Ahad, 15 November 2009

KURSUS PENGURUSAN ANJURAN DUN CUKAI

Y Bhg Dato Yahya Ali turut hadir merasmikan kursus ini.

Barisan Peserta dari Kg Jaya tekun mendengar ucapan perasmian

14 Nov 2009, Sabtu Tahniah kepada MTD Cukai yang menganjurkan kursus ini kerana ia sangat memberi manfat untuk petugas-petugas khususnya di cawangan-cawangan. Setiap cawangan dan dewan-dewan menghantar wakil masing-masing. Cawangan kg jaya menghantar 5 orang wakil. Kursus yang diadakan di Residence Inn, Cherating selama sehari ini, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang sarat dengan, ceramah, perbincangan, perbengkelan dan soal jawab.

Program dibawah sebuah badan yang dipanggil ALIM ini dikendalikan oleh Pertubuhan Perantau iaitu sebuah NGO yang terdiri daripada pensyarah universiti tempatan. Antara yang hadir ialah Prof Madya Dr Khazani, Dr. Shamsuri, S/U politik Presiden PAS dan Dr Kamaruzzaman Yusof atau lebih dikenali sebagai Dr KaYu. Ia dipengerusikan oleh Suhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS Perhubungan neg Terengganu. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan pentadbiran PAS di peringkat DUN dan cawangan dalam usaha menyiapkan diri memerintah Trengganu pada tahun 2012. InsyAllahu Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan