Selasa, 29 Disember 2009

ABDULLAH NG SAUDARA BARU TERIMA ZAKAT DAN SUMBANGAN.




Surau kg jaya, 26 Dis 2009 seorang saudara baru yang bernama Abdullah Ng telah berkunjung ke surau kg jaya. Beliau menceritakan tentang sinopsisnya sebelum dan selepas mmemeluk islam. "Rasa tenang, dulu nak tidur manyak susah. Sekarang letak kepala terus tidur" katanya yang masih pelat. Beliau turut mempendengarkan bacaan surah Al-fatihah kepada jemaah surau kg jaya.

Beliau gigih memperdalami ilmu tentang islam. Selesai belajar di salah sebuah institut pengajaran islam di selangor dan mendapat sijil, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di salah sebuah pondok di Kelantan.

Kita mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada beliau semoga tabah menghadapi ujian, Pihak AJK turut menghulurkan sedikit sumbangan sedekah dan zakat kepada beliau untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan