Sabtu, 9 Januari 2010

KULIAH MAGHRIB USTAZ MOHD RASHIDI MENYENTUH HATI!


Kg Jaya, 8 jan 2010 Yang Bebahagia Ustaz Mohd Rashidi Abdullah bekas pembantu paderi disebuah gereja di Selangor telah hadir ke surau Kg Jaya.  Kehadiran jemaah terlalu ramai sehingga ada yang tak dapat solat isyak berjamaah.
Beliau memulakan kuliah dengan menceritakan pengalaman pahit manis sebelum dan sesudah memeluk islam.  "Islam itu mudah tetapi jangan terlalu ambil mudah" kata beliau yang melihat lemahnya islam pada hari ini kerana umat islam mengambil mudah terhadap islam. 
Ibu-ibu dan bapa-bapa juga diingatkan supaya mendidik anak dengan islam sejak dari umur setahun lagi.  Ketika ini mereka mudah meniru apa sahaja yang dilakukan ibubapa mereka.  Anak-anak yang sudah meningkat umur sukar dididik kerana mereka lebih mudah terpengaruh dengan kawan-kawan.
Beliau juga mengingatkan hadirin supaya menghayati AlQuran dan mohon kepada Allah supaya Nur AlQuran sentiasa meresap kedalam hati sanubari.

Beberapa isu semasa juga diulas oleh beliau semasa sesi dialog spontan dengan hujah-hujah yang bernas dan meyakinkan.  Kepetahan beliau semasa menyampaikan ucapan sangat menarik dengan gaya bahasa loghat terengganu bercampur loghat sarawak. Semoga yang berbahagia ustaz terus istiqamah dalam memperjuangkan islam dan dapat menarik lebih ramai non-muslim untuk bersama-sama dengan islam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Ceramah Ust. Mohd Rashidi mmg menyentuh hati. Boleh tak penulis sertakan sekali URL blogspot Ust. Rashidi kerana saya sudah cuba mencari blogspot beliau seperti yg di nyatakan pd mlm ceramah, tetapi masih lg belum jumpa.
    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. ana nak tumpang tanye sikit.betul ke ustaz nie bekas penolong paderi di selangor?krn ana ada sedikit kemuskylan

    BalasPadam