Sabtu, 21 Mei 2011

SUDUT BERITA

PERAK OH PERAK
LAGI berita yang takkan disiarkan di TV3, RTM, TV9 dan mana-mana media arus perdana kawalan kerajaan Barisan Nasional. Penduduk yang berang dengan Menteri Besar Perak, Zambry Kadir kerana terlalu banyak songeh, membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar itu.

Penduduk mahu Zambry Kadir (sebut Zambry Ular) segera menyelesaikan masaalah ular di kawasan setinggan mereka. Ini bukan hal remeh, seorang penduduk dah mati sebab kena patuk ular. Ramai lagi penduduk yang kena patuk ular, tapi Zambry Kadir (Zambry Ular) boleh buat bodoh.

Apa pun ReJaM© memang puji tindakan penduduk ini, memang gerek dan stylo. Mana-mana ahli politik terutama orang macam Zambry Ular ni memang patut diajar. Bila keluar media, asyik kena ampu, semua dia buat konon bagus, tapi berapa banyak janji manis tak ditunaikan? 14 tahun dulu janji nak buat lot perumahan untuk penduduk, sampai sekarang habuk pun tarak.




ARTIS MENDAPAT HIDAYAH
Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.

Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.

Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.




HIMPUNAN 10K PEMUDA KELANTAN










Gambar sekitar Himpunan 10 ribu pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu. adakah mereka di taja untuk datang atau mereka di paksa datang untuk majlis ini?

Kalau perhimpunan seperti ini di buat oleh Gelombang Merah pasti di serikan dan di sogok dengan artis baru meriah dan dapat menarik minat orang datang , tetapi kita saksikan sendiri perhimpunan gelombang hijau yang penuh dgn keberkatan insyaallah dengan ikhlas berbongdong bondong rakyat datang untuk berjemaah dan mendengar amanat dari MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz.

Takbir ...





MAK SU KEMBALI KE RAHMATULLAH
  ‘Su Jah’ itulah nama timangan buat almarhumah isteri pertama mantan YDP PAS kawasan Kemaman, Ust Hj Awang Dagang. Beliau meninggal dunia awal pagi 19 Mei 2011. Ketika masih baharu selesai solat jenazah ‘Su Jah’ di Balai Istiqamah, Jalan Injin Gergaji, Cukai, Kemaman, Tuan Hj Hanafiah, Pengarah MTD Cukai mendapat sms/ panggilan telefon bahawa mantan Bendahari Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Kasim Ahmad juga meninggal dunia. Dua kematian dalam tempoh yang sangat dekat.
Ketika kecil, saya dan keluarga tinggal di sebuah rumah di belakang rumah Ustaz Awang Dagang. Kami memanggilnya ‘Pok Tunggal’. Bapa dan ibu sangat kenal dengan keluarga mereka. Saya juga agak baik dengan salah seorang anaknya, Jazlan yang usia kami agak hampir. ‘Su Jah’ seorang yang sangat baik, lembut dan baik budi.
Sementara Ustaz Kassim pula, saya pernah mendengar ceramah politiknya ketika masih kecil.
Dalam mesyuarat pertama Dewan Ulama PAS Terengganu bagi sesi baharu 2011-2013, dimaklumkan ustaz Kassim masih berada di wad di Hospital Kuala Terengganu. Selesai mesyuarat pada petangnya, saya ke hospital. Namun dimaklumkan beliau baharu sahaja keluar dari wad kira-kira 2 jam sebelumnya. Allah mentaqdirkan lebih seminggu beliau keluar wad, beliau kembali ke rahmatullah.
‘Su Jah’ dan ustaz Kassim ialah mereka yang istiqamah dengan Islam dan membantu perjuangan dalam bidang masing-masing. Moga kedua-duanya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan solehin.

PENGERUSI KELAB VATERAN PAS MENINGGAL

 KUALA TERENGGANU, 19 Mei: Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kasim Ahmad, 74, (gambar) kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi di rumahnya di Kampung Tuan Mandak, Pekan Batu Enam.
Beliau meninggal dunia di sisi isteri keduanya, Puan Zainab Awang, 41, dan anak-anak setelah diserang penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu dan pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Ustaz Kasim yang juga Bendahari Dewan Ulamak PAS Terengganu meninggalkan dua balu, Puan Noraidah Sulaiman dan Puan Zainab Awang bersama 13 orang anak hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isterinya.
Jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid at-Taqwa, Pekan Batu Enam yang diimamkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang yang disertai oleh kira-kira 1,000 orang selepas solat Asar tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Limah.
Semasa hayat, beliau yang dilahirkan pada 11 September 1937 di Kuala Rompin, Pahang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 1972 hingga 1975 dan Pengerusi Tetap PAS Pusat.
Selain pesuruhjaya negeri, beliau pernah diamanahkan sebagai setiausaha, bendahari dan ketua penerangan PAS negeri, Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.
Selain itu, beliau juga merupakan Bendahari Pembangunan Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila dan Pengerusi Koperasi Insaf Negeri Terengganu (KoINSAF).
Antara pimpinan PAS yang menziarahi allahyarham pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS negeri, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri, Dr B Chandran dan Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang.
Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada enam beradik juga pernah menjadi Exco Kerajaan Terengganu pada 1972 hingga 1974 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang.


 GEREJA TERBESAR

Tahukah anda gereja terbesar di dunia di bina di mana? Gereja tersebut terletak berdekatan dengan stadium Nasional Bukit Jalil apabila siap nanti. Gereja tersebut merupakan gereja terbesar, termoden serta tercanggih dalam dunia yang terletak dalam negara Malaysia.

Puak-puak songkok tinggi heboh memperkatakan tentang Malaysia negara Islam tetapi gambar ini membuktikan segala-galanya tindakan sebenar kerajaan songkok tinggi. Gereja itu tidak dapat ditandingi oleh masjid-masjid yang dibina oleh puak-puak songkok tinggi seperti Masjid Kristal, di Terengganu.

Gereja ini diberikan nama CCC atau Calvary Convention Centre. Gereja ini masih dalam proses pembinaan dan siap dengan billboard bertulis dengan perkataan 'AND THERE IS HOPE'. Apakah tujuan sebenar pembinaan Pusat Konvesyen Kalvari tersebut?


Kos membina bangunana ini dianggarkan berjumlah RM100 juta dan tidak termasuk dengan harga kos tanah yang bernilai RM35 juta. Gereja ini juga mempunyai 6 (enam) tingkat apabila siap nanti. Ia merangkumi kegiatan termasuk sebagai hos konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional, jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan anak muda bangsa kita, orang-orang dari segenap usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna.

Rupa-rupanya ia juga mempunyai ciri-ciri FREEMASON seperti gambarajah di bawah ini.






The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

Terjemahan (Indonesia)

Pusat Konvensyen Kalvari

Para Kalvari Convention Centre (CCC) adalah sebuah pusat konvensyen yang unik yang didedikasikan untuk mengejar kegiatan holistik.

Kegiatan ini termasuk hosting dari antarabangsa, serantau dan nasional
konvensyen, Jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, dan pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan muda bangsa kita, dan orang-orang dari segala usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna dan teladan Malaysia.

CCC, saat selesai, akan menjadi multiplex 6 lantai, terdiri daripada sebuah auditorium 5.000 kerusi dan sebuah lampiran pendidikan dan latihan, dengan jumlah dibina luas sekitar 600.000 sq ft ini akan mempunyai kemudahan yang unik dan didedikasikan untuk meningkatkan konvensyen dan keperluan pendidikan.

CCC adalah projek non-profit yang sedang dibangunkan oleh Gereja Kalvari selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu untuk menanamkan nilai-nilai spiritual, moral yang benar, perilaku yang baik, sosial dan tanggung jawab awam.

Jurugambar pertaruh nyawa

SELAMBA... imej menggerunkan menunjukkan seorang lelaki berjalan ke arah kamera atau menuju ke gunung berapi.

TAK GENTAR... sekumpulan petugas dirakam memeriksa kawasan sekitar manakala gunung berapi di belakang memuntahkan asap debu.

PERCIKAN... sebuah gunung berapi memuntahkan lahar, mewujudkan imej yang menarik di sebalik warna langit.

BERANI... dua jurugambar bersiap sedia untuk bergerak jika lahar mendekati mereka.

Meskipun bernasib baik kerana tidak cedera atau terbunuh kerana terkena debu volkanik, imej yang dirakamnya begitu menakjubkan.

Daripada percikan lahar berwarna oren yang menghambur ke atas menerangi langit malam seperti bunga api, hingga gambar rakan jurugambar berdiri hanya beberapa meter dari tempat batu gunung berapi turun seperti hujan dari langit, gambar yang dirakamnya mempamerkan pelbagai sudut kemusnahan.

Thrainsson, 39, berkata: “Ia perkara paling menakjubkan pernah saya saksikan dalam hidup saya.”

“Amat sukar untuk anda luahkan perasaan apabila anda berada di depan gunung berapi yang sedang meletus - kepanasannya, kebingitan, bau dan percikan api.

Ia menyebabkan anda merasa begitu kerdil dan lemah di depan sebuah gunung berapi. Selepas pengalaman itu, kegiatan merakam lanskap biasa adalah sesuatu yang membosankan.

“Namun begitu, keadaan sudah pasti amat berbahaya dan kadang kala saya terpaksa merentas lahar baru yang boleh menyebabkan saya melecur.

“Ia juga berbahaya untuk berada di kawasan sekitar Eyjafjallajokull di Iceland, tempat saya merakam banyak gambar kerana kilat sabung menyabung di celah asap debu.”

Thrainsson berkata, dia masih ingat bagaimana satu malam ketika merakam kilat, angin tiba-tiba beralih arah dan awan hitam mula menghala ke arahnya.

“Saya berundur dari kawasan itu dengan debu dalam mulut dan bau busuk di udara. Apabila berjaya keluar dari kawasan itu, saya sempat merakam beberapa gambar kilat berkenaan.

Ia menyambar hampir di tempat saya berdiri sebelum itu. Dua orang mati dalam kejadian seumpama itu apabila mereka sesat malam berkenaan selepas melihat gunung berapi itu.

Thrainsson, yang berasal dari Reykjavik, Iceland, merakam gambar menakjubkan itu ketika gunung berapi Fimmvorduhals dan Eyjafjallajokull meletus. Letusan itu mencetuskan kekecohan di seluruh Eropah dua tahun lalu.

Kedua-dua gunung berapi itu terletak di pantai selatan Iceland tetapi dengan kesan yang berbeza.

Gunung berapi di Fimmvorduhals mengeluarkan lahar merah tetapi letusan yang kedua memuntahkan awan debu tinggi ke langit menyebabkan ruang angkasa Eropah terpaksa ditutup kepada penerbangan.

“Eyjafjallajokull pula meletus di tengah glasier, memuntahkan asap volkanik kerana letusan itu berlaku jauh di bawah ais.

“Saya berulang kali pergi melihat gunung itu, biasanya pada waktu terbit dan terbenam matahari serta di sebelah malam untuk mendapatkan gambaran paling baik dan memerhatikan lahar mengalir.

Thrainsson kini merancang untuk ke Hawaii dan beberapa tempat lain untuk merakam gambar seperti yang dilakukannya di Iceland.

Namun, buat masa ini katanya, apabila satu lagi gunung berapi di Iceland meletus, dia sudah bersedia.

“Saya sudah bersedia dan bersiap untuk kembali menikmati pengalaman itu sekali lagi.

“Saya memperoleh kamera berkualiti pertama saya pada 2007 dan amat tertarik dengan lanskap dan fotografi aurora. Kini, merakam gambar gunung berapi meletus menjadi kegemaran baru saya.”


PANCARAN KILAT... kilat sabung- menyabung di langit ketika asap hitam tebal keluar daripada gunung berapi.

BAGAI BUNGA API.... imej letupan gunung berapi di Iceland, antara gambar yang dirakam oleh Thrainsson.
BERMAIN dengan maut di sekitar percikan lahar gunung berapi yang panasnya mencecah sehingga 1,000 darjah selsius bukan sesuatu yang diminati oleh ramai orang.
Tetapi bagi jurugambar nekad, Skarphedinn Thrainsson, berada di sekitar gunung berapi paling bahaya tidak sedikitpun menakutkannya. Malah dia menganggapnya satu cabaran tugas yang menyeronokkan.




 POLEWALI MANDAR, KOMPAS.com - Pusat semburan air yang terus bertambah dan mengakibatkan air meluber ke seluruh areal bangunan mesjid sejak Sabtu (21/5/2011) dinihari kemarin, memaksa pengurus Mesjid Al Mubaraq, kompleks BTN Ampi Permai, Polewali Mandar, Sulawesi Barat, menutup mesjid tersebut.
Sebelumnya, warga sempat menjalankan shalat di halaman mesjid, namun kini tak bisa lagi digunakan karena luapan air. Sejumlah perabot mesjid seperti peralatan pengeras suara dan karpet terpaksa dibuka.
Titik semburan air yang terus bermunculan telah mengakibatkan terbongkarnya lantai Mesjid Al Mubaraq. Semburan air tak hanya muncul di lantai mesjid, tapi di halaman mesjid pun kini muncul sejumlah semburan air.
Warga mengaku bingung dan tidak tahu cara untuk menghentikan semburan air. Di belakang lahan mesjid yang berbatasan langsung dengan areal persawahan juga terdapat belasan titik semburan air.
Fenomena ini pun kian mengundang perhatian warga. Tak henti-hentinya masyarakat datang ke lokasi ini untuk menyaksikan dari dekat pemandangan unik tersebut. Bahkan, ada sebagian warga yang datang untuk mengambil curahan air tersebut. Mereka percaya, air yang keluar dari lahan mesjid ini mampu membawa kesembuhan.
Imam Mesjid Al Mubaraq Munir pun mengaku kaget dengan kejadian ini. "Karena tergenang air yang terpaksa tidak bisa dipakai sementara," ujar Munir.
Di sisi lain, meski masyarakat mulai terpengaruh dan mempercayai semburan air mengandung mujizat, Pemerintah hingga kini belum memberi penjelasan tentang asal usul sumber air yang tiba-tiba menyembur di lokasi itu.
POLEWALI MANDAR, KOMPAS.com — Belasan titik air keluar tiba-tiba persis di tengah masjid di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, sejak Sabtu (21/5/2011) dini hari sehingga mengejutkan warga penghuni BTN Ampi Permai.
Jumlah titik air yang terus melebar tidak hanya membuat masjid kebanjiran. Sebgaian  sawah di sekitar lokasi masjid juga mulai digenangi luberan air.
Tak jelas sumber airnya berasal dari mana, tiba-tiba saja keluar melalui lantai masjid. Sejumlah warga percaya, semburan air yang muncul di tengah masjid bisa menyembuhkan beragam penyakit kulit meski belum melalui penelitian ilmiah.
Semburan air yang tiba-tiba membanjiri masjid muncul pertama kali persis di tengah-tengah rumah ibadah itu. Tegel masjid yang sebelumnya tampak rapi terbongkar dan acak-acakan.
Jumlah titik air terus bertambah sehingga akhirnya semua lantai masjid dipenuhi semburan air yang belum diketahui asal-usulnya. Semburan air yang muncul sejak warga akan beribadah  shalat subuh di masjid itu langsung menghebohkan warga BTN Ampi Permai.
Warga dari luar kompleks BTN Ampi yang penasaran dengan munculnya semburan air itu pin berdatangan, selain para penghuni BTN Ampi sendiri.
Sejumlah warga yang percaya air itu membawa berkah berebutan mengumpulkan air menggunakan jeriken, galon, atau botol plastik untuk wadah penampungan.
Sejumlah warga dan anak-anak bahkan menyempatkan mandi di masjid. Anak-anak pun tampak bergembira dan bermain air di tengah dan pekarangan masjid.
Irma, ibu rumah tangga di BTN Ampi, percaya air yang muncul di tengah masjid tidak hanya layak diminum seperti air biasa, tetapi juga diyakini bisa jadi obat beragam penyakit, seperti gatal-gatal dan rematik. Meski belum terbukti secara ilmiah, warga percaya air ini mujarab.
"Airnya bisa diminum langsung dan rasanya enak, lebih enak dari air kemasan galon," ujar Irma.
Irma juga yakin, air itu bisa menyembuhkan penyakit. Tak heran jika ia lalu mengumpulkan air bukan untuk diminum, melainkan akan dijadikan obat.
Sebagian warga lainnya datang ke lokasi hanya untuk menyaksikan kabar yang kini mulai jadi buah bibir di tengah masyarakat Polewali. Diperkirakan, jumlah warga yang yang akan mendatangi lokasi akan semakin bertambah seiring makin tersebarnya kabar munculnya semburan air itu.
Sejumlah warga di lokasi mengaku kaget dan heran air tiba-tiba muncul di tengah masjid, padahal di lokasi itu tidak ada jaringan pipa PDAM. Hingga kini pemerintah setempat belum turun tangan untuk memeriksa dari mana asal-usul air yang tiba-tiba menyembur di tengah masjid.
Kepala Kelurahan Takatidung, Polewali, Sudibyo, menyatakan, pihaknya belum mengetahui asal-usul air yang menyembur di masjid warga.
"Banyak warga yang mengambil air. Saya sendiri tadi sempat minum dan mengusapkan ke badan yang terasa sakit. Alhamdulillah teras lebih ringan," ujar Sudibyo.
Lantaran tergenang semburan air, Mesjid Al Mubaraq di BTN Ampi Permai, Polewali, Sulbar, tidak bisa digunakan untuk aktifitas ibadah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan