Isnin, 16 Mei 2011

SUDUT BERITA

DISEBARKAN KAWASAN MASJID

VIDEO lucah betul-betul dah jadi modal politik gerombolan songkok tinggi. Tak cukup dengan promosi besar-besaran di TV3 Suku, Utusan Merapu, Berita Hairan, kali ni gerombolan songkok tinggi mengedarkan video lucah di masjid pulak. Gua nampak nama UMporNO memang sangat-sangat tepat dan sesuai dengan parti Melayu terbesar di dunia ni.

Kalau lu orang rasa parti UMporNO ni adalah parti yang memperjuangkan Islam apa yang gua boleh cakap, lu memang bangang, tak boleh tidak, lu memang bodoh tahap longkang. Ini parti bangsat tak fikir soal Islam, tak fikir soal kepentingan Islam, yang dia tahu hanya kuasa, kuasa, kuasa dan kuasa.

Video lucah pun sanggup edar kat masjid semata-mata untuk meneruskan amalan politik lucah. Apa lagi gua boleh cakap? Kalau lu rasa UMporNO buat benda betul, gua persilakan lu orang yang menyokong UMporNO semua ni celup lu punya kepala dalam longkang.


 Kereta terhumban dalam sungai

ANGKAT...anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terhumban.
ALOR GAJAH: Kegembiraan lapan sekawan menghabiskan cuti hujung minggu dengan berehat di Pantai Klebang dekat sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka terbabit kemalangan ngeri yang mengorbankan dua nyawa manakala seorang lagi parah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam, tiga mangsa bersaudara itu menaiki kereta Proton Iswara untuk pulang ke rumah sebelum terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), di laluan Sungai Petai-Seri Pengkalan, dekat sini.

Difahamkan, kereta dipandu, R G R Raman, 33, P Siva Kumar, 19, (adik ipar) dan T Vellu, 20, (sepupu) dipercayai hilang kawalan ketika melepasi lampu isyarat Sungai Petai, di sini, menyebabkan ia terseret sebelum merempuh pembahagi jalan dan terhumban ke dalam sungai.
Akibat kemalangan itu, Raman dan Siva yang duduk di sebelahnya mati serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan tersepit di tempat duduk hadapan manakala Vellu yang duduk di tempat duduk belakang tercampak keluar dari kereta.

Menurut rakan mangsa yang juga saksi kejadian, M Yoganathan, 24, dia bersama tujuh lagi rakan termasuk ketiga-tiga mangsa itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Pengkalan Indah, di sini, selepas menghabiskan masa hujung minggu di Pantai Klebang sejak tengah malam kelmarin.

Katanya, mereka bertolak ke Pantai Klebang kira-kira jam 12.30 tengah malam semata-mata meluangkan masa bersama untuk aktiviti rutin malam minggu selepas penat bekerja sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing pada awal paginya. “Kami tiba di Pantai Klebang dengan tiga kereta dan bersantai sehingga jam 6.30 pagi sebelum berkemas untuk balik semula ke rumah masing-masing. Ketika itu kami sempat bergelak ketawa dan bernyanyi ketika kereta bergerak seiring.
“Kami memandu agak perlahan dan kereta Proton Iswara dipandu Raman berada paling hadapan diikuti kereta Proton Waja yang saya pandu bersama seorang rakan dan sebuah lagi kereta Proton Persona yang dipandu abang seorang daripada mangsa bersama dua rakan lain.

“Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, kereta Proton Persona membelok ke Pekan Alor Gajah untuk mengisi minyak dan saya meneruskan perjalanan ke rumah,” katanya.
Katanya, ketika berada di persimpangan lampu isyarat Rembia, tiba-tiba kereta dipandu Raman memintas keretanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai sebelum dia melihat ketiga-tiga rakan memandang ke arahnya sambil melambai tangan.

“Tiba- tiba saya lihat kereta dinaiki mereka hilang kawalan ketika memotong dan terhuyung-hayang sebelum terbabas ke atas pembahagi jalan hingga terseret sejauh hampir 30 meter dan merempuh pokok bunga.

“Kereta berkenaan kemudian merempuh pula tembok besi penghadang jalan dan tembok jambatan sebelum melambung dan terhumban ke dalam sungai,” katanya.

Sementara itu, menurut abang kepada Raman, iaitu Arumugam, 37, sebaik tiba di Rembia, kereta dipandu adiknya memotong dengan laju ketika berhenti untuk mengisi minyak.

“Saya terkejut melihat kereta itu dipandu begitu laju dan hilang dari pandangan lalu cuba menghubunginya namun tiada jawapan sebelum saya dihubungi oleh rakan yang memandu Proton Waja memberitahu kereta adik saya terbabas.

“Saya segera berpatah-balik ke tempat kejadian dan mendapati kereta dipandu adik sudah terhumban ke dalam sungai,” katanya, semalam.

ANGKAT...anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terhumban.



 Melambung 10 meter

KUALA TERENGGANU: “Biarlah Mat Rempit itu dikenakan hukuman setimpal, seboleh-bolehnya hukuman sebat, tak pun dipenjara,” kata Azni Arif, 44, yang geram dengan tindakan seorang Mat Rempit merempuh anaknya dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Fakri Azni, 11, patah tulang belakang, retak tempurung kepala, menerima tujuh jahitan di kepala, luka di tangan dan badan akibat dirempuh mat rempit terbabit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya polis dipercayai kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Ahmad Fakri yang ketika itu bermain basikal di hadapan rumah dikatakan melambung sejauh 10 meter selepas dirempuh Mat Rempit berkenaan yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5.
Kejadian itu turut disaksikan Azni yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan dia meluru mendapatkan anaknya sebelum mengejarkannya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, di mana pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga berkenaan menerima rawatan di unit kecemasan selama lima jam.

“Sebagai ayah, saya kesal dengan kejadian ini kerana ia bukan saja boleh berlaku kepada anak saya, tetapi juga anak orang lain juga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat berkata, mat rempit berusia 18 tahun berasal dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong melarikan diri daripada sekatan polis di Simpang Empat Tok Ku, di sini dengan melawan arus serta menunggang secara berbahaya.
“Motosikal yang ditunggang suspek dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh pelajar berkenaan sambil disaksikan bapa mangsa yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

“Pelajar terbabit melambung sejauh 10 meter akibat rempuhan itu dan Mat Rempit berkenaan yang cuba melarikan diri berjaya ditahan orang ramai yang kebetulan berada di situ,” katanya.

 PARAH...Ahmad Fakri terlantar di hospital dilanggar Mat Rempit.
TAHAN...lelaki rempuh pelajar tahun lima ditahan.

 4 beranak bagai dirasuk setan
JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.
Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.
Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

GANAS...rakaman CCTV menunjukkan aksi ganas lelaki dan anaknya yang berkopiah serta bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya.


Duda maut kereta terbabas 

GELIGA – Seorang tukang paip meninggal dunia selepas kira-kira sejam mendapatkan rawatan di hospital setelah kereta yang dipandu terbabas lalu merempuh longkang di tepi jalan sebelum kereta berkenaan terbalik dengan empat tayar ke atas dalam kejadian di Kilometer 159 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang, di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, Mohmad Sukeri Ismail, 35, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Kemaman selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, ketika kejadian mangsa yang juga seorang duda tiada anak itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kuantan.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Mak Lagam itu dipercayai memandu laju dan ketika tiba di hadapan perumahan Taman Perwaja dekat pintu gerbang sempadan Terengganu-Pahang kereta gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

“Disebabkan gagal dikawal kereta jenis Proton Wira berwarna merah itu merempuh tiang papan tanda jalan sebelum meluncur laju melanggar pokok hiasan di tepi jalan seterusnya merempuh longkang sebelum terbalik dengan empat tayar ke atas.

“Akibat rempuhan kuat itu juga mangsa tercampak daripada kereta sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.

Kata Abdullah Sani, doktor mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di kepala selain mangsa turut mengalami patah tangan kiri.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian kita dapati terdapat kesan seretan brek di atas jalan kira-kira sejauh 10 meter.

“Dari lokasi kejadian juga, didapati kereta mangsa terbabas sejauh kira-kira 80 meter,” katanya.

Jenazah mangsa kemudian dituntut keluarga kira-kira jam 8 malam sebelum dikebumikan.

Sementara itu, kejadian kemalangan berkenaan menarik perhatian ramai penduduk dan pengguna jalan raya yang mahu melihat dari dekat keadaan kereta yang terbalik dengan bahagian hadapan remuk teruk.

Rata-rata penduduk turut menyifatkan laluan berkenaan sebagai laluan maut kerana di laluan berkenaan sering berlaku kemala-ngan disebabkan ramai yang memandu laju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan