Isnin, 21 Mac 2011

KENAPA KITA BIARKAN MEREKA INI?

 Sesungguhnya malang itu tidak pernah memberitahu kepada pewaris ini. Dan kenapakah dibiarkan mereka ini? Siapakah yang bersalah? Walaupun Hukum Allah tidak haram. Tetapi hukum dunia menyusahkan semua pihak. Apakah kita tidak sedih dengan peristiwa 18hb Mac 2011 jam 6 petang pemuda-pemuda belasan umur mengayakan pertunjukkan bermotosikal didepan surau, sambil bersorak seronoknya mereka ini. Anak siapakah mereka ini? kalau dilihat pada zahir semua anak Melayu Islam. Bukan sedikit bilangan mereka. Mungkin mencecah ratusan buah motosikal. Jika dilihat sebagai tali pengukur adakah ini generasi kepimpinan akan datang? Fikirkanlah wahai Ibubapa dan penjaga, amanat Allah amat berat untuk kita pikul jika tidak mengikut landasannya. Dan Bala tidak pernah kita duga akan kehadirannya. Bala menimpa semua makhluk jahat dan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan