Selasa, 4 Ogos 2009

PASTI AL-FALAH SURAU KG JAYA BEROPERASI HAMPIR SETAHUN

Kelas Abu Bakar boleh menempatkan sehingga 30 orang pelajar


Prasarana yang disediakan amat selesa untuk guru dan murid

Semua kemudahan hasil sumbangan orang ramai


Murid-murid Pasti Al-Falah Kg Jaya sedang menikmati juadah pagi sambil
dikawalselia oleh cikgu Najiha


Murid diajar berdoa sebelum makan oleh Guru Besar cikgu Zaleha.

Januari 2009, masuk sesi persekolahan tahun 2009, Pas Cawangan Kg Jaya membuka satu lagi lembaran sejarah dengan penubuhan sebuah pusat pendidikan Pra-sekolah iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Dengan Peruntukkan hampir RM 10 Ribu, sekolah ini dibuka dengan jumlah pelajar seramai 20 orang. Dua orang guru dan seorang pembantu guru yang komited telah dilantik untuk memastikan ianya berjalan sebagaimana yang diharapkan.

Kepada masyarakat setempat sekitar kawasan kg jaya harap dapat memberikan sokongan dengan menghantar anak-anak ke pusat ini. Pasti Al-Falah mampu menampung sehingga 40 orang murid. Kepada yang berminat boleh hubungi s/u cikgu mie 013-9223024 atau timbalan s/u En Rahim 019-9150814 untuk pendaftaran atau terus berhubung dengan guru besar, cikgu Zaleha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan