Ahad, 3 Januari 2010

MURID 2010 BERTAMBAH: PASTI ALFALAH CAPAI SASARAN.


KGJaya 3 Jan 2010. Alhamdullilah kemasukan murid pasti pada tahun ini bertambah lebih 50% berbanding tahun lepas daripada 21 orang murid tahun 2009 kepada 34 orang murid pada 2010. Bilangan ini dijangka akan bertambah dalam masa terdekat.


Pihak guru dan AJK mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada PASTI Al-Falah untuk mendidik anak-anak mereka. InsyaAllah kepercayaan ini akan diterjemahkan dengan membentuk anak-anak ini mengenal ilmu asas dalam bidang agama dan akademik.




Hari pertama para ibubapa diberi taklimat ringkas dan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh guru-guru. Macam biasa pelbagai kerenah dan gelagat anak-anak dapat dilihat. Ada yang menangis, termenung dan ada juga yang terlalu berani hingga sukar dikawal oleh guru. Ada juga kalangan ibu-ibu yang terpaksa 'belajar' dalam kelas kerana anak-anak yang tak biasa berenggang.

Untuk makluman, KAFA Al-Falah yang beroperasi setiap petang  hari persekolahan 3.00-5.00, juga mendapat sambutan menggalakan dengan 35 orang murid telah mendaftar berbanding 2009 hanya 21 orang murid.  Terima kasih kepada semua AJK, guru dan ibubapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan