Sabtu, 29 Ogos 2009

GURU PASTI ALFALAH KG JAYA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA







Kg Mak Cili, 27 Ogos 2009 Sempena dengan bulan ramadan yang mulia ini PAS Kawasan Kemaman telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya dan berbuka puasa kepada Guru-guru yang berada dibawah naungan PAS Kawasan Kemaman seperti sekolah Pasti, Pondok Mustaqim dan sekolah Darul Taqwa. Tak terkecuali guru-guru Pasti Al Falah Surau Kg Jaya turut menerima sumbangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato Harun Taib yang kemudiannya berbuka puasa bersama penduduk setempat dan berceramah pada malamnya.

1 ulasan:

  1. Salam semua,

    Semoga ahli jemaah dan AJK akan tetap terus menjaga kebajikan guru2 PASTI kita. Agar ianya menjadi dorongan untuk mereka terus memberi pendidikan terbaik untuk anak2 kita semua.

    Satu cadangan sekiranya belum dilaksanakan, agar semua guru2 PASTI dimasukan dalam Khairat TAKAFUL berkelompok.

    Wasallam

    BalasPadam