Khamis, 4 Februari 2010

Santapan Akal

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pd paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT...


"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?'' Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yg terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yg diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yg terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yg lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat mencairkan besi"

"Adakah yg lebih kuat dari selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya RAb, adakah yg lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yg kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yg lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi]

Dipetik dari buku 'Diari Sufi'..

Nazri
TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan