Isnin, 3 Januari 2011

SKJ DIHADIRI ULAMA' BESAR DARI PALESTINE; DR.MAHMOOD BIN MOHD SIYAM BEKAS IMAM MASJIDIL AQSO

1 Jan 2010.  SKJ  menyambut tahun baru ini dengan kenangan yang sangat manis kerana dihadiri oleh As-Sheikh Dr. Mahmood Mohd Siyam yang merupakan mantan Imam Besar Masjidil Aqso Baitul Maqdis.  Beliau diberi penghormatan menyampaikan kuliah maghrib di surau ini. Kuliahnya banyak berkisar tentang kehidupan rakyat palestine khususnya penduduk Gazza yang masih hidup serba kedaifan akibat perang dengan Yahudi Laknatullah. 

Sehubungan dengan kedatangannya, dilancarkan kutipan dana untuk membantu umat islam Palestine.  Sikap Jemaah SKJ yang begitu prihatin berjaya mengumpul dana melebihi RM 5000.00.  Terima kasih dan Jazakumullah kepada semua yang telah menyumbang. Penterjemah kuliah maghrib beliau ialah Ustaz Khalil Abdul Hadi (Anak Tuan Guru Dato Presiden PAS) manakala kuliah subuh beliau diterjemahkan oleh Ustaz Nik Nasri Nik Malek.
 As-Sheikh Dr Mahmood Md Siyam sedang menyampaikan kuliah subuh dan dipermudahkan oleh Ustaz Nik Nasri Nik Malek.
 Jemaah mengambil peluang bergambar bersama As-Sheikh Dr. Mahmood.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan