Sabtu, 30 April 2011

Bapa rayu Bun pulang

CHUKAI - “Pulanglah Bun, kami sekeluarga merindui kamu. Ayah akan ikut kehendak Bun belajar dalam kursus pembuatan perabot. Kalau Bun sudah tidak minat belajar tahfiz, ayah terima,” kata penjaga Ahmaed Bunyamin Muhammad Shariff, 17, yang menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah sejak Februari lalu. 

Muhd Zakri Mustafa, 53, berkata, anak tirinya itu yang lebih mesra dipanggil Bun dalam kalangan keluarga dan rakan mula tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir dilihat membawa bersama dua beg pakaian keluar dari rumah pada 8 Februari lalu.

“Kami sekeluarga terutama ibunya amat risau akan dirinya. Bagaimanapun kami yakin dia masih lagi berada di Paka, Dungun atau di Kemaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sejak berkahwin dengan ibu Bun pada 1997, tanggungjawab menjaga Bun digalas bersama isterinya dan demi melihat anak menjadi insan berguna, Bun dihantar untuk belajar tahfiz al-Quran di Kubang Bujuk, Jalan Kuala Berang pada 2009.

“Tetapi ketika belajar di situ, timbul sedikit masalah berpunca daripadanya yang membawa masuk telefon bimbit ke dalam asrama dan kemudian saya hantar dia belajar tahfiz di Paka, Dungun pula tetapi masalah lain pula timbul. Kemudian saya tukarkan dia ke Sekolah Tahfiz Darul Ulung Bukit Takal, Mak Chili, Kemaman pula.

“Bun budak baik cuma dia cepat terpengaruh dengan pujukan rakan. Malah kali terakhir sebelum dia menghilang, dia membantu saya menjaga kedai. Sewaktu saya pulang semula selepas keluar membeli makanan, saya lihat muka Bun berubah,” katanya.

Menurut Muhd Zakri, dia mengesyaki ada rakan Bun datang ke kedai dan memujuknya melakukan perkara negatif.

“Sebelum ini pada Disember tahun lalu, Bun pernah tidak pulang ke rumah selama dua hari namun ketika keluar mencarinya saya berjaya menemuinya di Kuala Kemaman,” katanya.

Sehubungan itu, Muhd Zakri meminta mana-mana pihak yang mengenali dan pernah terlihat Bun di mana-mana sahaja segera menghubunginya menerusi talian 019-9363850.

“Kepada Bun, ayah merayu agar pulang semula ke pangkuan keluarga. Ayah mahu Bun lakukan perkara baik.

“Ayah mahu lihat Bun berjaya dan tidak perlu menjaga kedai lagi,” kata Muhd Zakri penuh mengharap

Surau terbiar port pesta arak

DUNGUN – Apa sudah jadi dengan orang kita?, Kesucian surau tempat kita menyembah Allah SWT sepatutnya dipelihara, namun apa yang dikesali, ia bukan sahaja dipenuhi najis haiwan yang amat meloyakan, sebaliknya lebih biadab lagi, lokasi untuk orang ramai menunaikan solat itu turut dijadikan lokasi untuk meneguk arak. 

Rahsia memalukan ini terbongkar hasil maklumat pengunjung di Pasar Dungun yang nyata terkejut apabila mendapati surau yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kemudahan orang ramai menunaikan solat, dalam keadaan amat menjijikkan.

Berikutan aduan terbabit, wartawan Sinar Harian turun padang membuat tinjauan ke lokasi berkenaan bagi menyiasat kesahihan maklumat disalurkan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Peniaga Kecil Pasar Dungun, Nordin Daud, 51, amat kesal dengan masalah yang berlaku.

Menurutnya, masalah ini sudah bertahun berlarutan, namun sehingga kini belum ada pihak tampil mencari jalan penyelesaian.

Katanya, tindakan kaki botol yang sanggup menjadikan surau terbabit sebagai port untuk melepaskan nafsu amat memalukan bagi orang Islam.

Nordin berkata, masalah itu mungkin tidak berlarutan sehingga hari ini jika ada pihak prihatin dengan keadaan persekitaran, selain turut mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Masalah tiada tempat untuk bersolat juga satu persoalan, namun apa yang lebih penting adalah terdapat individu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat yang sepatutnya dipelihara kesuciannya kerana ia tempat kita menghadap Tuhan.

“Dalam soal ini, pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) kena tegas, jangan terus biarkan tempat ini menjadi port untuk perbuatan biadab, buat sesuatu untuk membersihkannya, jika perlu, MPD boleh panggil peniaga di sini untuk buat gotong-royong,” katanya.

Menurutnya, jika perkara lain membabitkan kesalahan kecil yang dilakukan peniaga, MPD memberi perhatian serius, me-ngapa perkara yang dianggap menjatuhkan martabat Islam ini boleh terlepas pandang.

Katanya lagi, sebagai sebuah daerah berstatus perbandaran, perkara seperti ini perlu diberi keutamaan kerana ia boleh menjejaskan imej bandar Dungun yang sering dianggap ikon pelancongan dan gedung ilmu melalui kewujudan sekolah agama serta institut pengajian tinggi (IPT).

“Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun kita semua harus memikul amanah ini, dosa kita semua yang kena tanggung.

“Persoalannya, ia harus bermula dengan pihak yang bertanggungjawab, kepada pemimpin pula kena turun padang, buat tinjauan, jangan hanya pandai berpolitik sahaja,” katanya.



YDP akan siasat laporan



“SAYA tidak menerima sebarang laporan berkaitan masalah surau terbiar di Pasar Besar Dungun daripada pegawai bawahan saya, sebab itu saya tidak ambil tindakan,” kata Yang Dipertua MPD, Harun Mohamad ketika mengulas isu surau terbiar yang dipercayai dijadikan port untuk golongan kaki botol melepaskan gian ketagihan arak.

Harun berkata, selama beberapa bulan bertugas di PBT berstatus perbandaran itu, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah itu sama ada daripada pegawai berkenaan atau orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan melakukan siasatan selain turun padang Ahad ini untuk memastikan kesahihan laporan berkenaan.

“Saya akan siasat perkara ini dan akan ambil tindakan segera untuk mengatasinya,” katanya.



Bau busuk rimaskan peniaga



BAU busuk najis kucing yang amat meloyakan di bilik surau berkenaan juga menimbulkan rasa kurang selesa bukan sahaja kepada pengunjung, malah peniaga bersebelahan dengan lokasi terbabit.

Jizan Shafie, 49, berkata, situasi itu juga turut menjejaskan keselesaan pelanggan yang berkunjung ke kedainya.

“Bayangkan, jika pelanggan singgah untuk membeli kain, mereka akan menghidu bau tahi kucing yang amat meloyakan itu.

“Keadaan ini membuatkan mereka tidak selesa, apatah lagi peniaga yang terpaksa menghidunya setiap masa sehingga habis waktu berniaga,” katanya.

Menurutnya, berikutan surau itu tidak berfungsi, peniaga sepertinya turut menghadapi kesulitan untuk menunaikan solat.

“Bagi yang ingin menunaikan solat, mereka terpaksa mengambil wuduk dalam tandas yang letaknya agak jauh.

“Selepas itu, solat pula atas gerai sebab keadaan lantai tidak berapa bersih, jika boleh biarlah pihak berkenaan mengatasi masalah ini segera demi keselesaan semua,” katanya.



Perlu dipandang serius



SEMENTARA itu, wartawan Sinar Harian yang diiringi peniaga pasar berkenaan, Tahar Embong, 63, ke sekitar pasar sempat mendengar keluhan peniaga yang tiada kemudahan tempat bersolat.

“Jika tiada ruang solat, bagaimana peniaga dan pengunjung hendak solat?, Takkan solat atas gerai ikan?, Perkara berkaitan kemudahan solat kenalah beri perhatian sikit untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Tahar berkata, sebagai peniaga dan pengunjung, dia amat kesal perkara itu berlaku serta terus dibiarkan tanpa pemantauan rapi.

Menurutnya, kebersihan pasar itu hendaklah diberi perhatian secara menyeluruh, bukannya terhad kepada lokasi tertentu.

Katanya, jika perkara itu terus dibiarkan, ia boleh memberi gambaran buruk kepada semua pihak, bukan sahaja kerajaan, malah masyarakat sekeliling kerana sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka.

Tahar berkata, bagi individu yang sanggup meneguk arak dalam surau itu pula, adakah mereka tidak berasa bersalah dan takut dengan bala yang akan diturunkan oleh Allah dengan perbuatan mereka yang sanggup membawa masuk minuman haram, selain meneguknya di tempat suci itu.

“Jika bulan puasa pula, tempat inilah dijadikan port untuk mereka menikmati juadah tengah hari.

“Golongan ini tidak berasa malu, malah tidak segan silu melakukan perbuatan terkutuk itu, justeru perkara ini harus dipandang serius kerana ia boleh meruntuhkan akhlak masyarakat,” katanya.



Minum arak di surau satu penghinaan: Ahli Parlimen Dungun



“IA penghinaan kepada Islam, perbuatan itu menjatuhkan maruah dan imej agama kita, jadi sebagai orang Islam, tanggungjawab itu kita harus pikul bersama demi memelihara kesucian rumah Allah,” kata Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh ketika mengulas isu berkenaan.

Matulidi berkata, walaupun tempat itu hanya bertaraf surau, namun ia rumah Allah yang harus dipelihara kesuciannya selain turut menjaga keselamatan agar tidak dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau yang kesal dengan apa yang berlaku menyeru individu yang melakukan perbuatan itu agar segera insaf dan kembali ke pangkal jalan untuk mengelakkan bala menimpa umat Islam lain pula kelak.

“Kita tinggal dalam sebuah negara Islam, Allah beri keberkatan kepada kita kerana umat-Nya sujud dan mengamalkan ibadat yang difardukan di rumah suci ini.

“Dalam hal ini, kita harus berganding bahu mengembalikan kesucian dan kemuliaan surau yang dijadikan tempat ibadat ini,” katanya.

Beliau juga mencadangkan pihak MPD mengkaji dan meneliti semula selain mengatasi masalah ini demi kesucian Islam serta kepentingan umatnya selain bersedia membantu untuk tujuan murni itu.

LYNAS OH LYNAS

 Siri ke 3 di Persimpangan lampu isyarat Gebeng


KUALA LUMPUR, 28 April: Sebelum mempertimbangkan panel ‘pakar bebas’ antarabangsa, kerajaan mestilah bersikap telus kenapa membenarkan Lynas membina dan mengendalikan kilang nadir bumi.
“Dan kenapa Lynas begitu yakin bahawa penelitian semula selama satu bulan akan mengesahkan ia selamat,” kata Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan bahawa AELB akan mendapatkan pertolongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk memilih pakar bagi mengkaji keselamatan projek kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Pertama, katanya IAEA ditubuhkan untuk menggalakkan penggunaan tenaga nuklear dan bertindak sebagai polis untuk memeriksa sama ada sesebuah negara itu menjalankan program senjata nuklear secara terselindung.
Pada hakikatnya, kata beliau IAEA membantu negara membangun dalam rancangan mereka untuk membina loji tenaga nuklear.
“Berdasarkan mandatnya ia adalah merupakan satu khayalan untuk membayangkan bahawa IAEA berada dalam kedudukan untuk meletakkan bersama panel “pakar bebas” antarabangsa untuk menjalankan kajian yang tidak dapat dipertikaikan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tamnbahnya dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk mengawal penggunaan tenaga nuklear.
Peranan AELB adalah untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga nuklear dan aktiviti berkaitan di negara ini.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata, AELB telah mengeluarkan lesen kepada Lynas untuk membina dan menjalankan kilang memproses nadir bumi, menyedari sepenuhnya bahawa sisa thorium radioaktif akan dihasilkan.
Malah, ujarnya AELB akan membuka pejabat cawangannya di Gebeng.
Kedua, tambah beliau lagi kerajaan merancang untuk membina dua buah reaktor nuklear.
“Dalam hubungan ini jelas terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kerajaan akan menggunakan thorium sebagai bahan api untuk reaktor nuklear yang dirancang,” katanya.
Jelasnya, perlu diingat bahawa Malaysia tidak memihak kepada simpanan plutonium atau uranium berpusat antarabangsa, ini akan menjadi peluang keemasan untuk mendapatkan akses untuk kuantiti thorium yang tidak terhad di tempat sendiri untuk bahan api reaktor nuklear yang dirancang.
Ini juga, katanya lagi bermakna reaktor nuklear kemungkinan besar akan ditempatkan di kawasan Kuantan atau berdekatan di mana laporan akhbar baru-baru ini mendedahkan bahawa salah satu loji nuklear akan ditempatkan di Temerloh.
Ketiga, jelasnya thorium boleh digunakan untuk menghasilkan uranium.
Tambahnya, thorium boleh digabungkan dengan americium untuk membuat reaktor nuklear mudah alih.
Bagaimanapun, ujarnya americium dilaporkan berbahaya dan toksik sepertimana plutonium.
“Ia akan menjadi satu kesilapan besar dan boleh membunuh jika kita mengambil jalan ini untuk menghasilkan loji tenaga nuklear,” katanya.


 Siri ke 2 di Perkarangan Masjid Balok Perdana
AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Canada pada 11hb September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10hb Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Tecchnologies Inc.

Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand.

Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Canada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tidakan mereka. Saman ini juga untuk menghalang mana-mana individu dari Lynas dari menjadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mahkhamah Persekutuan diCanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan.

Pada 7hb April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc, dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China.

Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas.

Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

Dokumen berkaitan....





 Siri pertama di Perkarangan Masjid Balok Pantai


Malaysian Insider- Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.
Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.
“Ada banyak soalan tanpa jawapan,” kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.
Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.
Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.
Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.
Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.
Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.
Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.
Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai “rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu.”
“Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek,” kata beliau.
Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.
Bagaimanapun, Wong berkata menurut tulisan akhbar Amerika Syarikat itu loji tersebut akan memproses 10 kali ganda nadir bumi dan boleh menyebabkan jumlah sisa pembuangan radioaktif dalam jumlah yang banyak.
“Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah,” katanya lagi.
Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.
Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.

‘Bob usah hipokrit, riak’

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

KOLEKSI USTAZ AZHAR DAN POK MAN

 Ustaz orangnya handsome.

 eh...eh...eh jaga-jaga

 Secara sepontan. Kalaulah ustaz memberi kuliah dalam keadaan macamana ini, agak-agaknya siapalah pendengarnya.

 Sekali renung je sudah datang.

 Macam pelakon filem pulak dah.

 Cayalah Pok man.

 Pemain yang terbaik dihasilkan oleh skuad negeri Terengganu.

 Ketua Marshall

 Baju biru yang dihadiahkan oleh kerajaan Negeri

Khamis, 28 April 2011

KEMBARA TARBAWI SIRI 2

PEMBINAAN JAMBATAN DI SUNGAI BUKIT KUANG

 "Pembinaan jambatan ini seperti sepuluh orang pekerja melakukan projek mega" Itulah keluhan pengguna yang setiap hari berdepan kesesakan lalulintas. "Hari ini tengok macam itu jugak, tiada perubahan walaupun sudah beberapa bulan operasi pembinaan dilakukan"

BERITA LAMA TETAPI PENGAJARANNYA AMAT MENGERUNKAN

Keluarga Bekas Peguam Negara Meminta Sembahyang Hajat
(Ex-AG’s Family Calls For Special Prayers) FAC News - Jumaat - 28.03.2003
Keluarga Tan Sri Mohtar Abdullah telah meminta diadakan solat hajat untuk bekas Peguam Negara Malaysia yang masih dalam keadaan koma dan tidak mungkin dapat sembuh. Perkara ini didedahkan oleh seorang kawan keluarga tersebut yang menambah: “Seandainya dia sedar kembali, tidak mungkin dia akan menjadi normal semula selepas begitu lama menanggung kecacatan otaknya.
”Upacara solat hajat adalah satu usaha untuk membolehkan Mohtar pergi dengan mudah dan tidak tersangkut-sangkut bertahun lamanya dengan keadaan yang ada,” kata sahabat keluarga itu lagi. “ Keluarga beliau menjadi tertekan dia akan berkeadaan demikian untuk beberapa tahun seperti yang terjadi kepada seorang hakim yang ternama yang menjadi koma selama tujuh tahun sebelum dia mati.”

Ini juga merupakan nasihat seorang bekas mufti Kuala Lumpur yang memberikan cadangan agar keluarga Mohtar mendapatkan keampunan daripada Anwar Ibrahim untuk memudahkan pemergian roh daripada jasadnya.

“Saya telah menjenguk di hospital baru-baru ini . Dia tidak lagi berada di wad swasta di Subang Medical Centre (sebuah hospital mewah) tetapi kini berada di wad biasa di Hospital (kerajaan) Kuala Lumpur berkongsi wad dengan pesakit yang lain. “

“Keluarganya merasa kecil hati kerana tidak ada sesiapa yang melawatnya di hospital. Ketika beliau menjadi seorang Peguam Negara, para menteri dan pemimpin parti politik kerap datang menemuinya. Tetapi dalam keadaannya begini, tidak ada siapa yang ambil peduli. Inilah yang menyentuh perasaan keluarganya dan mereka sedar betapa mereka terpaksa menangani masalah itu sendiri.”

Ini mungkin merupakan satu permintaan yang ganjil; meminta orang lain bersolat hajat untuk memudahkan pemergiannya. Namun demikian, apabila dikaji budaya Melayu dan tradisinya, ini memang bukan sesuatu yang ganjil.

Ada kalanya, Adat resam dan budaya Melayu tersangkut kepada kepercayaan dan tahyul, dan dalam banyak hal, menyangah ajaran Islam. Malahan, kebanyakan budaya dan tradisi itu adalah pra-Islamik (jahiliah) dan ada kalanya tidak Islamik.

Orang Melayu amat percaya kepada adat resam hidupnya lebih lagi berbanding agamanya dan ini amat bertepatan dengan bidalan yang berkata: 'Biar mati anak jangan mati adat'. Ada kalanya orang Melayu menghadapi masalah membezakan antara ajaran agama dan tradisi hidupnya.

Orang Melayu Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam, mematuhi ajaran Al-Quran dan adalah menjadi kepercayaan kebanyakan Melayu bahawa menuduh seseorang berkhalwat dan melakukan jenayah seks adalah satu jenayah yang besar sehinggakan Allah merestui kalau dosa besar itu diambil-kira di bawah hukuman undang-undang Hudud. (Aha... jaga-jaga jangan terbang aqidah... saya cuma menterjemahkan sahaja..!!!)

Kebanyakan rakyat Malaysia, baik orang Melayu mahupun bukan-Melayu, yakin bahawa Anwar telah ditohmah dengan perbuatan jahat itu. Apa yang berlaku kepada Mohtar dan juga rakan persekongkolannya yang lain telah meneguhkan kepercayaan tersebut.

Surah ke 24 - An Nuur (Cahaya) ayat 19: 
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedang, kamu tidak mengetahui”.

dan Ayat 23:
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah* (*yang bermaksud wanita-wanita yang tidak pernah sekali juga teringat oleh mereka akan melakukan perbuatan yang keji itu) lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang benar”.

Berdasarkan ajaran Al-Quran, orang Melayu percaya sebarang tohmahan yang palsu mengenai perbuatan-perbuatan seksual seseorang boleh dihukum di dunia ini ataupun di alam baqa. Itu sebabnya ramai termasuk Mufti yang percaya bahawa penderitaan Mohtar adalah satu hukuman di dunia ini yang dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran.

Bukan Mohtar sahaja yang menanggung penderitaan di dunia ini. Ada seorang watak utama dalam persekongkolan ini, bernama Dr. Ristina Majid yang mati kerana serangan angin ahmar ketika melancong ke Indonesia. Sebelum mati ibu dan ayahnya sendiri telah tidak mengakuinya sebagai anak mereka.

Orang Melayu percaya bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibunya dan seandainya si ibu tidak mengaku anaknya, si anak itu akan dihambat ke lubang neraka. Mati tanpa mendapat keampunan ibu dan bapa adalah sesuatu yang membuatkan orang Melayu menggigil untuk memikirkannya.

“Arwah Majid tidak pernah mengampunkan anak beliau kerana apa yang dilakukan oleh Ristina terhadap Anwar.,” kata Mak Chik seorang sahabat keluarga itu. “Tetapi Ristina adalah degil orangnya. Dia enggan akur dan lebih bersedia bertengkar dengan ayahnya.”

“Satu hari saya sepatutnya bertemu dengan adiknya Linda,” tambah Mak Chik. “Tiba-tiba dia menelefon untuk memberitahu yang dia terpaksa bergegas ke Indonesia untuk membawa pulang jenazah kakaknya.”

“Kami menjadi terkejut. Sehari sebelum itu Linda telah mengadu mengenai Dr. Ristina. Dia memberitahu kenapa Ristina tidak mudah dikawal oleh keluarganya. Keesokan harinya Ristina sudah tidak bernyawa.”

“Linda ialah adik yang mesra dan peramah, amat berbeza dengan Dr. Ristina.”

“Ayah mereka jatuh sakit selepas tercetus kontroversi melibatkan Anwar Ibrahim. Beliau menjadi begitu malu dengan perbuatan anaknya. Keluarga itu percaya dia (Arwah Majid) menjadi begitu malu sehingga tidak terdaya untuk terus hidup dan menanggung penderitaannya.

“Saya tahu itu kuasa Allah menentukan sesiapa yang harus hidup dan mati. Tetapi ayah mereka sudah begitu kecewa dan tidak lagi sanggup terus bernyawa. Keluarga itu percaya itulah antara sebab beliau menghembuskan nafas terakhirnya.”

Dr. Ristina memang sering menimbulkan masalah. Ketika dia mahu berkahwin dengan Aziz Samsuddin keluarga beliau membantah kerana terkejut. (Aziz Samsuddin kini merupakan menteri kabinet Malaysia, isteri beliau mati dalam kemalangan jalanraya. Beliau merupakan seorang lagi pelakon utama dalam konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim).

“Apa yang kamu gilakan si sontot itu?” tanya keluarga Ristina pada satu hari. “Mereka tidak faham kenapa dia mencintai si sontot itu. Namun dia degil, dan sanggup menepis semua nasihat keluarganya.”

Dr Ristina memang selalu berkahwin-cerai. Dia pernah berkahwin beberapa kali, sekali kepada seorang American-African, seorang Caucasian, dan begitulah seterusnya....... Tetapi perkahwinannya kepada si Aziz sontot tidak menjadi dan ini melegakan hati ahli keluarga Ristina.”

“Ristina ialah seorang pemabuk. Pernah terjadi ketika beliau menjaga anak perempuan Linda yang berusia empat tahun ketika itu, Ristina menjadi begitu mabuk sehingga tidak sedar anak saudaranya mati dalam kolam renang. Itulah jenis manusia yang tidak bertanggungjawab.”

“Sejurus selesai kes mahkamah Anwar, Dr. Ristina telah mengambil Azizan Abu Bakar sebagai supirnya. Ini menyerlahkan keadaan bahawa adanya sesuatu antara mereka berdua. Keluarga beliau menolak tindakannya itu, tetapi tidak berjaya merobah sikapnya. Ini adalah satu bukti betapa dia yang mengajar Azizan dan seperti yang didakwa oleh ramai orang, Ristina menggalakkan Azizan agar membuat cerita dongeng terhadap Anwar.”

“Walaupun Azizan pernah bersumpah di mahkamah yang Anwar tidak pernah meliwat beliau, Ristina enggan mengalah dan terus menyerang Anwar.

“Kami mengsyaki Aziz sontot telah berbuat janji mahu mengahwini Ristina dan kerana itu dia sanggup melakukan semua itu untuk si sontot. Tetapi Aziz tidak pernah menunaikan janjinya.”

“Kisah ini memang memalukan. Keluarga Ristina adalah keluarga yang baik-baik. Cuma Ristina yang membuat kecoh itu.”

“Tetapi Ristina sudah tidak ada lagi. Keluarga beliau telah diselamatkan daripada keaiban yang dicetuskannya. Mungkin itu cara Allah menyelamatkan keluarga Ristina daripada terus menanggung malu.”

Azizan Abu Bakar menerima nasib yang sama seperti Aziz Samsuddin. Isteri beliau mati dalam kemalangan jalanraya. Kemudian, dia telah ditangkap kerana berkhalwat dan dipenjarakan selama enam bulan. Kepada orang Melayu ini adalah hukuman Allah di dunia dan bukti betapa Anwar tidak bersalah.

Ummi Hafilda rakan sekongkolan Azizan adalah laksana Dr. Ristina juga. Ayahnya sendiri tidak mengaku beliau sebagai anaknya. Beliau (bapa Ummi) telah menghantar sepucuk surat kepada Harakah menuduh anaknya yang mentohmah Anwar. Dia juga meninggal dunia dengan hati yang gundah tanpa memaafkan anaknya.

Begitu juga dengan ramai yang lain seperti Rahim Noor (bekas Ketua Polis Negara) Megat Junid, Daim Zainuddin dan banyak lagi yang jatuh tersepuk menanggung masalah mental dan penyakit lain yang dianggap oleh orang Melayu sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Anda mungkin berkata ini adalah satu kepercayaan dan dongeng semata-mata. Tetapi kepada orang Melayu, ini merupakan pertanda daripada Tuhan betapa Anwar tidak bersalah ke atas segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memang amat sukar untuk merobah kepercayaan Melayu betapa Allah sedang menentukan kepada dunia bahawa Anwar adalah seorang mangsa kepada satu konspirasi untuk menuduh yang bukan-bukan terhadap beliau.

Orang Melayu juga percaya, seperti Sabda Nabi Muhammad (saw), bahawa daripada setiap tiga orang hakim di dunia ini dua orang akan masuk ke Neraka. Mungkinkah ini sebabnya, tanya mereka, bilangan hakim dalam kes rayuan Anwar ditambah daripada tiga menjadi lima? - Tamat

Terjemahan oleh AH-SPAR (suntingan WM M@rhaen) - 29.03.2003

Rabu, 27 April 2011

ATAP SURAU PERLU DITUKAR BARU

 Kepada pemikir dan penyumbang barangan dan kewangan, pihak Surau Batu 2, Kampung Jaya memerlukan perkhidmatan anda semua kerana tahap kebocoran didalam ruang solat amat ketara sekali. Dan perlu pembaikan dengan kadar segera. Pihak AJK Surau mesti bertindak sebelum musim hujan tiba. Jangan sampai jemaah datang untuk solat pun tidak ada ruang lagi. Mari kita fikirkan bersama untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Suami sesat mati tersembam


SESAK...pelajar Sekolah Menengah King Edward VII menunggu jenazah guru mereka di pekarangan rumah mayat Hospital Taiping. Gambar kecil, Norziah.

TAIPING: “Hati saya remuk sejurus mengetahui suami tersesat, akhirnya ditemui tidak bernyawa dan lebih menyedihkan dia tidak sempat menimang cahaya mata pertama yang diidamkannya,” kata Norziah Zulkifli, 26, yang sedang mengandung empat bulan, selepas jenazah suaminya, Abdullah Zubair Ismail, 27, dilaporkan tersesat di Bukit Larut, Ahad lalu, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan muka tersembam dalam lopak air, pagi semalam.
Mangsa, guru sejarah di Sekolah Menengah King Edward VII dikatakan melakukan riadah dengan mendaki bukit berkenaan bersendirian kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, sebelum kehilangannya disedari rakan serumah pada petang hari sama.

Norziah yang ditemui di bilik jenazah Hospital Taiping berkata, suaminya ada menghubunginya malam Sabtu lalu bagi menyatakan hasratnya mendaki bukit berkenaan.
“Bagaimanapun saya tidak setuju dan menasihatinya membatalkan rancangan itu, namun dia tetap mahu meneruskan keinginan itu.

“Dia sempat menghubungi saya pada jam 8.30 pagi hari Ahad lalu ketika keluar bersarapan pagi. Itulah panggilan terakhir sebelum dia gagal dihubungi,” katanya.

Norziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, berkata kali terakhir dia bertemu suaminya ialah Isnin minggu lalu, di Taiping.
“Masih teringat kata-katanya yang tidak sabar bergelar bapa dan mendukung cahaya mata pertama kami. Malang hasratnya itu tidak kesampaian,” katanya yang melangsungkan perkahwinan November tahun lalu.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula kelmarin, bertukar duka apabila pasukan menyelamat menemui jenazah mangsa terbaring kira-kira 2.8 kilometer dari kaki bukit berkenaan.

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN JENTERA BERAT (JCB)

 Kawasan kemaman sahaja dipertimbangkan dengan kadar sewa yang berpatutan RM90 per/jam @ RM450 per/hari boleh runding. Kepada yang berminat sila hubungi Encik Othman Salleh di talian 019-9041998

HARAM BACA UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

PERUSAHAAN MEMBUAT BOT DI PULAU RUSA




Salah satu keistimimewaan yang terdapat di Terengganu ialah
perusahaan membuat bot. Lebih menarik lagi ialah kalau ianya
dibuat mengikut tradisi lama iaitu tanpa menggunakan paku sebaliknya hanya
menggunakan 'pasak' yang bertindak sebagai paku dan kulit-kulit pokok gelam air
yang digunakan sebagai penebat kebocoran. Senang cerita ia
umpama 'gasket' kalau dalam enjin.

Salah satu lokasi yang ada perusahaan ini terletak di Pulau Rusa berdekatan
dengan Jambatan Manir. Semasa saya berkunjung ke sini tempohari
terdapat dua buat bot sedang dalam pembinaan. Saya sempat bertanya kepada
pemilik bengkel harga sebuah bot tersebut, katanya dalam lingkungan
RM700,000.00 sebuah. Menurut beliau lagi, bengkelnya sering juga
dikunjungi oleh universiti tempatan untuk membuat kajian. Jika anda
ingin berkunjung ke bengkel ini anda perlu melalui bawah jambatan
dengan berjalan kaki ataupun bermotosikal.

Selasa, 26 April 2011

Rumah runtuh


SEGAMAT: “Saya terkejut apabila tiba-tiba bumbung runtuh menyebabkan saya bergegas mencari tiga anak dan seorang anak saudara untuk menyelamatkan diri,” kata Kasminah Saman, 44, menceritakan detik mencemaskan apabila rumahnya di Felda Chemplak, Labis di sini, roboh dirempuh lori yang dipandu suaminya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, Kasminah berkata, dia berada di dapur dan menyediakan sarapan manakala empat kanak-kanak terbabit berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Saya terus mencari semua kanak-kanak itu selepas melihat timbunan kayu dan atap runtuh.
“Saya menjerit nama mereka sekuat hati dan syukurlah, mereka menyahut panggilan dari bawah timbunan kain di ruang tamu rumah.

“Selepas menemui mereka, barulah saya sedar dahi saya luka manakala tangan kanan amat sakit dan berehat di kawasan lapang bersama kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia sempat menutup dapur gas dan perkara paling membimbangkannya ialah terkena renjatan elektrik.
Sementara itu, suaminya, Salleh Jaafar, 44, yang memandu lori berkenaan berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk bersarapan.

Tiba-tiba katanya, dia melihat sebuah motosikal muncul dari arah bertentangan menyebabkannya mengelak ke kiri jalan supaya tidak bertembung dengan kenderaan itu.
“Malangnya lori terbabas dan merempuh bahagian sisi rumah di lereng bukit dan diperbuat daripada papan. “Saya cuba memberhentikan lori namun ia mengambil masa dan selepas hampir keseluruhan rumah musnah barulah kenderaan itu berhenti,” katanya.

Menurutnya, ketika itu lori majikannya hanya membawa sedikit muatan kelapa sawit dan bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku walaupun kerugian hampir RM40,000.

Katanya, buat sementara waktu dia akan menumpang di rumah ibunya di Felda Chemplak.

“Semua kanak-kanak dan isteri dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, namun isteri terpaksa ditahan di wad kerana tangan kanannya patah,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berhubung kejadian itu.

FUHHHH….. RAMAINYA ANAK



Wanita Ukraine Lahirkan Anak ke-20 di Usia 40 Tahun. Leonora Nameni telah melahirkan anaknya yang ke-20 pada khamis baru-baru ini, menjadi ibu paling produktif di Ukraine. Si ibu dan bayi lelakinya dalam keadaan sihat. Leonora, 41 tahun, mengatakan dia tidak akan berhenti beranak dan merancang untuk memiliki anak lagi.

Keluarga besar dengan 10 putra dan 10 putri itu tinggal di sebuah desa di Ukraine Barat. Jonathan, anak lelaki sulungnya kini berumur 20 tahun dan sudah berkahwin. Enam anak-anaknya sudah bekerja, lapan masih bersekolah, dan enam di antaranya adalah anak-anak prasekolah.

Kedua orangtuanya dibesarkan dalam keluarga besar juga. Janos Nameni, ayah Leonora, memiliki 16 adik beradik. Leonora adalah salah satu dari 14 anak-anaknya. Keluarga besar itu memiliki ladang pertanian kecil, di mana anak-anaknya bekerja.

Kedua orangtua mengatakan, bahwa mereka memberi anak-anak mereka pendidikan yang baik dan mengajar mereka untuk menghormati tradisi.

Menurut Guinness Book of Records, ibu yang hidup paling produktif adalah Leontina Albina, dari Chili, yang telah melahirkan 55 anak. Feodor Vassilyev merupakan perempuan tersubur di dunia. Ini adalah kerana, dia telah melahirkan 69 anak dari rahimnya. Seperti dipetik dari laman Telegraph, nama Vassilyev tercatat di The Guinness Book of World Records, sebagai wanita paling subur di dunia. Dia adalah isteri seorang petani Rusia, yang hidup di tahun 1707–1782. Vassilyev menjalani 27 proses persalinan secara normal untuk melahirkan 69 anak. Dia menjalani 16 kali proses kelahiran kembar dua, 7 kali persalinan kembar tiga, dan 4 kali melahirkan anak kembar empat.


Selain dari kebenaran kisah Vassilyev, masih ada Livia Ionce. Di usianya yang ke-44 pada pertengahan 2008, dia melahirkan anak yang ke-18. Kelahiran bayi itu membuatkannya memiliki 10 anak gadis dan 8 anak lelaki. Anaknya tidak ada yang kembar, jadi bererti Ionce telah menjalani 18 kali bersalin dalam keadaan biasa.
Hah! Siapa berani lawan. Di zaman sekarang, zaman perempuan dok jaga badan. Mana boleh beranak ramai-ramai? Nanti tak cukup makanlah! Tak sempat nak jaga! Tak boleh beri pendidikan sempurnalah! Macam-macam alasan. Wanita hari ni pun sibuk bekerja. Takde masa nak jaga anak. Kalau nak hantar nursery. Cukup satu nursery untuk anak dia sorang aje. Berapa kena bayar?
Itu pasallah dok ikat peranakan. Makan ubat tak beranak dan macam-amacam usaha lagi. Bagi mereka wanita moden ini anak satu atau dua dah cukup. Bagi Islam Rasulullah saw berbangga dengan umatnya yang mempunyai anak yang ramai. Rasulullah saw bersabda: "Tanda barakah seorang wanita itu apabila cepat kahwinnya, ringan maskahwinnya serta ramai anaknya". Hari ini terbalik pulak… lambat kahwin, mahal maskahwinnya serta tak beranak!!!

Yelah!! Apapun bergantung kepada rezki dan ketentuan Allah Swt. Ada sahabat yang didoakan oleh Rasulullah saw yang mempunyai umur yang panjang, rezki yang banyak dan anak yang ramai. Setengah meriwayatkan anaknya mencecah 100 orang dan kebun kurmanya berbuah sepanjang musim. Cukup dengan rezki anak-anak, hidup menjadi lebih berkat.

Perkembangan umat Islam kini yang telah mencecah 1.7 billion orang dan jika sekiranya wanita muslim terus mengamalkan sunnah baginda ini nescaya tidak mustahil umat Islam akan menjadi manusia teramai didunia ini untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Pastinya dakwah dan cahaya Islam akan melata diatas mukabumi Allah ini.