Khamis, 7 Januari 2010

Eropah Bakal DiIslamkan


Kerisauan Pope Benedict XVI sebaik dilantik menjadi Pope Besar Vatican telah diperpanjangkan oleh Pope Besar Prague, Republik Czech Miloslav Vlk; Eropah bakal diIslamkan seluruhnya jika penganut kristian tidak kembali kepada ajaran mereka yg sebenar.


Vlk yang dilantik oleh mendiang Pope John Paul II pada tahun '91 begitu risau dengan kebanjiran imigran Islam ke Eropah. Ia menjadi lebih kritikal apabila kadar kelahiran di kalangan penganut Islam Eropah cukup tinggi.
Malah sebaliknya, keadaan menjadi bertambah parah apabila sekitar 1.4% saja penganut kristian yg menghadiri upacara gereja setiap minggu.

Islam, menurut katanya telah berjaya menawan Eropah melalui unsur kerohanian, bukan dengan senjata apabila sebelumnya kalah dalam perang salib. Kerajaan Islam Bani Uthmaniah Turki telah ditumbangkan dan kini Turki telah semakin cenderung ke arah kebangkitan Islam.

Kebalikannya pula yang berlaku di Malaysia apabila berduyun-duyun Melayu perasan mendambakan kepercayaan batil yang telah ditolak oleh penganutnya sendiri. Itulah kristian ciptaan Paul Al-Maseh (bukan dari ajaran Isa a.s. Bukan!).

Melayu apa ini? Sedangkan 100,000 kristian Jerman memeluk Islam saban tahun!
 
Nazri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan