Ahad, 15 November 2009

Di sangka tebuan, rupanya lebah: S/U silap!

Sarang Lebah yang disangka tebuan

Petugas Unit JPA3 sedang menghapuskan sarang tersebut

13 Nov 2009, Jumaat. S/u Kg jaya tersilap maklumat menyangka lebah yang melekap dipokok pelamnya adalah tebuan. Dengan yakin menelepon 999 untuk mendapatkan bantuan. Bersusah payah unit JPA3 datang dari Dungun untuk memusnahkan sarang'tebuan' tesebut. Tahniah dan terima kasih kepada petugas-petugas JPA3 yang hadir berkhidmat untuk rakyat jelata.


Setelah melihat sarang tersebut, seorang petugas menyatakan itu sebenarnya adalah sarang LEBAH yang datang singgah sementara. Walau bagaimana pun sarang tersebut dihapus menggunakan Ridsect dalam masa tak sampai setengah minit. Lain kali berhati-hati sebelum membuat keputusan. Menyusahkan orang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan