Khamis, 4 Februari 2010

MAHASISWA DAN VALENTINE DAN SELUAR DALAM.

kepada yang suka membaca.....


Memandangkan 14 Febuari bakal kunjung tiba,maka berkumandanglah suara-suara yang berkata mengenai hari Valentine.Ada yang menyokong dan ada yang membantah hari tersebut.Saya juga berminat untuk menulis mengenainya.Mahasiswa adalah golongan yang paling ramai berkata mengenainya.Mahasiswa adalah golongan yang kebanyakan baru hendak 'merasa' alam percintaan.Di usia-usia begini lah bibit-bibit percintaan meresap ke dalam diri tanpa mengerti soal kematangan.Jadi tidak hairan golongan yang banyak menyokong hari ini adalah dari golongan Mahasiswa.Tidak kurang juga yang membantah.

Bagi yang menyokong,alasan mereka mudah,"hari ini adalah hari untuk kita menzahirkan kasih sayang dan kecintaan kita".Zahirkan dalam bentuk apa?bagi yang agak 'bagus' alasannya adalah untuk menzahirkan kasih sayang kepada keluarga dan ibu bapa.Ah! macam takda hari lain.Kenapa hari St.Valentine ni mati juga anda nak zahirkan kasih sayang anda?? Bagi yang agak 'kuning',kononnya pada hari itu lah untuk menunjukkan betapa romantik nya mereka.Waduh-waduh yang ini parah!!..Apa yang mereka tahu tentang romantik? adakah dengan memberi bunga itu dikatakan romantik?adakah dengan membawa bersiar-siar menaiki kapcai dikatakan romantik?dan ada juga yang menafsirkan zina itu romantik.Subhanallah.cukuplah dengan bilangan anak luar nikah yang menyedihkan.anda nak tambah lagi??

Menurut sejarah, Hari ini disambut adalah kerana ingin mengingati jasa seorang tokoh pendeta kristian yang hidup di zaman romawi.Beliau adalah St.Valentine,beliau dikatakan merupakan seorang pejuang hak asasi manusia .Pada zaman itu Penguasa Romawi adalah Raja Claudius II (268-270M).seorang raja yang kejam.Beliau melarang rakyatnya 'bernikah' dengan alasan rakyatnya tidak mahu menyertai tentera.Tetapi arahan raja tetap tidak di dengari oleh pendeta bernama valentine ini.beliau tetap sahaja menjalankan tugasnya 'menikahkan' orang.Suatu hari kegiatannya tertangkap oleh tentera dan beliau telah dihukum bunuh oleh penguasa Romawi ketika itu.Jadi untuk mengagungkan beliau sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi dugaan hidup,para mengikutnya menjadikan hari ini sebagai upacara keagamaan.Dan untuk sekian lamanya upacara keagamaan telah bertukar menjadi sebuah tradisi 'kuning'.

Nah!! Ini sejarahnya.Menghampakan bukan?Kebanyakan daripada kita suka mengambil tanpa memeriksa.Ini perbuatan yang sangat merugikan.Malas membaca agaknya.sudahlah malas menyusahkan orang pula.Fakta tetap fakta tidak boleh di ubah melainkan ada 'tangan ghaib'.Menyambut Hari Valentine jelas bertentangan dengan Aqidah umat islam.Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?islam ada caranya yang tersendiri.Kadang-kadang perkara ini sudah jelas pada mereka.Tetapi entah mengapa yang sudah jelas itulah sengaja mereka malapkan.Hairan bukan?Sepatutnya bersyukurlah Allah telah memberi hidayah ke atas kita,jangan pula kita menepis hidayah tersebut.Sedih.

Sambutan Valentine di Malaysia dan juga indonesia bukan baru setahun dua malah sudah berpuluh-puluh tahun.Kini anak-anak luar nikah meningkat dari puluhan ke ratusan dan mutakhir ini mencecah ratusan ribu.Satu jumlah angka yang amat menakutkan bagi yang prihatin.'Kami cuma bersiar-siar,paling 'kuat' pun pegang tangan bukannya sampai berzina pun.Dialog yang biasa didengar bukan?saya percaya semua yang pernah terlanjur pernah berkata begitu sebelumnya.Bukan ke Al-Quran sudah mengingatkan kita?

seterusnya di

http://mahasiswa21.blogspot.com/2010/02/mahasiswa-dan-valentine.html
 
Nazri
 
Source : TKO

Selasa, 2 Februari 2010

Panduan Cara Makan ikut Sunah Rasullulah SAW

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

1.Pahala yang berlipat ganda

2.Keberkatan.

Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.


Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.

Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.


2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.

Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??

Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.

Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.

Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

PAHALA

KEBERKATAN.

Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?

Buatlah pilihan yang bijak… hehe

Nazri
http://pakarhowto.com/

Tujuh Sunnah Nabi

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari . Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


1) Tahajjud , kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha , kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
Nazri

kita kena tipu lagi.....

1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?

Apa istimewanya orang Arab?


Kata Rakyat didahulukan..

Kenapa orang Arab lebih diutamakan?



Haaaa..Jawapannya ialah..



Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu...Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR33,600

Harga Waja kat Saudi = SR37,950



1 Saudi Riyal = RM0.94



Maknanya harga Persona kat Saudi = RM33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM35,673 aje



1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia! RM31,126.97 lebih MAHAL!

Shouldn't our Government protects us. Instead we are cheated.. Our hard earnings..!!

We pay for others to enjoy ...

THIS IS 1MALAYSIA ...UMNO/BN Govt.
 
Nazri

Pembenci Masjid Masuk Islam!

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.


Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya. (sa/iol)

http://satuumat.blogspot.com/2010/02/switzerland-pembenci-masjid-masuk-islam.html
 
Nazri

Isnin, 1 Februari 2010

FW: Wahai Muda-Mudi, Artis Bukanlah Idola dan Ikutanmu

Hiburan yang ditonjolkan bukanlah melambangkan kemajuan dan ketamadunan sesuatu zaman. Walaupun lirik dan suasana telah berubah, orang pada zaman dahulu yang jahil pun tahu menyanyi, menari dan berjoget. Sama juga dengan perbuatan artis yang menanggalkan pakaian di khalayak ramai.


Melihat kepada perkembangan dunia hiburan di Malaysia ini, tidak dapat dinafikan bahawa hiburan di negara kita boleh dikatakan berada pada tahap yang amat ‘memberangsangkan’. Manakah tidaknya, muda mudi sekarang di dalam minda mereka hanya artis itu dan ini, gaya pakaian artis, apa artis buat, perangai artis dan sebagainya. Perbualan harian pun berkisar tentang hiburan dan artis. Jauh sekali memikirkan atau membincangkan mengenai Al-Quran, hadis, akhlak, ulama’, kepimpinan, perjuangan dan islah.

Manakala media pula seakan-akan berlumba-lumba untuk mencari lebih banyak liputan, siaran langsung berkenaan dengan hiburan artis yang bagi mereka boleh menaikkan populariti dan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira perkara yang lebih penting untuk di masukkan dalam slot mereka. Akibatnya, dunia hiburan berada bukan ditempatnya. Atau dengan erti kata lain dunia hiburan berada di tempat paling utama di hati muda-mudi kita. Sehinggakan lauk pauk mereka hanyalah hiburan, artis, dan sebagainya. Mereka bagaikan tiada arah tujuan hidup, mahu berhibur semata-mata.

Tanyalah kepada mereka yang terlalu taksub dengan hiburan, semestinya mereka akan katakan ‘ala muda-muda ni enjoy la dulu, nanti tua taubat la‘, ataupun dengan kata-kata yang lebih enak mereka katakan ‘ ala hiburan je..hidup perlukan hiburan‘. Maka kita katakan ya, hidup memerlukan hiburan bagi kebanyakan orang, tetapi biarlah berpada-pada. Islam adalah sebuah agama yang syumul, dan bukanlah ia satu agama yang jumud sehingga melarang hiburan. Dalam hadis Nabi S.A.W,

“Dari Aisyah r.a, bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan.” (Riwayat Bukhari)

Dan banyak lagi hadis-hadis shahih yang boleh diambil dalam menentukan bentuk hiburan yang dibolehkan. Lihatlah betapa Islam membolehkan hiburan, tetapi mestilah berdasarkan syariat dan batasan yang ditetapkan.

Begitu juga contoh-contoh hiburan yang tidak boleh dan dijatuhkan haram atau makruh oleh ulama’ seperti Dr Yusof Qardhawi didalam kitabnya, Halal dan Haram dalam Islam:

“Di antara yang sudah disepakati, bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, yaitu sebagaimana sabda beliau:

“Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi.” (Riwayat Ibnu Majah)

Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi”. (Halal dan Haram dalam Islam: Dr Yusof Qardhawi, Alih bahasa: H. Mu’ammal Hamidy, PT. Bina Ilmu, 1993)

Hiburan yang ditonjolkan bukanlah melambangkan kemajuan dan ketamadunan sesuatu zaman. Walaupun lirik dan suasana telah berubah, orang pada zaman dahulu yang jahil pun tahu menyanyi dan menari. Sama juga dengan perbuatan artis yang menanggalkan pakaian di khalayak ramai. Jika dibandingkan dengan orang jahiliyah zaman dahulu dengan hiburan yang ada sekarang langsung tiada perbezaan. Hiburan yang sebegitu hanya melambangkan kebodohan dan kejahilan terhadap kaum tersebut. Langsung tidak melambangkan ciri-ciri khalifah di bumi yang sepatutnya matang serta berakhlak.

Jika ditanya kepada mereka, apakah akhirnya yang anda dapat jika anda terlalu mengikuti hiburan dan gaya hidup artis? Tentu mereka diam. Mereka sebenarnya tahu ia tiada hala tuju, tidak mendapat apa-apa manfaat pun akhirnya, tetapi hati mereka dilalaikan oleh hiburan atas alasan memenuhi jiwa mereka.

Ada juga mereka yang tidak peduli langsung tentang hiburan, bagi mereka hiburan bukanlah dari hidup mereka. Mereka tiada masa dengan hiburan, bagi mereka hiburan ini merugikan masa serta tidak menguntungkan. Ini bermakna hiburan bukanlah kemestian yang ada pada seseorang. Jika dilihat kehidupan para sahabat, tabien dan generasi awal Islam, langsung hiburan tidak menerjah di hati mereka. Mereka ada lebih banyak agenda dan perjuangan untuk Islam kerana mereka lebih mengetahui dan merasai balasan Allah S.W.T kepada mereka di kehidupan dunia dan akhirat. Bagi para sahabat Nabi, dunia ini hanyalah di hujung jari mereka, tetapi akhirat di hati mereka. Pada waktu itulah tamadun Islam dapat berkembang dengan pesat. Kerana mereka tahu tujuan dan perjuangan sebenar yang perlu mereka lalui.

Oleh itu, marilah kita melakukan islah, hidup kita bukan untuk hiburan. Golongan muda-mudi sekarang yang akan menjadi pemimpin di masa depan, anda mempunyai banyak tanggungjawab, perjuangan kepada umat Islam, kepada agama dan rakyat. Janganlah terikut-ikut dengan rentak hiburan yang ada di negara kita mahupun diluar negara. Anda tiada masa dengan hal-hal yang melalaikan serta tidak memberi faedah ini. Media juga perlu peka terhadapat isu-isu umat dan kemunduran sesebuah negara disebabkan hiburan semata-mata. Janganlah menonjolkan seolah-olah negara kita agenda yang paling utama adalah industri hiburan. Hiburan itu boleh, tetapi biarlah berpada dan bukan satu keutamaan kerana banyak lagi masalah dan perjuangan serta agenda umat yang perlu dilaksanakan.

Nazri

Beristighfarlah...

Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan. Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.


''Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar. Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud:

``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

http://minda-anak-mudan9.blogspot.com/2010/01/beristighfarlah.html
 
Nazri