Isnin, 7 Disember 2009

Tuan Haji Husin Dalam Kenangan


Al Fatihah,....Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh nya dan di himpun kan roh nya di kalangan para Syuhada dan Solihin....Ameen.
arwah menghembuskan nafas terakhir kira2 pukul 0600 ptg 07hb.Dec.2009 tadi di Hospital Kemaman selepas terlibat dengan kemalangan jalanraya di jalan Air Putih ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

Kali terakhir arwah bersama jemaah Surau Kg Jaya ialah ketika memgimami Solat Isyak Semalam.

pada malam ini para Jemaah di Surau Kg Jaya telah berjaya mengumpul RM1000.00 lebih untuk derma tabung arwah...terima kasih semua.

Jenazah Tuan Haji Husin akan di kebumikan pagi esok selepas solat Jenazah yang di jangka pada kira2 pukul 0830 pagi esok di Kg.Mak Cili.

.....Walaupun kita telah kehilangan seorang sahabat yang sukar di cari ganti...namun Allah lebih menyayangi nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan