Sabtu, 26 September 2009

SOLAT AIDILFITRI 1430 PENUH!

Muslimat pun ramai.

Para jemaah sedang menjamu selera. Ketupat, lemang dan rendang. Nasi dagang pun ada.

Hadirin sedang khusyuk mendengar khutbah.



Ada seorang tok Arab tersesat. Katanya flight ke Oman dah penuh.
Tak dapat balik kampung, sian...



Ust mat Zain menjadi imam solat dan khatib.

Kg Jaya 20 Sept 2009/1 syawal 1430 Surau kg jaya seperti biasa menganjurkan solat aidilfitri setiap tahun. Kehadirin pada tahun ini Alhamdullilah ramai. Setiap ruang kosong dipenuhi dengan jemaah. Imam pada kali ni ialah Al-Fadhil ust Mat Zain.

Ahad, 20 September 2009

JALAN DIKASIHI MANUSIA, DISAYANGI ALLAH.






Cuba kita bayangkan bagaimana kita dapat mengharungi kehidupan jika kita dibenci dan dipulau oleh masyarakat dan kaum keluarga. Bagaimana pula jika kita mengetahui bahawa Allah memurkai kita? Bolehkah kita menerima situasi ini? Tentulah tidak, bukan?

Hidup seseorang akan bermakna dan berbahagia apabila dia dikasihi oleh manusia dan disayangi oleh Allah. Banyak mana pun harta seseorang, cantik dan tampan mana pun, cerdik dan hebat mana pun seseorang itu, tiada makna apabila dia dibenci dan dipulau oleh manusia manakala Allah pula murka dan berpaling darinya. Malah sekiranya dia mendapat kasih manusia tetapi dimurkai dan dibenci oleh Allah, apalah ertinya segala yang dimilikinya itu. Maka hendak tidak hendak, demi kesejahteraan diri manusia maka dia hendaklah memiliki kedua-duanya yakni kasih manusia dan sayang Allah.

Kasih manusia mampu diraih apabila kita memiliki dan mengamalkan sifat-sifat berikut:-

1. Baik hati - kita hendaklah mempunyai hati yang baik, ikhlas, tidak suka bermusuh dan bermasam muka, tidak suka mengumpat dan berburuk sangka. Orang seperti ini sentiasa bersangka baik, pemaaf dan pada wajahnya dihias keceriaan dan senyuman sebagai sedekah.

2. Pemurah - inilah satu sifat yang memikat silatulrahim dan persahabatan. Orang seperti ini tidak kedekut untuk berbelanja atau memberi hadiah untuk saudara-mara atau sahabat-handai. Hatinya tidak terasa berat untuk membelanjakan apa yang dia ada sebagai satu ibadat tanpa tagihan puji dan puja. Dia lebih suka tangannya mendahulukan. Dia lebih selesa ‘tangannya di atas berbanding dengan di bawah’.

3. Peramah - orang yang peramah mudah mendapat kawan. Dia tidak kekok untuk menegur, berbual dan bermesra. Pada wajahnya ada raut kemesraan, keceriaan dan keikhlasan. Peramah menolak rasa ego dan sombong. Dia akan menegur sesiapa sahaja pada masa dan situasi yang sesuai.

4. Rajin - manusia yang jenis ringan tulang mudah melekat di hati orang. Pantang diminta tolong, dia akan membantu dengan tenaganya. Apalagi kalau seseorang itu suka memberi bantuan tenaga tanpa diminta. Apabila dilihatnya manusia memerlukan pertolongan, dia tanpa diminta akan memberi bantuan.

Amalkan empat sifat yang dapat mencipta kasih manusia ini. Kalau tidak mampu memiliki keempat-empatnya, amalkan sekurang-kurangnya salah satu daripadanya dengan bersungguh-sungguh sehinga menjadi ‘trade mark’ kita.

Sayang Allah pula mampu diraih dengan melakukan amalan-amalan berikut:-

1. Taat - apabila manusia meletakkan dirinya pada tahap kehambaan yang sebenar dengan cara melakukan ketaatan, sudah pasti Allah sayang kepadanya. Manusia seperti ini menyempurnakan ibadat fardhu dan ajaran agama serta meninggalkan dosa-dosa besar di samping tidak mengekali dosa-dosa kecil.

2. Zikrullah - berzikir bermakna menyebut, memuji dan memuja Allah. Kerja menyebut, memuji dan memuja ini adalah kerja orang jatuh dalam alam percintaan. Apabila yang disebut, dipuja dan dipujinya ialah Allah yang menciptanya, maka dia telah menenggelamkan dirinya dalam percintaan suci. Allah dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayang akan menerima kasih manusia seperti ini dan Allah akan membalas cintanya. Selangkah kaki kita melangkah untuk mendapat kasih sayang Allah, dua langkah Allah menuju kasih saying-Nya kepada kita.

3. Ibadat sunat - Orang melakukan ibadat sunat sangat besar ertinya di sisi Allah s.w.t. Dia sentiasa rasa tidak cukup dengan ibadat wajib. Dia ingin sentiasa berhubung dengan Ilahi demi mengharap kasih dan redha-Nya. Justeru itu, dia begitu menekuni ibadat-ibadat sunat kerana ibadat sunatlah menggambarkan keikhlasannya dalam beribadat. Walaupun Allah tidak mewajibkan namun dia tekun melakukannya atas dasar merapatkan kasih sayangnya dengan Allah.

Demikianlah antara beberapa langkah dalam menjadikan manusia berbahagia kerana dikasihi oleh makhluk di mukabumi dan disayangi oleh al-Khaliq pencipta alam dan syurga yang indah. Yakinilah bahawa apabila kita rasa dikasihi oleh manusia dan disayangi oleh Allah Ta’ala, maka kita akan merasa ketenteraman, kebahagiaan dan kesejahteraan jasmani dan rohani.

Ahad, 13 September 2009

MUSLIMAT DUN CUKAI BUAT PROGRAM TADARUS, SOLAT HAJAT DAN SOLAT TASBIH DI SURAU KG JAYA




Kg Jaya 11 Sept 2009 Jumaat, Muslimat PAS Dun Cukai telah berkampung di surau kg jaya dari jam 8.00 - 12.30 tgh melakukan aktiviti menambah kebajikan dibulan ramadan dengan bertadarus, solat tasbih dan mendengar tazkirah sempena Ramadan Al-Mubarakh. Program sebegini wajar dilakukan setiap tahun sambil menarikh golongan muda menyertai. Tahniah Muslimat DUn Cukai. Teruskan program-program yang dapat membantu masyarakat mendekatkan diri dengan Allah Swt.

Cantiknya Langsir Baru Surau Kg Jaya!


Terima Kasih dan Jazakumullah kepada individu yang telah menyumbang. Mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berganda kepada tuan/puan.

MAJLIS SUMBANGAN HARIRAYA DUN CUKAI - SURAU KG JAYA JADI TUAN RUMAH




Kg Jaya, 12 Sept 2009 Sabtu, Surau Kg jaya telah diberi penghargaan menjadi tuan rumah bagi majlis tersebut. Seramai hampir 300 orang golongan berpendapat rendah hadir untuk menerima sumbangan yang berupa sedikit wang saguhati, sekampit beras dan sebuah hamper yang mengandungi barang-barang keperluan dapur. Ramai pimpinan Pas peringkat kawasan dan cawangan hadir meraikan mereka ini.
Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung golongan ini untuk menyambut hari lebaran yang hampir menjelang tiba. Turut hadir wartawan dari Sinar Harian membuat liputan tentang aktiviti ini.

BERBUKA PUASA BERSAMA USTAZ AZHAR MERIAH DAN PENUH UKUWWAH











Kg Jaya, 21 Ramadan 2009/11 Sept 2009 hari Jumaat, Majlis berbuka puasa telah diadakan di surau kg jaya. Program diserikan dengan kehadiran Ulamak tersohor masakini AlFadhil Ustaz Azhar Idrus. Kehadiran jemaah lebih 600 orang membuatkan petugas terpaksa bekerja keras untuk memastikan semua yang hadir dilayan dengan baik.



Walau bagaimanapun mungkin ada kelemahan di sana-sini maka, Pihak AJK pohon banyak kemaafan jika ada yang kurang memuaskan. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan program ini. "APA YANG PENTING! KERJASAMA..." Memang betul kata Wonder pets.

TAZKIRAH JIWA



Mulianya jiwa orang yang suka merendah diri. Lebih mulia lagi di sisi Allah akan orang yang sentiasa merasakan dirinya rendah

Rabu, 9 September 2009

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA USTAZ AZHAR LANCAR







Petugas-petugas program sedang 'memacking' buah kurma dalam bekas plastik untuk diagihkan kepada jemaah yang hadir nanti.






USTAZ WAHAB ALI MENGETUAI SOLAT SUNAT TASBIH

Jemaah sedang khusyuk mendengar penjelasan tatacara menunaikan solat sunat tasbih.



Ustaz Wahab sedang memberi penerangan tentang kaifiat menunaikan solat sunat tasbih. InsyaAllah solat ini akan diadakan setiap malam jumaat dan mungkin malam-malam ganjil 10 yang terakhir ramadan.

Rabu, 2 September 2009

BUKA PUASA BERSAMA DATO SERI PRESIDEN TGHH







Geliga, Kemaman 30 Ogos 2009,(Ahad) Satu majlis berbuka puasa bersama tuan guru presiden telah diadakan di restoran Bangkok, geliga. Program ini adalah anjuran DPP Kemaman bertujuan mengutip dana untuk program pemuda. Beberapa oraang AJK cawangan kg jaya turut menyertai majlis ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada DPPKK kerana berjaya menganjur sebuah progam yang sebegini besar. Teruskan bergerak demi kedaulatan islam.