Isnin, 3 Januari 2011

PASTI ALFALAH : Pengambilan MURID 2011 meningkat 30%. Alhamdullilah

KGJaya 3 Jan 2010. Alhamdullilah kemasukan murid Pasti Al-Falah Qaryah Kg. Jaya pada tahun ini bertambah lagi lebih 30% berbanding tahun 2009 seramai 21 orang kepada 34 orang pada tahun 2010.  Pada tahun ini angka ini meningkat kepada 46 orang. Pecahan murid ialah 12 orang untuk 4 tahun manakala 18 orang murid 5 tahun. Bagi 6 tahun pula seramai 16 orang.  Bilangan ini dijangka akan bertambah lagi dalam masa terdekat. 

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan AJK yang bekerja keras untuk memastikan sekolah ini terus kekal dan mempamerkan peningkatan dalam prestasi pendidikan dan jumlah bilangan murid.  Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada Ibubapa yang memberi kepercayaan kepada Pasti Al-Falah untuk mendidik anak-anak mereka.  InsyaAllah kami akan pastikan anak-anak tuan/puan mendapatkan pendidikan yang sewajarnya mengikut visi dan misi PASTI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan