RUMAH SU UMNO TERBAKAR
Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.
Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.
"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.
"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.
Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.
"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.
Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.
- Bernama
Rumah siap ada lift lagi....hanya pecacai Umno saja duduk umah sengkek...tak pun duduk dalam reban ayam...
Satu Rumah pemimpin sama dengan beribu rumah rakyat miskin
GAMBAR IHSAN PANCAROBA.....
.
Penangan gelek seksi
BERDANGDUT...pelanggan lelaki dan wanita leka berjoget tanpa menghiraukan pelanggan lain menjamu selera.
ALOR GAJAH: Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi ‘kelab dangdut rimba’ dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.
Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar.
Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan.
Tinjauan Harian Metro mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.
Tinjauan Harian Metro mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Titian Bitanggor, Ahmad Bakar berkata, ketika mula dibuka dulu, premis berkenaan beroperasi sebagai tempat hiburan berkonsepkan keluarga.
Pendatang dalam but
Mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 dan 21 tahun itu dicekup Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis di dalam sebuah kereta bersama seorang tekong warga tempatan berusia 30 tahun kira-kira jam 4 pagi semalam.
Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan, Zakaria Abdul Rahman, berkata Pati berkenaan sanggup bersesak-sesak di dalam sebuah kereta Proton Wira termasuk di dalam but belakang hampir dua jam selepas berjaya membolosi pagar sempadan.
Menurutnya, mereka yang diekori pihak UPP sebaik saja meninggalkan sempadan Padang Besar itu bertindak memecut untuk melarikan diri sebaik tiba di Jalan Raja Muda, di sini, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Menurutnya, mereka yang diekori pihak UPP sebaik saja meninggalkan sempadan Padang Besar itu bertindak memecut untuk melarikan diri sebaik tiba di Jalan Raja Muda, di sini, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Tekong yang juga pemandu kereta berkenaan memecut masuk ke dalam kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sebelum mendapati pagar belakang hospital berkenaan ditutup menyebabkan enam warga asing berkenaan berjaya ditahan.
“Namun, lelaki itu termasuk tiga warga Myanmar lain bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar berkenaan tetapi gagal sebelum berjaya ditahan UPP. Tekong itu turut mengalami kecederaan akibat terjatuh ke dalam longkang berdekatan,” katanya ketika ditemui, di sini.
Menurut Zakaria, lelaki berkenaan kemudian dihantar ke HTF sejurus ditahan dan terpaksa menerima 16 jahitan di kepalanya yang koyak akibat terjatuh.
Katanya, sembilan Pati berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menggunakan ‘lubang tikus’ yang dibina di pagar sempadan Padang Besar-Thailand berdekatan sebuah tanah perkuburan Cina, dekat sini, sebelum dijemput tekong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan