Sabtu, 24 April 2010

FASA KE-3 MASJID PASIR MINAL,KEMAMAN.

Jumaat 16hb.April 2010, melakar sejarah apabila Ustaz Azman Shafawi berjaya merasmikan fasa ke-3 pembinaan Masjid Pasir Minal ,Kemaman Terengganu.

Masjid ini yang asalnya binaan kayu telah dibangunkan hasil sumbangan dan derma orang ramai  serta para dermawan, dianggarkan kos binaanya telah menelan belanja hampir 0.8 juta.

Memasuki fasa ke-3 ini melibatkan pembinaan struktur hadapan Masjid tersebut dan akan melengkapkan binaan Masjid Pasir Minal, kos binaan fasa ke 3 ini  dianggar memerlukan kos hampir 0.5 juta lagi.
Majlis perasmian diadakan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat, Majlis bermula dengan Ustaz Azman Shafawi memotong riben dan terus membuka banting yang tertera tulisan "Perasmian Fasa ke-3 Masjid Pasir Minal", diikuti dengan menanam tiang cerucuk.

YDP PAS Kawasan Kemaman Hj Ismail Harun yang merupakan pengerak utama projek pembinaan masjid ini mengalu-alukan sumbangan berupa wang dan bahan binaan daripada oang ramai untuk tabung pembinaan fasa  ke-3 Masjid ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan