Khamis, 22 Oktober 2009

IJTIMA PAS TERENGGANU 2009


KUBANG LEMBIK, 17 OKT 2009, SABTU Program tahunan PAS kali ke -13 ini telah diadakan di KUDQI dengan kehadiran lebih 4000 orang. Datuk seri Tuan Guru Presiden telah merasmikan majlis ini. Antara resolusi program ialah menekankan betapa PAS perlu berubah untuk mencapai kemenangan untuk memerintah Malaysia bersama rakan seperjuangan dalam pakatan rakyat bagi meneruskan agenda menegakkan islam. Semoga program ini akan memberi nafas baru dan semangat baru kepada pejuang parti untuk meneruskan gerak kerja ke arah matlamat tersebut.
Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato Harun Taib memberikan ucapan alu2an dan ucapan penggulungan.

Wakil kg jaya seramai 8 orang turut hadir. Hanya dua orang muslimin dan 4 orang muslimat. AJK lain yang tidak dapat hadir kerana ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Harap AJK Pas Kg Jaya lebih prihatin di masa akan datang dengan meletakkan agenda perjuangan islam mengatasi segala-galanya. Barulah islam akan menjadi kuat, InsyaAllah.


Wakil Dewan Ulama Ustaz Nik Nasri Nik Malek dari Kemaman turut membahaskan ucaptama Dato Seri Presiden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan