Khamis, 19 Mei 2011

Pelancaran 99 hari pertama DPPKK



KEMAMAN, 16 Mei : Majlis Pelancaran 99 Hari Pertama DPPKK telah disempurnakan oleh Ustaz Hisyamuddin Abdul Karim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) di Pejabat PAS Kawasan Kemaman.
Majlis pelancaran ini berlangsung sebaik sahaja selesai mesyuarat penuh DPPKK kali ke 3.
DPPKK telah menggariskan beberapa pelan tindakan untuk dicapai dalam masa 99 bermula hari tersebut. Objektif pelan tersebut adalah sebagai pengukuhan organisasi dan persiapan untuk menghadapi PRU13 sekiranya diadakan dalam masa terdekat.

Program tersebut melibatkan semua unit, lajnah, dan jabatan yang ada di bawah pengurusan DPPKK. DPPKK juga mensasarkan peningkatan sokongan masyarakat khasnya golongan muda kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Aktivi terdekat yang akan diakan ialah 'Minum Teh Bersama Pemuda' yang akan diadakan di seluruh Dun. Makluman lanjut akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan