Idea memasang unit penyamanan udara ini diputuskan dalam mesyuarat AJK bulan lalu setelah mendapat rungutan daripada orang-ramai yang mengadu 'panas' khususnya ketika progam kuliah jemputan penceramah hebat seperti Ustaz Azhar, Ustaz Suhaimi dan Ustaz Khairul Ikhwan yang dihadiri hampir tiga hingga empat ratus jemaah.
Peruntukannya mencecah hampir RM 20 ribu. Semuanya diperolehi hasil sumbangan orang ramai, individu dan syarikat yang berjaya diperolehi tak sampai dua minggu pelancaran dananya.
Pihak Pengerusi dan AJK Surau Kg Jaya mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Walau bagaimana AJK mengharapkan agar penggunaannya dikawal untuk mengelakan bil tarif elektrik yang tinggi.
Cuma pastikan pintu dan tingkap sentiasa di tutup bila a/cond sedang berfungsi.Kalau tidak, jemaah tak berasa sejuk dan membazir letrik shj.Ini berlaku sewaktu kuliah Ustaz Azhar malam tadi (mungkin utk meraikan jemaah di belakang).
BalasPadam