Khamis, 22 Oktober 2009

IJTIMA PAS TERENGGANU 2009


KUBANG LEMBIK, 17 OKT 2009, SABTU Program tahunan PAS kali ke -13 ini telah diadakan di KUDQI dengan kehadiran lebih 4000 orang. Datuk seri Tuan Guru Presiden telah merasmikan majlis ini. Antara resolusi program ialah menekankan betapa PAS perlu berubah untuk mencapai kemenangan untuk memerintah Malaysia bersama rakan seperjuangan dalam pakatan rakyat bagi meneruskan agenda menegakkan islam. Semoga program ini akan memberi nafas baru dan semangat baru kepada pejuang parti untuk meneruskan gerak kerja ke arah matlamat tersebut.
Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato Harun Taib memberikan ucapan alu2an dan ucapan penggulungan.

Wakil kg jaya seramai 8 orang turut hadir. Hanya dua orang muslimin dan 4 orang muslimat. AJK lain yang tidak dapat hadir kerana ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Harap AJK Pas Kg Jaya lebih prihatin di masa akan datang dengan meletakkan agenda perjuangan islam mengatasi segala-galanya. Barulah islam akan menjadi kuat, InsyaAllah.


Wakil Dewan Ulama Ustaz Nik Nasri Nik Malek dari Kemaman turut membahaskan ucaptama Dato Seri Presiden.

Khamis, 8 Oktober 2009

STOR BARU HAMPIR 70% SIAP: KOS CECAH RM15 RIBU

Stor lama dihadapan stor baru akan diroboh apabila stor baru siap nanti.


Pandangan sisi kanan stor baru


Pengerusi dan seorang AJK sedang memantau pembinaan stor baru


Kg Jaya, 8 Okt 2009 Alhamdulillah stor surau SKJ hampir 70% siap. InsyaAllah akhir bulan ini akan dapat digunakan. Stor sedia ada yang sangat uzur akan dirobohkan. Mudah-mudahan dengan adanya stor ini barang-barang keperluan surau dapat disimpan dengan selamat.


Sumbangan masih diperlukan bagi menampung kosnya yang hampir mencecah RM 15 ribu. Tuan-tuan dan puan-puan yang hendak menyumbang boleh salurkan terus kepada AJK surau atau melalui :


Akaun Bank Islam No: 130-260-100-42403 atas nama Pas Cawangan Kg Jaya.

Terima kasih atas sumbangan antum semua.




Sumbangan tuan-tuan amat dihargai.

Rabu, 7 Oktober 2009

USTAZ AZHAR TAWAN BUKIT GELIGA KEMAMAN





Tok batin mengambil kesempatan mentahnik anak ke-4nya yg baru berusia 2 hari.


Geliga, Selasa 6 Oktober 2009 menjadi sejarah paling manis kepada peminat setia Ustaz Azhar apabila beliau diberi laluan untuk menyampaikan kuliah bulanannya disini.

Kehadiran umat yang begitu ramai menyesakkan masjid geliga yang begitu besar. Tahniah kepada Ustaz dan kepada mereka yang berjaya membawa ustaz 'mendaki' bukit geliga

Ahad, 4 Oktober 2009

Penamaan Calon PRK Bagan Pinang. Lebih 50,000 penyokong PAS hadir










Bagan Pinang, 3 Oktober, Sabtu PRK bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Calon Pas Ustaz Zulkifli Mohamad dan Calon 'Recycle' BN Tan Sri Isa Samad. Penamaan calon yang diadakan pada hari ini dihadiri oleh puluhan ribu penyokong PAS dan beberapa ribu penyokong Be End. Pas Cawangan kg Jaya turut menghantar wakil ke hari penamaan calon tersebut seramai 18 orang dengan 4 buah MPV.


Dengan sokongan yang begitu hebat, InsyaAllah kemenangan akan berpihak kepada calon Pakatan Rakyat. Sama-samalah kita berdoa dan bersolat hajat setiap malam mohon kepada Allah SWT supaya memenangkan calon kita. Takbir!