Khamis, 13 Ogos 2009

AFFENDY KAMAL TERUS BERBAKTI KEPADA KG JAYA WALAUPUN 4 TAHUN DIPERANTAUAN

KG JAYA, 11 Ogos 2009 (selasa). AJK surau kg jaya dikejutkan dengan kehadiran bekas aktivis PAS cawangan kg jaya dan PAS kawasan Kemaman yang pulang bercuti dari Oman. Keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan kepada Pas cawangan dan AJK surau amat mengharukan. Walaupun sudah 4 tahun meninggalkan negara, mencari rezeki ditempat orang, beliau terus berhubung dengan AJK samada melalui telefon atau emel untuk memastikan aktiviti pas di kemaman terus kuat dan mantap.
Beliau sempat memberi ucapan pada perjumpaan tersebut, walaupun ringkas tetapi padat. Beliau memberi semangat kepada semua AJK yang hadir agar terus bekerja kuat bagi memenangkan PAS. Kaedah 'memasyarakat PAS' merupakan satu cara terbaik untuk meningkatkan sokongan terhadap PAS.

Saudara Affendy merupakan pengasas KAFA dan PASTI surau kg. Jaya. Idea penubuhan ini datang dari beliau dan direalisasikan oleh semua AJK. Beliau banyak memberi sumbangan kewangan secara tetap dan secara tidak berkala untuk pengurusan KAFA, PASTI dan aktiviti-aktiviti cawangan. Terima kasih dan Jazakallah kepada Affendy Kamal di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah akan membalas setiap sen yang saudara telah belanjakan untuk jalanNYa, InsyaAllah.


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, rupanya saudara Hj. Affendy masih berhubung dengan AJK dan tak lupa kepada jemaah surau kg. jaya. Ana harap suatu hari nanti beliau akan menjadi pemimpin yang berkaliber suatu hari nanti. Insyaallah.

    BalasPadam