Ahad, 25 April 2010

Fw: Kpg Denai Pinggiran Kempas johor

Assalamualaikum w.b.t? Maaf kerana tertinggal kereta api!!!



Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..




Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong'

anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa

je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah

ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...



setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang

meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu

melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin

kuat...



Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya..

sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang

tu.. biar la . dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla

kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah

air mata..



Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd

si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat

mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung..

dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..



Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan

dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan

polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg

berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy ..

dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali

air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..



kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia

utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD

seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12

rumah ..



hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak

luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan

elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula

dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata

ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..



Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..

* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Nazri

Gambar-gambar Volcano di Ice Land

Assalamualaikum w.b.t?? Lama dop update ni!!

Nazri

Sabtu, 24 April 2010

PRK P94 Hulu Selangor (17-19 Apr.2010): 18 Orang Petugas PAS Cwg Kg Jaya Hadir

Pak Awang Melaungkan Azan sebelum Berangkat


Toyota Unser Hj Othman memulakan perjalanan

Bersarapan pagi Didepan Masjid Kuala Kubu Baru

Di Pusat Penamaan Calon Majlis Daerah Kuala Kubu Baru

Bersalaman selepas solat hajat yang diimami oleh Tuan Guru Presiden di Mesjid Felda Sg Tengi

Berehat sebentar di Perkarangan Mesjid Felda Sg Tengi

Bergambar beramai-ramai di Pekan Felda Sg Tengi

Pengarah MTD Cukai Tn Hj Hanafiah Mat melepaskan lelah

Tuan Guru Presiden berangkat pulang setelah solat hajat berjemaah

Bersarapan bersama Hj Hanafiah di Pekan Felda Sg Tengi

Bergambar bersama Pengarah Hj Hanafiah

FASA KE-3 MASJID PASIR MINAL,KEMAMAN.

Jumaat 16hb.April 2010, melakar sejarah apabila Ustaz Azman Shafawi berjaya merasmikan fasa ke-3 pembinaan Masjid Pasir Minal ,Kemaman Terengganu.

Masjid ini yang asalnya binaan kayu telah dibangunkan hasil sumbangan dan derma orang ramai  serta para dermawan, dianggarkan kos binaanya telah menelan belanja hampir 0.8 juta.

Memasuki fasa ke-3 ini melibatkan pembinaan struktur hadapan Masjid tersebut dan akan melengkapkan binaan Masjid Pasir Minal, kos binaan fasa ke 3 ini  dianggar memerlukan kos hampir 0.5 juta lagi.
Majlis perasmian diadakan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat, Majlis bermula dengan Ustaz Azman Shafawi memotong riben dan terus membuka banting yang tertera tulisan "Perasmian Fasa ke-3 Masjid Pasir Minal", diikuti dengan menanam tiang cerucuk.

YDP PAS Kawasan Kemaman Hj Ismail Harun yang merupakan pengerak utama projek pembinaan masjid ini mengalu-alukan sumbangan berupa wang dan bahan binaan daripada oang ramai untuk tabung pembinaan fasa  ke-3 Masjid ini. 


Rabu, 14 April 2010

Ramli Abdullah a.k.a Pak Awang Scotland terima sumbangan RM2000



Kg Jaya, 12 April 2010, Pak Awang Scotland menerima sumbangan yang disampaikan oleh wakil Pengarah DUN Cukai, Tn Hj Hamid Ismail.  Semoga sumbangan hasil dari kutipan orang ramai ini akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Pak Awang sekeluarga. Jazakumullah kepada semua yang telah memberikan sumbangan.