Ahad, 20 Mac 2011

XPDC KE BESUT HIMPUNAN PAS GANTI UMNO


Kemaman, 14hb. Mac - Alternative Riding Club (ARC) Kemaman akan menganjurkan konvoi bermotosikal ke Besut pada 18hb. Mac ini sempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Ke-2 - PAS Ganti UMNO yang akan diadakan pada 18-19hb. Mac di Besut, Terengganu.
Menurut Timbalan Pengarah ARC Kemaman, Syed Hishamuddin Syed Abu Bakar (gambar - tiga dari kanan), setakat ini seramai 100 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dan penyertaan masih lagi dibuka kepada pemuda yang berminat menyertainya.
Beberapa aktiviti akan dirancang sempena dengan konvoi tersebut seperti riadah di Lata Belantan dan barbeque bersama Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim pada sebelah malamnya.
'Konvoi akan bermula pada 18hb. Mac, Jumaat jam 9.00 pagi dari Bandar Chukai dan akan bersolat Jumaat di Batu Rakit sebelum meneruskan ekspedisi ke Lata Belantan dan bermalam di sana', ulas Syed Hishamuddin lagi.
Pemuda yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Ketua Pemuda PAS DUN masing - masing atau memaklumkan kepada beliau dengan menghubungi 013 9098595.
Para peserta konvoi akan mengikuti kuliah dhuha di tapak perhimpunan pada sessi paginya yang akan disampaikan oleh pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus sebelum majlis perasmian pada sessi petangnya sementara saudara Bob Lokman, bekas pelawak, pelakon dan pengacara terkenal akan bersama para pengunjung di tapak perhimpunan juga pada sessi petangnya.
'Pemuda Pemangkin Perubahan Ummah'
'Orang Muda Geng Kite'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan