Khamis, 6 Ogos 2009

MAKAN MALAM BERSAMA YAB NIZAR, KG JAYA DAPAT 7 MEJA!


Sebahagian AJK Cawangan yang hadir pada malam tersebut.

YAB Nizar Jamaluddin berucap dengan penuh semangat!

Bukit Kuang, 5 Ogos (Rabu), Satu majlis makan malam bersama YAB Nizar, Menteri Besar Perak yang sah telah dianjurkan oleh Unit ICT, DUN Cukai Kemaman. Setiap cawangan diarah mencari seberapa banyak meja yang boleh sempena pelancaran Dana PRU 13. Alhamdullilah Pas Kg Jaya telah memperolehi 7 buah meja (35 orang). Pada malam tersebut Tn Hj Halim telah diamanahkan untuk naik ke pentas menyerahkan dana sebanyak RM1000 kepada Pengarah DUN Cukai, Hj Hanapiah Mat.

Menyentuh tentang ucapan YAB Nizar, Hadirin terpukau dengan kemampuannya. Kepetahan berucap dalam bahasa melayu diselangi dengan bahasa mandarin dan kemudian bahasa tamil membuat hadirin tidak kering gusi. Nizar menyentuh isu-isu semasa seperti kemelut di perak, terengganu dan misteri kematian Teo Beng Hock, Setiausaha sulit salah seorang Exco Negeri Selangor.

Nizar turut menyanyi sebuah lagu mandarin pada malam itu yang bermaksud 'bulan purnama' membuatkan hadirin terpegun dengan suaranya yang merdu. Itulah kelebihan yang Allah Taala beri kepadanya, walaupun kemelut di Perak mengundang pelbagai masalah, tetapi diharungi dengan tabah dan sabar. Ucapan Nizar yang pendek pada malam itu membuatkan hadirin tidak puas dan kepulangan disambut dengan laungan Takbir oleh penduduk DUN Cukai. Semoga Allah Taala terus memberi kekuatan kepada YAB Nizar dan Pakatan rakyat menghadapi Be End di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan