Khamis, 31 Disember 2009

Gerhana Separa Bulan Malam 1 Jan 2010


Untuk Unit Falak FKI, langkah mula 1431/2010 ini mohon (dengan izin) saya warwarkan informasi mengenai gerhana dahulu. Informasi lain akan menyusul kemudian, apabila tiba masa yang sesuai. Gerhana 1431/2010 Untuk tahun 1431, Malaysia amnya, dan Terengganu khususnya, berpeluang menyaksikan tiga fenomena gerhana, 1 gerhana matahari, dan 2 gerhana bulan.


1) Gerhana Bulan Malam 15 Muharram 1431 (31 Dis, Malam Jumaat 1 Jan 2010)

Jenis Gerhana : Separa (sebahagian)

Kadar Maksimum : 7% Waktu Mula Peringkat Penumbra : 1.17 pagi (1 Jan) Mula Peringkat Umbra : 2.52 pagi Peringkat maksimum (7%) : 3.23 pagi Akhir Peringkat Umbra : 3.52 pagi Akhir Peringkat Penumbra : 5.28 pagi


(Penumbra adalah peringkat gerhana warna, secara mudah, gerhana bulan berlaku ketika purnama, bulan yang sepatutnya kuning cemerlang, ketika penumbra, menjadi putih pudar, sebelum peringkat umbra, di mana bayang gelap mula kelihatan)


2) Gerhana Matahari Petang 29 Muharram 1431 (Jumaat 15 Januari 2010) Jenis Gerhana : Separa (sebahagian) Kadar Maksimum : Kuala Trg (31%) Kota Kinabalu (14%) J.Bahru (22%) Kangar (39%) Kuala Lumpur (29%) Waktu Mula Gerhana : (Kuala Terengganu) 15.06 (3.06 petang) Peringkat Maksimum (31%) : 16.31 (4.31 petang) Akhir Gerhana : 17.43 (5.43 petang)


3) Gerhana Bulan Malam 14 Rejab 1431 (26 Jun 2010 Sabtu Malam Ahad) Jenis Gerhana : Separa Kadar Maksimum : 54% Waktu Mula Peringkat Penumbra : 16.57 (4.57 petang, 13 Rajab) Mula Peringkat Umbra : 18.16 (6.16 petang, 13 Rajab) Peringkat maksimum (54%) : 19.39 (7.39 malam, 14 Rajab) Akhir Peringkat Umbra : 20.59 (8.59 malam, 14 Rajab) Akhir Peringkat Penumbra : 22.19 (10.19 malam, 14 Rajab)


(Gerhana hanya boleh mula dilihat apabila bulan mula terbit, lebih kurang pada waktu maghrib berdasarkan daerah/zon masing-masing
Nazri
Source: Tranungkite.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan