Khamis, 19 Ogos 2010

Wang Kertas HARAM?? Mintak tolong Feedback

KONONnya emas dan perak adalah logam perhiasan. Lalu dibuat orang sebagai tukaran jual beli sebab ianya memang disukai ramai.... okey?.
.
Masa berlalu, lalu emas dan perak dianggap wang.............. okey?
.
~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Masa terus berubah, di mana-mana orang membawa emas dan perak dalam celana.. dalam seluar ker... dalam tocang ker... dalam sarban ker... dalam jubah ker.. maka dimana-mana itu juga perompak dan pencuri dan perampok ada.
.
Lalu, dibuat orang sebuah 'Rumah Selamat', gunanya untuk menyimpan emas dan perak.
.
Pihak 'Rumah Selamat' mengeluarkan sekeping surat yang mengesahkan si polan-polan itu ada menyimpan emas dan perak di Rumah Selamat itu... semacam geran.......... okey?
.
Lalu dengan surat itulah dia bawa ke kedai untuk beli barang, dan penjual itu ambil surat itu dan bawa ke 'Rumah Selamat'. untuk sesi 'tukaunama' dari nama si polan tadi kepada nama dia.
.
Kalau selalu cam nih... maka pihak Rumah Selamat takder kerja lain selain sesi 'tukaunama' lah?
.
.
Maka, sepakat lah semua orang untuk menerimapakai kepingan nota yang siap-siap menunjukkan nilai yang bersamaan dengan nilai simpanan emas dan perak itu. Lalu Si Rumah Selamat memberi beberapa kepingan itu yang nilainya sama dengan nilai emas dan perak itu kepada sipemiliknya emas dan perak itu.
.
Kepingan Nota itu dicetak pada Kertas.
.
Maka bertukar-tukarlah sesama pemilik emas dan perak itu dengan para peniaga, hanya menggunakan kepingan 'nota' itu.
.
Sekarang, 'nota' itu dipanggil wang kertas.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Oleh itu, aku tak nampak macamana urusan jual beli berlaku dengan AMAN... kalau penggunaan 'wang kertas' ker.. nota ker... geran ker..... diharamkan.
.
Mahu dibawa emas dan perak dalam celana, dalam seluar, dalam tocang, dalam sarban, dalam jubah, dalam sari, dalam purdah dalam kasut atau terompah kah macam dulu-duluk?
.
.
Wah!. JIka begitu, akuk terpaksa sediakan mamat Nepal sebagai bodyguard nih!
.
.
Aman! 


Nazri
TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan