Kemaman, 10hb April - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) yang mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-30 disini semalam menyaksikan gabungan golongan ulama muda dan golongan profesional muda dipilih oleh perwakilan bagi menerajui sayap kanan parti tersebut di Kawasan Kemaman.
Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan tersebut telah disempurnakan oleh YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Turut hadir ialah Haji Ismail Harun, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan YDP, Haji Salahuddin, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman dan beberapa orang tetamu jemputan.
Seramai 150 orang perwakilan dan 50 orang pemerhati dari seluruh Cawangan - Cawangan Pemuda PAS di Kawasan Kemaman telah menghadiri mesyuarat agung tersebut seterusnya memilih ahli jawatankuasa DPPKK untuk sessi 2011/2013.
Ustaz Hishamuddin Abdul Karim telah dipilih sebagai Ketua Pemuda, Mahadi Mahmud sebagaiTimbalan Ketua, Mohd Hafiz Adam sebagai Naib Ketua, Ustaz Ramlan Mahmood sebagai Setiausaha, Saiful Azmi Suhaili sebagai Bendahari manakala Wan Mohd Faisal Wan Abdullah mengetuai Lujnah Penerangan & amp;Dakwah.
Dalam ucapan sulungnya setelah dipilih secaya syura (permuafakatan) untuk menerajui DPPKK bagi sessi yang baru, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mendoakan kerjasama dan komitmen dari ahli jawatankuasa untuk sama - sama melayari bahtera pemuda bagi mengharungi cabaran dan rintangan dalam melunaskan tanggungjawap parti.
Al fadhil Ketua Pemuda juga bersyukur dengan barisan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan menunjukkan kematangan dan kecaknaan perwakilan dimana ianya adalah gabungan golongan ilmuan seperti lulusan agama dan para profesional muda.
Beliau juga mendoakan segala gerakkerja dan aktiviti pemuda akan mendapat pertolongandari Allah swt apatah lagi perancangan dan perlaksanaan gerakkerja akan menjurus kepada Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Beliau juga meneruskan saranan yang lalu iaitu penubuhan Alumni AJK DPPKK agar tenaga dan pengalaman mereka ini dapat digembelingkan bersama DPPKK terutama dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada barisan DPPKK yang baru.
'Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan AJK DPPKK Sessi 2009/2011 yang terpaksa meninggalkan kita semua disebabkan faktor usia yang banyak memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada saya seperti mantan Ketua, Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus, mantan Naib Ketua, Muhammad Suffian Ismail, bekas Penolong Setiausaha, Mohd Tishaah Hamzah, mantan Ketua Lujnah IT, Salham Mohd dan mantan Timbalan Ketua DACS, Halfian Ahmad yang memberi komitmen yang amat tinggi sepanjang sessi 2009/2011 lepas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala curahan tenaga, masa, idea dan wang ringgit yang diberikan', ulasnya lagi.
Pemilihan kali ini turut menyaksikan beberapa orang muka baru terpilih menerajui DPPKK iaitu Azman Kadir sebagai Ketua Lujnah IT, Ustaz Abdul Hadi Salleh sebagai Timbalan Ketua Lujnah Tarbiyyah & amp; Kepimpinan dan YM Syed Azizuddin Syed Abu Bakar yang diamanahkan memegang Timbalan Pengarah Jabatan Amal.
'Pemuda Wibawa, Memimpin Peubahan'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan