Rabu, 6 Januari 2010

Meningkatkan Kekuatan Akal Menurut Pandangan Tabib-Tabib Islam


Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.


Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.

LARANGAN

Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

Nazri

dipetik dari:http://sihatsempurna.blogspot.com/

Selasa, 5 Januari 2010

Jangan Lalai Dalam Bertaubat


"Jika anak Adam berbuat dosa, lalu mereka minta ampun, maka Aku akan mengampunkannya, kemudian ia mengulangi dosanya lagi, lalu memohon ampun kepadaKu, maka Aku ampunkan. Jika ia tidak dapat meninggalkan dosanya, tetapi ia tidak putus asa dari rahmatKu, maka dosanya tetap Aku ampunkan."


(Hadis Qudsi)

"Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa."

(Abul-Laits)

"Sifat orang Arif itu ada ada enam perkara: "Jika ia ingat kepada Allah ia merasa bangga, jika ia ingat kepada dirinya sendiri, ia merasa rendah. Jika ia melihat ayat-ayat Allah ia mengambil iktibar, jika ia ingin berbuat maksiat ia menahan diri, Jika ia ingat ampunan Allah ia merasa gembira dan jika ia ingat dosa-dosanya ia segera meminta ampun."

(Hukamak)

"Taubat yang sebenarnya itu ialah menyesal dalam hati, lalu beristighfar dengan lidah dan berniat tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi."

(Rabiah al-Adawiyah)

"Dosa ada dua macam, dosa antara kamu dengan Allah dan dosa antara kamu dengan sesama manusia. Adapun dosa antara kamu dengan Allah, maka syarat taubatnya ada tiga:-

1. Menyesal dalam hati.

2. Berniat tidak akan mengulangi dosa itu lagi.

3. Membaca istighfar dengan lidah.

Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, maka dia akan diampunkan oleh Allah, kecuali jika ia meninggalkan salah satu amalan fardhu yang diwajibkan. Adapun dosa yang dilakukan antara sesama manusia, selama mereka belum menghalalkan, tidak ada guna taubat baginya."

(Abul-Laits)

Sabar untuk tidak terburu-buru dalam perbuatan itu baik, kecuali pada tiga perkara:

1. Ketika tiba waktu solat maka harus segera dilaksanakan.

2. Ketika ada kematian, maka harus segera mayat itu dikuburkan.

3. Ketika berbuat dosa, maka bertaubat janganlah ditunda.

(Abu Bakar Alwasithi)

Taubat seseorang itu baru sempurna jika ia mengamalkan empat perkara:

1. Mengendalikan lidahnya daripada perkataan dusta, mencaci dan kata-kata yang tidak berfaedah.

2. Tidak ada sifat hasad dengki, iri hati terhadap sesama manusia.

3. Jika ia telah menjauhi teman-teman yang jahat.

4. Selalu bersedia menghadapi mati, rajin dalam taat dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya.

(Hukamak)



Tanda-tanda dari taubat itu telah diterima ada empat perkara:

1. Jika telah putus hubungan dengan kawan-kawan yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang salihin.

2. Menghentikan semua maksiat dan rajin beribadah.

3. Hilang rasa kesenangan dunia dalam hatinya dan ingin selalu kesenangan akhirat.

4. Percaya pada jaminan Allah dalam soal rezeki.

(Hukamak)



Orang yang bertaubat itu akan dimuliakan Allah dengan empat perkara:

1. Dilepaskan dari dosa.

2. Dicintai Allah.

3. Dipelihara Allah dari gangguan syaitan.

4. Di amankan dari rasa takut sebelum ia meninggalkan dunia.

(Zahid)

"Seseorang mukmin itu tidak mungkin sengaja berbuat dosa tetapi terjadi padanya pada saat ia lupa, tidak kuat menahan nafsu syahwat yang sedang meluap, kerana itu ia tidak boleh diejek, jika ia telah bertaubat."

(Abu Laits)

"Jika seseorang hamba Allah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah, maka Allah melupakan malaikat yang mencatat amal keburukannya, anggota badannya pun lupa apa yang pernah ia lakukan dari dosanya, juga Allah melupakan bumi di tempat ia berbuat dosa itu, supaya ia datang pada hari kiamat dan tiada sesuatupun yang menyaksikan perbuatannya."

(Ibnu Abbas)

"Orang yang tidak bertaubat pada tiap-tiap pagi dan petang, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim terhadap dirinya sendiri."

(Mujahid)

"Sesungguhnya seorang hamba jika ia bertaubat, maka semua dosa-dosanya yang lalu itu telah berubah menjadi kebaikan."

(Abu Hurairah)

Nazri

PERTANYAAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?


2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Nazri

KISAH ANAK DAN IBU


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu;


Tolong pergi kedai...........RM 1.00

Tolong jaga adik..............RM 2.00

Tolong buang sampah.....RM 1.00

Tolong kemas bilik...........RM 2.00

Tolong siram bunga.........RM 2.00

Tolong sapu sampah........RM 2.00

JUMLAH RM 10.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan.........Percuma


Kos berjaga malam kerana menjagamu...........Percuma

Kos air mata yang menitis keranamu..............Percuma

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu........Percuma

Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu...Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya sayangkan ibu”. Kemudiannya si anak mengambil pen dan menulis ‘TELAH DIBAYAR’ pada muka surat yang ditulisnya.


Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita sekiranya ia merasakan demikian dia adalah anak DERHAKA…


Wallahu’alam…

Nazri

10 PERINGATAN BUMI...



Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.


Berkata Anas Bin Malik r. a;


Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atasbelakangku, tetapi ingatlah! Engkauakan kecewa di dalam perutku.


5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang dibelakangku, tetapi ingatlah! Engkaua kan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Nazri

Pendirian MAMPAT Mengenai Penggunaan Istilah ALLAH oleh Gereja


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasakan terpanggil untuk memberikan komen berkaitan dengan kebenaran Mahkamah kepada Gereja Kristian untuk menggunakan kalimah "ALLAH" oleh hakim Lau Bee Lan. MAMPAT merasakan kebenaran menggunakn perkataan ALLAH akan mengundang beberapa perkara yang tidak diundang terutama kebangkitan dan bantahan penggunaannya di kalangan umat Islam di Malaysia. Persoalannya, adakah benar bahawa di dalam Kristian, Allah adalah "GOD" seperti mana yang dinyatakan di dalam Bibble... sedangkan penjelasan di dalam blog Kristian, mereka menyatakan bahawa TIada penggunaan istilah ALLAH ..... (rujuk di sini : http://www.bible.ca/islam/islam-bible-allah.htm )


Persoalannya sekarang.... adakah wajar penganut Kristian untuk memperjuangkan penggunaan istilah ALLAH sedangkan dengan terang, penggunaan ALLAH tidak terdapat di dalam Bibble. Apa motif dan udang disebalik batu yang diingini oleh penganut Kristian ??? Adakah mereka bertujuan untuk menyesatkan atau mengelirukan umat Islam dengan penggunaan istilah ALLAH.


Sehingga sekarang, MAMPAT mendapati terdapat pelbagai jenis risalah dan buku serta bahan bercetak yang dikeluarkan oleh pendakyah Kristian dengan tujuan menyebarkan agama Kristian. Bahkan terdapat sebuah buku dalam bentuk komik lukisan kartun menyebarkan ajaran Kristian. Pelbagai cara dan teknik digunakan. Mungkinkah dengan menggantikan istilah God kepada ALLAH, nanti akan ada umat Islam terkeliru...???


Oleh itu, MAMPAT dengan ini menegaskan bahawa kami menentang kebenaran penggunaan istilah ALLAH di dalam agama Kristian kerana kalau sekiranya di dalam Bibble sendiri tidak menggunakan istilah ALLAH, kenapa Gereja nak menggunakan istilah Allah...


Nazri
 
http://www.mampat.blogspot.com/

Ahad, 3 Januari 2010

MURID 2010 BERTAMBAH: PASTI ALFALAH CAPAI SASARAN.


KGJaya 3 Jan 2010. Alhamdullilah kemasukan murid pasti pada tahun ini bertambah lebih 50% berbanding tahun lepas daripada 21 orang murid tahun 2009 kepada 34 orang murid pada 2010. Bilangan ini dijangka akan bertambah dalam masa terdekat.


Pihak guru dan AJK mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada PASTI Al-Falah untuk mendidik anak-anak mereka. InsyaAllah kepercayaan ini akan diterjemahkan dengan membentuk anak-anak ini mengenal ilmu asas dalam bidang agama dan akademik.




Hari pertama para ibubapa diberi taklimat ringkas dan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh guru-guru. Macam biasa pelbagai kerenah dan gelagat anak-anak dapat dilihat. Ada yang menangis, termenung dan ada juga yang terlalu berani hingga sukar dikawal oleh guru. Ada juga kalangan ibu-ibu yang terpaksa 'belajar' dalam kelas kerana anak-anak yang tak biasa berenggang.

Untuk makluman, KAFA Al-Falah yang beroperasi setiap petang  hari persekolahan 3.00-5.00, juga mendapat sambutan menggalakan dengan 35 orang murid telah mendaftar berbanding 2009 hanya 21 orang murid.  Terima kasih kepada semua AJK, guru dan ibubapa.