Khamis, 13 Ogos 2009

AJK SURAU KG JAYA MEMANG 'RINGAN TULANG'

Kg. Jaya 12 Ogos, Rabu. AJK surau Kg Jaya memang ringan tulang. Itulah istilah paling tepat bagi menggambarkan kelebihan AJK surau kg jaya.

Setiap kali menerima SMS untuk sesuatu tugas, mereka akan respon "baik bos", "roger' atau "ok". Pada malam ini mereka ditugaskan memasang penutup sisir angin di surau supaya Air Cond" dapat berfungsi dengan baik.


Semua kerja ini hanya mengambil masa tak sampai 2 jam. Seronok bekerja dengan mereka ini kerana semuanya 'satu kepala'. Setelah minum air dan makan nasi goreng Zanis, kami bersurai lebih kurang jam 11 malam.


Terima kasih dan Jazakumullah kepada yang hadir .Takbir!


1 ulasan:

  1. Syukur..kesedaran penduduk di sekitar kg jaya untuk hadir menunaikan solat semakin tinggi. Kerana sembahyang berjemaah itu mempunyai nilai yang berganda-ganda..lihat hadis. Tanda membangunnya agama itu lihat bertambah bilangan orang yang hadir sembahyang berjemaah. Runtuhnya agama jika orang islam tidak mengumarakan masjid dan surau...surau kg jaya padat dengan aktiviti
    ceramah dan pelbagai lagi, Syabas..cuma masa ceramah jgn terlalu menghentam individu tertentu..takut-takut amalan kita muflis di akhirat kelak...takut dan harap kepada Allah hendaklah ada di dalam hati kita..kata orang memang sedap dan selera ikut nafsu..tetapi adakah kita yakin amalan kita diterima atau tidak? mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah. Amin.

    BalasPadam