Khamis, 4 Februari 2010

Ulama Mesir Haramkan Facebook


Mantan Ketua komite fatwa Al-Azhar, Syaikh Abdul Hamid Al-Atrash, pada hari Rabu lepas (3/2) mengeluarkan pernyataan yang mengharamkan laman jejaring sosial terkenal Facebook, setelah meningkatnya angka perceraian dan semakin tersebarnya perzinaan yang merupakan kesan dari laman tersebut.


Syaikh Al-Atrash menekankan bahawa masuk dan bergabung dalam laman jejaring sosial Facebook sangat berbahaya untuk masyarakat umum, khususnya warga Arab dan negara-negara Islam yang memiliki tingkat spesifiti tinggi.

Mantan ketua komite fatwa tersebut juga mengatakan bahawa Facebook telah menjadi sebagai instrumen penghancuran, dan merosak pasangan keluarga, kerana masing-masing pasangan baik suami maupun isteri akan mencari kegiatan lain di Facebook jika memiliki waktu senggang, dan sering serta banyak kes banyaknya terjadi perselingkuhan lelaki wanita yang bermula dari Facebook.

Sebuah tim dari pusat nasional untuk penelitian sosial dan pidana Mesir, telah melakukan suatu kajianyang berlangsung selama beberapa minggu, hasil laporan kajian mereka sungguh mengejutkan, bahawa setiap lima kes penceraian yang terjadi, khususnya di Mesir, disebabkan oleh perselingkuhan yang terjadi kerana pasangan suami ataupun isteri menemukan "idaman lain" yang mereka temukan di laman Facebook.

Kajian juga menunjukkan bahawa laman jejaring sosial facebook, sangat mudah membuat pasangan suami isteri saling berkhianat, manakala suami-isteri tersebut merasa bosan dan jenuh dengan kehidupan monoton dari perkahwinan mereka, dan disaat itulah kebanyak pasangan yang aktif di laman jejaring sosial Facebook dapat dengan mudah menemukan "orang lain" yang menjadi selingkuhan mereka tanpa payung legitimasi pernikahan yang sah.

Hasil kajian mengakui bahwa banyak pengguna Facebook dapat berhasil menemukan orang yang dulu mereka kasihi dan hubungan mereka telah lama putus akhirnya menjadi "CLBK" Cinta Lama Bersemi Kembali, mungkin tidak masalah dengan orang yang belum menikah akan tetapi kebanyakan yang terjadi adalah hubungan "gelap" model CLBK ini dialami oleh pasangan yang telah menikah, sehingga kejadian seperti ini merupakan ancaman yang nyata bagi pernikahan pasangan muslim.

Kajian juga menyarankan agar pasangan suami-isteri tidak bergabung dan aktif di laman jejaring sosial Facebook.

Syaikh Al-Atrash mengutip temuan hasil kajian tersebut yang menunjukkan tingginya tingkat perceraian kerana perselingkuhaan dan hubungan zina diluar nikah lewat internet, akhirnya mengeluarkan fatwa bahawa HARAM untuk aktif dalam laman jejaring sosial Facebook, kerana facebook telah menjadi ajang penyebaran kerosakan moral di kalangan anak muda serta Facebook juga menjadi alat penghancur keutuhan rumah tangga yang pada akhirnya akan mengancam keruntuhan total masyarakat Arab dan Islam.

Syaikh Al-Atrash mengakui bahwa Facebook, dan sarana komunikasi lainnya, apakah itu TV Satelit, internet dan sebagainya, ibarat pedang bermata dua yang boleh digunakan untuk berdakwah, menyampaikan pesan persahabatan dan perdamaian atas dasar Islam atau boleh dijadikan alat untuk bermaksiat seperti melakukan perselingkuhan atau kerosakan moral lainnya.

Syaikh Ahmad Husam, imam masjid Abu Bakr di distrik Faisal Giza, juga menyepakati fatwa Haram dari Syaikh Al-Atrash, kerana faktanya banyak anak muda mahupun pasangan suami istri telah menyalah gunakan laman tersebut untuk melakukan hubungan "terlarang" dan dia juga mencatat bahawa Al-Quran telah memberikan peringatan yang jelas, iaitu pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan di mintai pertanggung jawabkan oleh Allah. SWT.(fq/alqudsalarabi)

http://satuumat.blogspot.com/2010/02/ulama-mesir-haramkan-facebook.html
 
Nazri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan