Ahad, 25 April 2010

Fw: Kpg Denai Pinggiran Kempas johor

Assalamualaikum w.b.t? Maaf kerana tertinggal kereta api!!!



Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..




Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong'

anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa

je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah

ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...



setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang

meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu

melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin

kuat...



Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya..

sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang

tu.. biar la . dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla

kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah

air mata..



Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd

si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat

mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung..

dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..



Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan

dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan

polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg

berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy ..

dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali

air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..



kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia

utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD

seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12

rumah ..



hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak

luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan

elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula

dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata

ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..



Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..

* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Nazri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan