Isnin, 23 Ogos 2010

Gerai Bazar Ramadhan Kuantan Pula Ranap Di Pukul Ribut

KUANTAN, 22 Ogos -- MUSNAH ... Sebahagian khemah peniaga Bazar Ramadhan berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah 1 rosak akibat dipukul ribut yang berlaku menghapiri waktu berbuka puasa di sini, hari ini.  Sebahagian khemah peniaga Bazar Ramadhan berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah 1 rosak akibat dipukul ribut yang berlaku menghapiri waktu berbuka puasa di sini, hari ini.

Seorang peniaga mengalami patah tangan manakala beberapa peniaga yang lain cedera ringan dalam kejadian kira-kira 6.10 petang tadi.

Ini pula berita dari Selatan online

Hujan Ribut Melanda Kuantan Petang Tadi, Lebih 20 Kanopi Musnah

KUANTAN, 22 Ogos [7.30 pm] - Hujan lebat berserta ribut melanda bandar ini sekitar jam 6.40 petang tadi, ketika umat Islam sedang menanti waktu berbuka puasa.

Keadaan kucar-kacir seketika terutamanya kepada orang ramai yang sedang berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan.

Banyak pokok tumbang, bumbung zink melayang dan kanopi yang rosak teruk akibat hujan ribu yang melanda. Terdapat juga jalan utama yang tidak dapat dilalui oleh mana-mana kenderaan akibat pokok tumbang merentangi jalan tersebut, terutamanya di sekitar Indera Mahkota. Malah difahamkan, lebih 20 buah kanopi di Bazar Ramadhan Mahkota Square depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut.

Sementara itu terdapat satu kemalangan berlaku berhampiran Bulatan Bunga Cengkih, Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman. Sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki terbabas akibat jalan licin.

Pemandu yang dipercayai merupakan seorang pemimpin PAS setempat berdasarkan kad nama yang bertaburan di atas jalan (akan disahkan kemudian) dikatakan dari arah Kemaman sebelum terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan itu.

Namun, pemandu terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan sempat diselamatkan oleh orang awam yang lalu di situ.

Sesungguhnya, ribut dan hujan lebat yang melanda itu amat mengejutkan warga Kuantan. Tambahan pula, ketika waktu puncak iaitu umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa. Mujurlah setakat berita ini disiarkan, tiada kemalangan jiwa berlaku. Apapun, kejadian yang berlaku itu mengingatkan kembali kita kepada ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin yang meragut nyawa baru-baru ini.-


































Menurut sumber terdapat beberapa orang awam dan peniaga yang tercedera dalam kejadian itu. Sebelum ini, kami pernah mendedahkan aktiviti berbuka puasa besar-besaran yang dijalankan di Padang MPK di hadapan Masjid Negeri itu telah mencemar kesucian agama Islam. Ia berikutan orang ramai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai pesta sedangkan mereka tidak mengimarahkan masjid sewaktu solat Maghrib berjalan. Malah, banyak terdapat adengan-adengan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu sendiri berlaku sebenarnya.

Malah, ada juga pernah mendedahkan terdapat beberapa orang peniaga yang sanggup tidak bersolat "Asar, Maghrib dan Isyak" apatah lagi "solat Tarawikh" biarpun jarak Bazar Ramadhan hanya beberpa meter dengan pintu masjid berkenaaa. Semuanya itu akibat kesibukan melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di situ.

Penganjur tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana peniaga sepatutnya mengutamakan tanggungjawab sebagai umat Islam daripada terus mengejar keuntungan duniawi. Akhirnya, apa yang kami khabarkan itu berlaku jua. Semuanya akibat kasilapan dan kealpaan mereka sendiri akibat tidak menghormati waktu solat dek kerana tertumpu kepada perniagaan masing-masing.

Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pihak yang berkenaan agar lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Usahlah alpa dan lalai, sedangkan mereka mendengar laungan azan dan berada betul-betul di hadapan "rumah Allah itu sebenarnya". Ambillah ikhtibar atas apa yang telah berlaku semalam.


Nazri - TKO  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan