Ahad, 2 Ogos 2009
Team Kg Jaya ke Himpunan Mansuhkan ISA
Alhamdulillah team kg jaya seramai 12 orang selamat kembali!
Sabtu, 1 ogos 2009, lepas solat subuh jam 7 pagi kami bertolak dari kg jaya ke Kuala Lumpur. Jam 10 pagi berhenti sarapan di temerluh. Perjalanan disambung dan tepat jam 12.00 kami tiba di terminal LRT masjid jame'. Suasana sungguh meriah dengan kehadiran demonstrator dari seluruh negara dan juga anggota polis. Jam 2 ptg kami selesai solat jamak zohor dan asar, terus turun berarak beramai-ramai ke istana negara. Tapi semua laluan kesana ditutup dan kami dihadiahkan dengan semburan water canon dan canister bom asap pemedih mata. Kami lari bertempiaran menyelamatkan diri. Sehinggalah selesai himpunan pada jam 5.00 petang kami pulang dengan selamat dan sampai di kemaman jam 11 malam. Syukur kepada Allah taala kerana semua ahli kami terselamat dari dicekup. Syukran kepada sahabat yang telah menyertai misi pada kali ini iaitu zukri, mokhtar jawa, hj hamid, hj tahir dan ku him yang menaiki innova. Manakala MPV avanza dinaiki oleh riza, hj hussin, pak awang, shahrul, azhar dan cg ripin. Kepada yang tak pergi terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian semua. Selamat berjuang, Allahuakbar!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan