Selasa, 3 Ogos 2010

Siapa Perdana Menteri ni?? Rosmah atau Najib


Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar di sebelah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.

Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU…


Nazri - TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan