Sabtu, 9 Januari 2010

HARI PERTAMA PENDAFTARAN KAFA DARUL AFNAN PENUH!


KG. Jaya.  KAFA Darul-Afnan surau kg jaya telah masuk tahun ke-4 penubuhannya sejak 2006. Alhamdullilah sambutan yang diterima tetap hebat.  Hampir 120 orang murid mendaftar pada hari pertama sesi 2010 dibuka.  Terima kasih kepada semua ibubapa yang terus memberikan komitmen kepada KAFA ini untuk berkhidmat kepada masyarakat.


Terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Ustaz Faizan dan guru-guru yang terus berbakti memikul tanggungjawab terhadap anak-anak kita yang dahagakan ilmu-ilmu ukhrawi yang sukar diperolehi disekolah-sekolah kebangsaan.  Pengerusi dan AJK Surau Kg jaya  mengucapkan Jazakallah dan jutaan terima kasih kepada ustaz dan guru-guru kerana terus komited menghidupkan KAFA ini.


Terima kasih juga kepada semua individu dan jemaah yang sentiasa menghulurkan sumbangan samada berbentuk tenaga, idea dan kewangan untuk kebajikan surau kg jaya khususnya KAFA ini.  Allah sahaja yang akan membalas budi baik dan jasa tuan-tuan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan