fitnah-fitnahnya seraya memberi kesedaran kepada kebanyakkan golongan atas pagar yang mula mencemuh tindakkan jahat UMNO. Malah Allah juga menunjukkan kebenaran di dunia ini dengan gambar seorang blogger UMNO sedang bergelumang dengan dosa arak.

Saya melihat penyokong-penyokong tegar UMNO yang tidak berkepentingan dalam saham merompak harta rakyat sudah mula menunjukkan rasa benci terhadap politik kotor yang dimainkan UMNO melalui Trio jahanam. Mereka sanggup menelan kata-kata dan telahan asal mereka serta menyatakan kesediaan untuk memberikan laluan kepada sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Semoga kita semua dihindari dari mempercayai fitnah jahat, apatah lagi jika fitnah itu hadir dari seorang peminum arak!!

Takbir!!
Takbir!!
Takbir!! Allah huakhbar !!


EDYES @ edyesdotcom

  

HALAL ATAU HARAM MAKAN AYAM SEMBELIHAN INI?

Hidup lebih selesa tanpa BN


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.

Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.

“Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru supaya menjadikan tsunami politik tahun 2008 di Semenanjung sebagai inspirasi untuk berubah di Sarawak, kerana perubahan itulah yang akan mengubah nasib rakyat.

Katanya, rakyat di kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menikmatinya, kini tiba pula giliran pengundi di Sarawak.

Beliau juga memberitahu, pihaknya akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi agar pengundi Sarawak memahami dengan lebih jelas penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap rakyat khususnya di negeri itu.

Selama ini, katanya rakyat mudah ditipu dengan pelbagai janji manis menjelang pilihanraya umum di mana janji pembangunan adalah janji wajib yang ditaburkan setiap kali pilihanraya berlangsung.

Tambahnya, pelbagai sogokan seperti kain pelikat, jalan raya diturap, pecah tanah, subsidi baja, hamper, wang saguhati, basikal dan macam-macam lagi adalah lumrah bagi BN.

“Selepas pilihanraya berlangsung pemimpin yang dipilih rakyat ini hilang entah ke mana bersama janji mereka.

“Rakyat pula sengaja dibiarkan hidup melarat terutamanya di kawasan pedalaman agar mereka terus berharap pemimpin BN boleh menghadirkan pembangunan,” katanya.

Katanya lagi, kemiskinan rakyat adalah kebanggaan BN kerana dalam kemiskinan itulah, rakyat akan meminta simpati mengharapkan sebekas bantuan terutama menjelang pilihan raya.

Pemimpin BN juga, ujarnya menanam dalam minda rakyat bahawa hanya BN mampu memerintah.

Selain BN, katanya pembangkang dianggap sesat dan pengkhianat di mana pemimpin Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai fitnah yang direkayasa.

“Rakyat ditipu bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, rakyat akan hidup melarat dan susah. Inilah mentaliti kelas tiga yang cuba diputarbelitkan,” katanya lagi.

Jlasnya, demokrasi sebenar hanyalah mimpi di negara ini kerana demokrasi yang dicipta hanyalah untuk menguntungkan diri pemimpin BN semata-mata.

Menurutnya, dengan penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media yang berleluasa, daftar pemilih yang diragui, serta peranan SPR yang dicurigai menjadikan demokrasi Malaysia jauh tertinggal dengan negara lain.

“Kebebasan dan hak asasi rakyat dicerobohi. Rakyat dinafikan hak mendapatkan maklumat bebas dan telus,” ujarnya. -Hrkh

KENAPA KERETA PASARAN KITA MAHAL

PENASIHAT AGAMA MB CAP KANGKUNG DITUNTUT LETAK JAWATAN



OLEH: USTAZ SAIFUL BAHRI

Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu: Satu taklimat kepada pelajar yang akan kembali ke Mesir telah diadakan baru-baru ini di dewan wisma Darul Iman khusus untuk pelajar pengajian Islam di Mesir. Majlis taklimat yang bermula jam 10.00 pagi itu sebenarnya hanya helah kerajaan UMNO-BN. Apa yang berlaku apabila gerombolan pimpinan UMNO menggunakan majlis tersebut untuk berkempen parti UMNO-BN serta menghina perjuangan yang dibawa oleh PAS. Mereka memperalatkan bangunan kerajaan dan wang pembayar cukai demi politik sempit UMNO.
Dalam majlis yang sama Kamarudin Omar, selaku penasihat agama MB Terengganu turut memberi ucapan. Perkataan menghina bahkan dengan perbuatan seolah meludah yang dilakukan beliau ketika berucap menggambarkan betapa bencinya para pelajar yang dituduh menyokong perjuangan PAS atau dikalangan pelajar yang hadir itu dari kalangan anak-anak orang Pas. Mereka dianggap golongan yang tidak berterimakasih kerana menyokong PAS meskipun mendapat bantuan dari pihak kerajaan.
Penulis dimaklumkan bahawa para pelajar merasa tertipu kerana bukannya majlis taklimat tetapi majlis berkempen UMNO. “ Entah! Ustaz kangkung mana entah! Bercakap macam orang bodoh!! Diaorang ingat kita ni pelajar tadika ke? Ustaz tu sendiri makan gaji kerajaan. Hak rakyat. Bukan hak parti. Hak kerajaan maknanya hak rakyat. Dan kami juga rakyat yang sepatutnya mereka berkhidmat. Sepatutnya penasihat agama yang salah seperti ini perlu letak jawatan.”
Ini sudah kali ketiga diadakan majlis sebegini. Diawal ketika pulang dilapangan terbang, kami telah dibawa ke kediaman rasmi MB. Kali kedua di Wisma ini… dan ini kali ketiga. Sebab itu para pelajar meninggalkan majlis selepas tengahari beramai-ramai. Yang tinggal adalah dekat 30 orang pada sessi petang untuk taklimat. Program nak brainwash kepala kami seperti ini, bukan menambahkan pelajar lebih hampir kepada parti memerintah.. bahkan pelajar merasa ditipu dan menambahkan lagi kemarahan mereka.” Tambah mereka ketika penulis bertanya khabar tentang majlis tersebut.
Golongan lantikan politik seperti ini, tali-hayat mereka bergantung kepada kerajaan UMNO. Jika UMNO tumbang dalam pilihanraya akan datang… selamat jalan le jawabnya. Itu pasal kuat sangat berkempen. Tetapi biarlah jaga adab sopan khususnya dihadapan pelajar university al-Azhar yang dikalangan terpelajar. Tidak munasabah dengan agenda “merakyatkan pembangunan” & “Rakyat didahulukan” apabila mereka dicerca dan dihina sedemikian. Bukankah membantu rakyat apatah lagi pelajar dinegeri ini merupakan tanggungjawab kerajaan sebagai pemenang amanah yang dipilih oleh rakyat tanpa mengira latar belakang maupun pilihan politik mereka tau ibu-bapa mereka. Kalaulah UMNO dah rasa letih membantu dan menolong rakyat... letak aje jawatan dan jangan jadi pemimpin. Jangan jadi kerajaan.
Bukankah negara kita ini mengamalkan demokrasi yang menjadi pegangan suci UMNO-BN. Kebebasan bersuara dan berpolitik merupakan hak yang dijamin oleh kerajaan. Kalau nak suruh semua rakyat sokong UMNO sahaja, tukarlah Malaysia ini menjadi Negara seperti komunis. Mengguna dasar satu parti sahaja. Kan senang, biar UMNO aje memerintah sampai kiamat dan takle perlu diadakan pilihanraya?
Diharapkan mereka yang memakan gaji dengan hasil rakyat ini sedar diri tu, siapa mereka. Jalankan amanah sebaik mungkin. Begitu juga para pegawai agama maupun pihak Majlis Agama yang menguruskan zakat sebagai amanah Allah Swt. Sepatutnya galakkan mereka untuk berjihad di jalan Allah dan menegakkan Islam diatas mukabumi ini. Kalau nak berpolitik kepartian… nak berkempen untuk UMNO. Letak jawatan aje dan masuk pilihanraya. Senang cerita!

RATUSAN RIBU RINGGIT BERSELARAK DALAM RUMAH


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah. Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara.


Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai.

"Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu,” katanya.

Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini. Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

“Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman," katanya.

TARIAN POCO-POCO HARAM, KATA MAJLIS FATWA. MACAMANA HARIAN METRO BOLEH BUAT BESAR-BESARAN PULAK? DIMANA MUFTI KITA?

Selasa, 29 Mac 2011

BANJIR DI KERTEH TERENGGANU PAGI TADI 29hb MAC 2011

 Depan McD

SURAT TERBUKA KEPADA KETUA POLIS NEGARA


Mat Zain bin Ibrahim,

SAC II G/5776(Retired),

Email:matzainibrahim@gmail.com

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.

Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

28 March 2011

POLITIK MALAYSIA KOTOR!


JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.

“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.

MELAYU MENDAPAT PINGAT


Mengikut statistik Polis Kuala Lumpur, mendapati bahawa kaum Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam aktiviti pelacuran iaitu sebanyak 60%, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum pula sebanyak 8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 2%.

Kegiatan aktiviti pelacuran terdapat di hampir semua bandar di negara ini. Ini boleh dikatakan bahawa hampir setiap bandar mempunyai aktiviti pelacuran. Contohnya di Alor Star, aktiviti pelacuran terdapat di Lorong Petani, di Bukit Mertajam dan Jalan Mengkuang di Pulau Pinang. Di ibu negara iaitu Kuala Lumpur, antara tempat aktiviti pelacuran yang terkenal ialah kawasan Lorong Haji Taib, Jalan Hickhs, Jalan Bukit Bintang, dan Jalan Thambitillay di Briekfields. Namun demikian, tidak seorang pun tahu bilangan pelacur yang terdapat di negara ini. Angka-angka yang diketahui adalah taksiran atau bilangan yang ditangkap dan angka-angka yang ada pun boleh dikatakan tidak selari.

Menurut laporan dari Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Asisten Supritenden Choo Lily, sejak dari tahun 1996 sehingga Februari 2003, sebanyak 17, 448 wanita rakyat asing ditangkap. Hasil daripada tangkapan tersebut didapati bahawa rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai iaitu berjumlah 10,576 orang, diikuti dengan Thailand iaitu seramai 3,096 orang, Filipina pula seramai 1,794 orang, China seramai 1,149 orang, Uzbekistan seramai 388 orang, Kemboja seramai 107 orang, Rusia seramai 71 orang, Vietnam seramai 66 orang, Myanmar seramai 55 orang, India seramai 43 orang dan Taiwan seramai 21 orang. Manakala pelacur dari Ukraine pula seramai 17 orang yang telah ditangkap diikuti dengan Singapura seramai 12 orang, Kazakstan seramai 10 orang dan Columbia pula seramai 9 orang yang berjaya ditangkap.

KESAN RADIOAKTIF DI JEPUN


TOKYO - Air beradioaktif tinggi didapati bocor dari sebuah reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi, timur laut Jepun.

Pengumuman itu dibuat Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) yang mengendalikan loji jana kuasa yang membekalkan tenaga elektrik itu semalam ketika pertubuhan alam sekitar, Greenpeace memberitahu, ia mengesan kadar radiasi tinggi di luar zon perpindahan dekat kawasan loji.

Menurut TEPCO, radiasi berbahaya kepada manusia melebihi bacaan 1,000 milisievert sejam ditemui di dalam air di dalam beberapa terowong bawah tanah yang digunakan untuk mengalirkan air keluar dari reaktor nuklear.

Jumlah radiasi itu, kata pakar-pakar boleh menyebabkan pendarahan dalam badan manusia.

Sebelum ini, pekerja-pekerja kecemasan menyembur reaktor-reaktor nuklear Fukushima Daiichi untuk menyejukkan ia dengan menggunakan beribu-ribu tan air laut yang dipam dari sejumlah jentera bomba dan trak.

Beberapa pegawai TEPCO berkata, terowong-terowong bawah tanah itu tidak bersambung ke laut tetapi terdapat kemungkinan air tercemar radiasi itu diserap ke dalam tanah.

Pencemaran itu berlaku akibat sebahagian batang-batang bahan api nuklear di salah sebuah reaktor nuklear itu mencair selepas sistem penyejukan loji berkenaan rosak.

Sistem penyejukan loji Fukushima Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara kota ini, rosak dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 27,000 orang mati dan hilang di bahagian timur laut Jepun, kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Sementara itu, Greenpeace menyatakan, pakar-pakarnya mengesahkan bawah kadar radiasi hingga 10 mikrosievert sejam dikesan di sebuah kampung yang terletak 40 kilometer ke barat daya loji Fukushima Daiichi, iaitu melangkaui zon perpindahan dalam lingkungan 20 kilometer.

"Adalah tidak selamat untuk orang ramai tinggal di Iitate (kampung tersebut) terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak kerana kampung ini menerima radiasi menyamai setahun dalam masa beberapa hari sahaja," kata Greenpeace dalam satu kenyataannya.

Para pekerja kini berusaha untuk membasmi ratusan tan air yang tercemar dari beberapa buah bangunan di loji jana kuasa itu.

Mati ditikam ayah mabuk


SERDANG: Angkara menegur bapa yang dipercayai mabuk dan berbogel di depan rumah, seorang pekerja kilang berusia 20-an maut selepas ditikam orang tuanya itu dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Sungai Emas, Banting, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Razak Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah ditikam di dada.
Difahamkan, bapa mangsa berusia lewat 40-an baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bertindak menanggalkan pakaiannya menyebabkan mangsa menegur perbuatan bapanya itu.

Namun, padah menimpa apabila bapanya itu menikam Razak menggunakan pisau.

Setakat ini, polis masih belum dapat mengesahkan dari mana suspek mendapat pisau berkenaan, malah senjata itu juga tidak ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bapa mangsa naik berang sebaik ditegur lalu bertindak menikam dada anaknya itu dengan pisau.

“Akibat tikaman itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek yang menyedari kejadian itu bertindak melarikan diri. Kejadian itu hanya dimaklumkan orang awam kepada polis kira-kira jam 9 malam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Menurutnya, Mohd Adnan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Beliau berkata, suspek yang melarikan diri ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang, kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam.

Dirempuh kereta dalam rumah


BEGINI...Azrin menunjukkan tempat mangsa diseret kereta terbabit, semalam.

HULU BERNAM: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) warga Indonesia dikenali sebagai Istiarsyah, 26, parah selepas dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumahnya di Jalan Bahtera 5A, di sini, untuk ke kuliah sesi petang.
Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan tangan selepas terperosok di bawah Perodua Kancil dipandu seorang pelajar wanita di universiti sama.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais, 32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan.

“Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azrin berkata, ketika kejadian Istiarsyah melangkah keluar di depan pintu rumah untuk ke bilik kuliah.

Bagaimanapun, rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta.

Menurutnya, rakan serumah dan jiran membantu mengeluarkan mangsa sebelum mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) dan kemudian dirujuk ke Hospital Slim River (HSR).

Katanya, rumah mangsa turut didiami tiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang masih belajar di universiti sama.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Nabilah Izzati Ayub, 20, bersama empat pelajar wanita berkenaan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di laluan berkenaan, namun tertekan pedal minyak lalu meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

“Mangsa dirempuh dan tersepit di bawah kereta. Akibatnya mangsa melecur di perut dan paha.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

Isnin, 28 Mac 2011

BOB LOKMAN








 
Chukai: 24hb. Mac 2011 Bob Lokman telah datang memberi ceramah di Kampung Dusun Nyiur Cukai Kemaman. Walaupun dalam keadaan hujan lebat yang mencurah-curah tetapi para peminat dan penyokong Pakatan Rakyat tidak berganjak untuk sama-sama mendengar kupusan cerita semasa yang dibawa oleh penceramah Jemputan. Pendekatan yang dibawa oleh Bob Lokman amat menarik iaitu akidah yang mantap barulah penjuangan Islam akan berjaya. Walaupun Bob tidak banyak menceritakan kisah silamnya tetapi huraiannya bab akidah, pendidikan, sejarah dan budaya social amat dititik beratkannya. Beliau akui yang selama ini banyak menggangu ceramah Pakatan Rakyat selama berada dibawah UMNO dan begitu juga banyak menganjurkan konsert artis di seluruh Malaysia kecuali Terengganu katanya.

Kepada penyokong dan individu UMNO yang tidak datang mendengar kupusan Bob seperti seorang ustaz yang hebat memberi tazkirah amat rugi kerana cara olahan cerita yang menarik terutama bagi kaum yang berumur lingkungan 40an amat sesuai bagi meneruskan pejuangan Islam ini ataupun mengekkan keadilan secara kesluruhannya.

Gadingan Bob Lokman pada malam itu ialah Ustaz Suhaimi Md Saad Ketua Pemuda Pahang yang membawa kupusan berfakta dan bergambar mengenai isu terkini iaitu saman ekor dan isu Dato Seri Anwar Ibrahim. Kalau Ustaz Suhaimi yang sudah biasa datang setiap minggu di Kemaman amatlah tidak asing lagi kepetahan berpidiato yang penuh bersemangat membakar pejuang-pejuang Islam.

Kebas wang atuk RM65,000



JOHOR BAHRU: Dia dijadikan cucu angkat dan ditatang bagai minyak yang penuh, namun segala jasa datuknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melesapkan wang pencen milik warga emas itu berjumlah RM65,000.
Lebih memilukan Yasin Sagi, 80, dari Kampung Majidee Baru, di sini, cucu angkatnya yang dipanggil nama Gemuk, 30-an menipunya dengan mendapatkan cap jarinya ketika menemaninya melakukan urusan di bank.

Yasin yang mengalami masalah pendengaran berkata, Gemuk tinggal di Stulang, tidak jauh dari rumahnya dan sering mengunjunginya, selain ringan tulang.
“Dia menggelar saya ‘Atuk’ dan kerana itu saya menjadikannya cucu angkat. Keluarga saya juga menyenangi sikapnya yang tidak berkira selain gemar membantu.

“Rupa-rupanya itu semua helahnya untuk mencuri duit saya. Kini semua wang hasil titik peluh sepanjang 30 tahun bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) lesap,” katanya.

Yasin berkata, dia menyedari Gemuk mencuri duitnya selepas menerima rekod pengeluaran wang di bank antara 23 Disember tahun lalu hingga 4 Januari lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian itu, Gemuk menemaninya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta sebuah bank di Larkin Perdana untuk membuka buku akaun simpanan bank.

“Pada 23 Disember, Gemuk membawa saya ke cawangan bank di Jalan Wong Ah Fook mengeluarkan RM2,000 bagi membeli baja. Gemuk kemudian membuat permohonan mendapatkan kad ATM (mesin juruwang automatik) atas nama saya tanpa pengetahuan saya.
 “Saya yang kurang tahu prosedur bank hanya mengikut permintaannya apabila dia meminta cap jari pada satu borang,” katanya.

Menurutnya, dengan kad ATM itu Gemuk membuat beberapa pengeluaran antara 23 Disember tahun lalu dan 4 Januari lalu, sehingga semua wang pencennya RM65,000 di dalam akaun habis.

Yasin berkata, dia hanya menyedari wang pencennya licin selepas dimaklumkan menantu, Ungku Chik, 40-an, selepas menerima makluman dari bank mengenai rekod pengeluaran wang menggunakan kad ATM dengan jumlah maksimum RM5,000 setiap hari secara berterusan selama dua minggu.

“Sejak itu, Gemuk menghilangkan diri. Saya tidak sangka dia menipu dan mencuri duit saya,” katanya. Yasin turut kecewa dengan pengurusan bank berkenaan yang memberi kebenaran kepada individu lain bagi membuat urusan permohonan kad ATM.

Yasin membuat laporan di Balai Polis Majidee pada 4 Januari lalu dan jurucakap balai polis berkenaan mengesahkan menerima laporan itu.

“Kami masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Gemuk menghubungi talian 07-2212999 atau 07-2254422,” kata jurucakap itu.

Tinggal impian


SEBAK...Seri Mahani menunjukkan gambar Mohd Farriz yang lemas di kawasan takungan air, semalam.

JOHOR BAHRU: “Adik baru menceritakan impiannya untuk mendapat 5A dalam UPSR dan belajar di Mesir seperti abang saudaranya, tidak sangka pada hari ini semuanya hanya tinggal kenangan,” kata ibu mangsa lemas, Mohd Farriz Mohd Saparman, 12, yang ditemui di sebuah kawasan takungan air di Kangkar Pulai di sini, semalam.
Suri rumah itu, Seri Mahani Marwan, 36, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya, Farriz atau mesra dengan gelaran Adik adalah pada pagi kelmarin sebelum murid darjah enam itu ke sekolah selain meminta kebenarannya untuk meneruskan latihan kompang pada waktu petang. Menurutnya, bagaimanapun anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika keluar rumah dan berjanji pulang awal untuk mengulang kaji pelajaran.

“Siapa sangka hari ini kami hanya menemui jasad kakunya selepas menjalankan usaha mencarinya selama beberapa jam selepas dia tidak pulang ke rumah petang semalam (kelmarin).
“Kami tidak sangka mayat Adik ditemui di sebuah kawasan takungan air terbiar itu.

“Selepas ini, rumah kami pasti kesunyian tanpa Adik kerana dia suka menyakat adik-beradiknya yang lain selain gemar bergurau,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Mangsa, yang berasal dari Taman Pulai Bistari, di sini, ditemui di dalam kawasan berkenaan pada jam 5.55 petang.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, di sini, dan dua lagi rakannya dikatakan keluar bermain di kawasan itu selepas menamatkan sesi persekolahan petang kelmarin, tetapi terus tidak pulang ke rumahnya.

Keluarganya kemudian mencarinya di sekitar kawasan berkenaan, tetapi gagal sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Kangkar Pulai, pagi semalam.
Usaha mencari mangsa turut disertai penduduk kampung yang menemui basikal mangsa di tepi kawasan takungan air di sekitar kawasan Sekolah Menengah Kangkar Pulai, di sini.

Seorang penduduk terbabit dalam usaha mencari Mohd Farriz, Mohd Zaini Saimon, 40, berkata penduduk kampung menemui basikal mangsa di tepi kawasan takungan air atas bukit dekat tempat kejadian.

“Kami mengesyaki sesuatu terjadi kepadanya kerana basikal itu kepunyaan mangsa, kami cuba mencari di sekitar kawasan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang tanda sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Zaini berkata, skuad penyelam yang tiba ke tempat kejadian tidak lama selepas itu menemui mayat mangsa dalam lombong berkenaan.