Ahad, 24 April 2011

F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda?







KALI ini ReJaM© nak kongsi satu software menarik dan canggih ciptaan anak tempatan. Ia sangat berkesan untuk memerangkap pencuri laptop anda. Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku, terutama di universiti. Sewaktu di Universiti, ReJaM© sendiri pernah hilang laptop memang tension gila masa tu.

Pernah dengar F-Tracker? Software ni dicipta oleh anak tempatan yang tension sebab dah tiga kali laptop dia kena curi. Software ni berfungsi sebagai perangkap, ia boleh menangkap gambar pencuri saat pencuri bangsat itu menggunakan laptop yang dicuri. Bukan saja gambar malah masa, tarikh dan lokasi pencuri (IP Address) tersebut berjaya dikesan dengan F-Tracker.

ReJaM© sendiri kini dah mula menggunakan software ni. Kalau laptop kena curi, berjaga-jagalah pencuri tu, memang malang nasib dia, gambar dia akan diserah kepada polis, dan diupload ke internet he he he. Kalau kawan sendiri yang curi, lagilah malang nasib dia kah kah kah.

Bagaimana untuk menggunakan F-Tracker?

Korang kena install F-Tracker dalam laptop korang. Saiznya kecil je cuma 73.88 kb, lebih kecil dari saiz foto digital biasa. Dalam masa yang sama, korang diberikan satu akaun beserta ID dan Password di Fulamak Network.

Bila laptop korang dicuri, korang hanya perlu login di Fulamak Network (Website khas yang berfungsi bersama dengan F-Tracker) dan istiharkan bahawa laptop korang hilang iaitu pilih MISSING, kemudian SUBMIT.


Sebaik sahaja korang pilih istiharkan laptop korang dicuri, F-Tracker akan mula menjalankan operasi menangkap gambar secara berterusan (24 jam/day) dari laptop korang yang dicuri itu secara senyap.

Sebaik sahaja laptop itu berhubung dengan talian internet, F-Tracker akan segera menghantar gambar-gambar yang diambil itu dan diupload ke dalam akaun korang di Fulamak Network, beserta dengan tarikh, masa, dan IP address.

Korang boleh login semula ke dalam akaun korang di Fulamak Network untuk melihat hasil operasi F-Tracker. Tindakan seterusnya terpulang kepada korang, nak report polis ke, nak upload gambar tu ke facebook ke ikut kepada budi bicara korang.


Harga untuk F-tracker ni ialah RM50.00. Tapi sebelum korang beli software ni korang dibenarkan untuk test drive dulu. Cuba uji dulu bagaimana F-Tracker ni berfungsi. Tapi korang cuma boleh test drive selama 7 hari je. Bayaran yang dikenakan hanya sekali seumur hidup dan korang boleh menggunakan software ini untuk melindungi laptop kesayangan korang yang tentu sekali harganya beribu.

Apa yang lebih menarik yang ReJaM© nak kongsikan kat sini, korang boleh dapatkan software ni secara PERCUMA kalau korang kenalkan dengan 2 orang kawan. Setiap orang yang membeli yang korang kenalkan, akan diberikan RM30.00. Jadi dapat dua orang pembeli, F-tracker dah jadi percuma, siap untung RM10.00 lagi.

Kalau korang berminat, sama ada nak beli software ni atau nak try je, korang boleh daftar dan explore sendiri dalam tu, klik sini [Fulamak Network]

ReJaM© "Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pengunjung setia blog jalanan ni"


Update 4:47: Untuk maklumat tambahan, selepas berbual dengan programer F-Tracker, sebentar tadi, F-Tracker tak snap gambar ikut suka. F-Tracker memanfaatkan face detection system, ia hanya akan tangkap gambar semasa ada orang di depan laptop. Korang boleh Test Drive.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan