Khamis, 31 Disember 2009

Mukjizat Nabi Musa

Masih ingatkah teman-teman dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara teman-teman yang menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita semak tulisan yang saya uraikan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.
Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa2 tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah. Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.


Selain itu, ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Pharaoh sang raja.
Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas, Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter. Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima Jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! sungguh luar biasa, Allah Maha Besar.
Nazri

Gerhana Separa Bulan Malam 1 Jan 2010


Untuk Unit Falak FKI, langkah mula 1431/2010 ini mohon (dengan izin) saya warwarkan informasi mengenai gerhana dahulu. Informasi lain akan menyusul kemudian, apabila tiba masa yang sesuai. Gerhana 1431/2010 Untuk tahun 1431, Malaysia amnya, dan Terengganu khususnya, berpeluang menyaksikan tiga fenomena gerhana, 1 gerhana matahari, dan 2 gerhana bulan.


1) Gerhana Bulan Malam 15 Muharram 1431 (31 Dis, Malam Jumaat 1 Jan 2010)

Jenis Gerhana : Separa (sebahagian)

Kadar Maksimum : 7% Waktu Mula Peringkat Penumbra : 1.17 pagi (1 Jan) Mula Peringkat Umbra : 2.52 pagi Peringkat maksimum (7%) : 3.23 pagi Akhir Peringkat Umbra : 3.52 pagi Akhir Peringkat Penumbra : 5.28 pagi


(Penumbra adalah peringkat gerhana warna, secara mudah, gerhana bulan berlaku ketika purnama, bulan yang sepatutnya kuning cemerlang, ketika penumbra, menjadi putih pudar, sebelum peringkat umbra, di mana bayang gelap mula kelihatan)


2) Gerhana Matahari Petang 29 Muharram 1431 (Jumaat 15 Januari 2010) Jenis Gerhana : Separa (sebahagian) Kadar Maksimum : Kuala Trg (31%) Kota Kinabalu (14%) J.Bahru (22%) Kangar (39%) Kuala Lumpur (29%) Waktu Mula Gerhana : (Kuala Terengganu) 15.06 (3.06 petang) Peringkat Maksimum (31%) : 16.31 (4.31 petang) Akhir Gerhana : 17.43 (5.43 petang)


3) Gerhana Bulan Malam 14 Rejab 1431 (26 Jun 2010 Sabtu Malam Ahad) Jenis Gerhana : Separa Kadar Maksimum : 54% Waktu Mula Peringkat Penumbra : 16.57 (4.57 petang, 13 Rajab) Mula Peringkat Umbra : 18.16 (6.16 petang, 13 Rajab) Peringkat maksimum (54%) : 19.39 (7.39 malam, 14 Rajab) Akhir Peringkat Umbra : 20.59 (8.59 malam, 14 Rajab) Akhir Peringkat Penumbra : 22.19 (10.19 malam, 14 Rajab)


(Gerhana hanya boleh mula dilihat apabila bulan mula terbit, lebih kurang pada waktu maghrib berdasarkan daerah/zon masing-masing
Nazri
Source: Tranungkite.net

Rabu, 30 Disember 2009

Mengunjungi Kilang Percetakkan Kitab Suci Al-Quran




































Nazri

Culture VS Torture








Nazri
Email FWD

Halalkah Makanan Jenama Ini ??? Tiada tanda Halal Jakim !!!

KERAJAAN Malaysia dicabar oleh beberapa blog, kerana tidak mampu bertindak terhadap sebuah kilang yang terus beroperasi mengeluarkan makanan kepada pengguna-pengguna Islam, walaupun tiada tanda halal dari JAKIM dan permohonannya telah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sebuah kilang memproses bihun dan laksa, iaitu:

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.(Co. No. 365216-T)
Alamat:Lot 1123,Tingkat Selamat 6,
Kampung Selamat,Tasek Gelugor,
Seberang Prai13300. P.Pinang.

Kilang tersebut dikatakan bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi & rumi. Malahan kilang itu mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG. Kilang ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sehingga sekarang Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd ini masih beroperasi di bawah nama:

ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD
.Alamat No. 22,24,26,Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah,
14000Bukit Mertajam.

Difakamkan syarikat ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD sudah tidak lagi beroperasi, sedangkan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD beroperasi di tanah yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi luasnya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak ratusan ekor babi bersebelahan kilang bihun tersebut, dan hanya dipisahkan dengan pagar usang yang sudah rosak.

Nazri

Source: http://mampat.blogspot.com/

Islam is the way of Life


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg lasttu),! lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman(digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital,the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi SodiumChloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun iamakruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnair H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yangberzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yangberzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat didaerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar . Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Nazri

Selasa, 29 Disember 2009

Khasiat Buah Pisang



Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

”PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Nazri

Source: www.idhamlim.blogspot.com

‘Tak boleh baca Yaasin malam Jumaat’ dan dia pun tak baca apa-apa


‘Ustaz, boleh baca Yaasin malam Jumaat?’ tanya seorang kepada saya. ‘Kenapa?’ tanya saya kembali. ‘Orang kata bid’ah.’ jawabnya. ‘Jadi malam Jumaat buat apa?’ balas saya. ‘Tak buat apa-apalah ustaz. Tengok tv je’, jawabnya.


Anda pernah bertemu situasi ini atau dialog sepertinya? Dalam dunia moden yang ramai manusia tenggelam dalam hiburan, kelalaian, dunia yang tak beri manfaat kepada Akhirat, sekularisme yang mencengkam, hedonisme yang meratai, tiba-tiba ada orang yang memfokuskan kepada perkara furu’ yang menjadi khilaf, yang telah diselesaikan lama oleh para ulama terdahulu. Saya pun sebenarnya tidaklah berminat sangat untuk terus membahas isu-isu khilafiah ini yang SEPATUTnya telah di ‘aman sentosa’ kan tetapi kerana ia ditimbulkan balik, maka perlu dijelaskan.


Hadis tentang Yaasin sebagai qalbulQuran dijadikan antara asas meminggirkan manusia dari bacaan al-Quran khususnya Yaasin pada malam Jumaat. Saya tertarik dengan apa yang dikupas oleh Prof Madya Dr Zawawi Ahmad tentang asal-usul baca Yaasin pada malam Jumaat dan pendekatan berhikmah yang dibuat oleh ulama terdahulu dalam menangani isu khurafat atau warisan Hindu dalam budaya Melayu. Huraian tentang tafsir surah Yaasin itu juga menarik keseluruhannya. (Cuma mungkin ada sedikit perbahasan tentang baca Yaasin kepada orang hampir mati atau selepas mati)


Saya sendiri mengadakan kuliah tafsir dan fiqh selepas solat Maghrib malam Jumaat. Acapkali saya beritahu kepada ahli jemaah, bukan di situ sahaja tetapi juga dalam sempena-sempena yang lain apabila diadakan bacaan surah Yaasin, bahawa membaca Yaasin khusus malam Jumaat tidak dibuat oleh Nabi. Saya tidak menyebut secara ‘totok’ apa yang tuan-tuan buat ini bid’ah. ‘Bid’ah’ dalam kepala masyarakat Melayu agak sensitif.


Saya katakan baca Yaasin bagus kerana ia al-Quran. Baca al-Quran adalah sunnah yang baik. Yang thabit dalam hadis ialah sunat membaca surah al-Kahfi malam Jumaat atau siangnya. Tuan-tuan sebaik-baiknya membaca surah al-Kahfi-samada tuan-tuan baca Yaasin malam Jumaat atau tidak. Ahli jemaah boleh menerima perkara itu dengan baik. (Tafsir surah Yaasin yang saya kupas 2006)


Saya tahu ada yang menerangkan perkara ini dengan baik dan berhikmah sehingga boleh diterima, tetapi ada juga yang menggunakan pendekatan yang tidak mendekatkan tetapi menjauhkan.
Saya tahu ada juga orang yang kuat membaca surah Yasin bahkan ada skuad baca Yaasin terutama musim pilihanraya tetapi perjuangan yang dibawa dan disokong jauh dari roh dan semangat serta pengajaran yang boleh dikutip dari surah Yasin itu sendiri.


Satu kes lagi yang pernah berlaku ialah apabila AJK sebuah masjid mengadu kepada saya. ‘Ustaz, ahli jemaah berpecah dua.’ adu AJK masjid itu. ‘Kenapa?’ tanya saya. ‘Ada ustaz tu mengajar, bersalam lepas Asar bid’ah. Jadi lepas solat Asar ahli jemaah pecah dua, ada yang bersalam, ada yang tak bersalam. Yang bersalam pandang semacam je pada yang tak bersalam. Dulu ada silaturrahim, sekarang dah ada masalah.’ keluhnya.


Saya termenung sekejap. Saya menjawab dan ada jawapannya, cuma saya mahu saudara juga termenung sekejap….


Nazri


Umat Islam digalak perbanyak zikir - Ustaz Mustafa Kamal Hamzah



Nazri

Source: http://www.iptaf.net

ABDULLAH NG SAUDARA BARU TERIMA ZAKAT DAN SUMBANGAN.




Surau kg jaya, 26 Dis 2009 seorang saudara baru yang bernama Abdullah Ng telah berkunjung ke surau kg jaya. Beliau menceritakan tentang sinopsisnya sebelum dan selepas mmemeluk islam. "Rasa tenang, dulu nak tidur manyak susah. Sekarang letak kepala terus tidur" katanya yang masih pelat. Beliau turut mempendengarkan bacaan surah Al-fatihah kepada jemaah surau kg jaya.

Beliau gigih memperdalami ilmu tentang islam. Selesai belajar di salah sebuah institut pengajaran islam di selangor dan mendapat sijil, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di salah sebuah pondok di Kelantan.

Kita mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada beliau semoga tabah menghadapi ujian, Pihak AJK turut menghulurkan sedikit sumbangan sedekah dan zakat kepada beliau untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

Ahad, 27 Disember 2009

Fwd: Kediaman di perkuburan - Philipines
















Nazri
Credited to Zahariza's email (Tok Bilal Mekkah)







Pengemis Yahudi & Rasulullah

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus

Hampir keluar air mata saya apabila membaca kisah rasulullah ini…Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Nazri

Rabu, 23 Disember 2009

Gambar Eksklusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Salam teman2,

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya.
Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …
Kongsikan bersama teman-teman.

Topi Perang Rasullullah


Baju Gamis Rasullulah



Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.


Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW


Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW


Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW


Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


Pedang-Pedang yang pernah digunakan Baginda







Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW


Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7


Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW

Jubah Rasulullah SAW


Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW


Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.


Busur panah Rasulullah SAW

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.



Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.


Cop surat rasmi Rasulullah SAW.

Sandal Rasulullah S.A.W




Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Bendera Rasulullah SAW


Nazri