Khamis, 5 Mei 2011

Pengerusi JKKK di Perlis Mengaku Salah Berkhalwat


"Sinar Harian pada hari Khamis 28hb April 2011 melaporkan bahawa seorang warga emas berusia 66 tahun didenda RM2,200 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kangar selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan pasangannya berusia 60 tahun yang juga didenda RM2,000 atas kesalahan yang sama. Mereka mengaku salah di hadapan Hakim, Azeman Omar selepas ditangkap berkhalwat pada 17hb Januari 2011 pada jam 2.25 pagi di Simpang Empat, Perlis. 

Apa yang tidak dilaporkan oleh akhbar berkenaan adalah, tertuduh lelaki adalah pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO di bahagian Arau juga merupakan salah seorang orang kuat mantan MB, Shahidan Kassim, manakala tertuduh wanita adalah janda kepada bekas Ketua Cawangan UMNO yang telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. 
Menurut sumber, tertuduh sering keluar lewat malam dan apabila ditanya, pernah mengaku bahawa beliau keluar dan balik lewat malam kerana sebagai Pengerusi JKKK, beliau perlu melawat dan mengambil tahu hal anak-anak kariah beliau. Tetapi rahsia beliau mula terbongkar setelah diintip dan sering ke rumah janda berkenaan sehingga lewat pagi, dan ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Negeri Perlis pada hari berkenaan. 

Difahamkan ada usaha dari kem Shahidan Kassim untuk memujuk MB Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu supaya berusaha tidak membawa kes tersebut ke mahkamah gagal, kerana MB Perlis sekarang adalah seorang yang lebih adil dari segi pentadbiran beliau dan setiap kesalahan samada dilakukan oleh ahli UMNO atau tidak, perlu diambil tindakan lebih adil. Begitu juga pada 27hb April lepas, sebuah pentas dan baner telah di pasang di sebuah tapak pasar malam di Utan Aji untuk majlis ceramah fitnah oleh Pemfitnah Antarabangsa (seperti yang digelarkan oleh Pemuda Pas Alor Star), Ummi Hafilda. Setelah dimaklumkan bahawa ceramah tersebut tidak mendapat permit dari polis dan dilakukan ditempat terbuka, Dato' Seri Md Isa (bukan polis) mengarahkan supaya pentas berkenaan dirobohkan dan ceramah berkenaan telah dipindahkan ke markas UMNO berdekatan dan dikatakan langsung tidak mendapat sambutan orang ramai. 

Berbalik kepada kes khalwat berkenaan, pernah beberapa kali pada tahun-tahun terdahulu masa pemerintahan MB lama, dikatakan berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO tetapi kes-kes sering ditutup oleh mantan Menteri Besar terdahulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan