Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sebelum jatuh ke tanah sudah banyak kali tupai melompat dengan jayanya. Ada juga kenyataan yang merumuskan bahawa di sebalik seorang penagih dadah yang direkodkan, terdapat empat orang lagi di luar sana. Bukan senang hendak mengenali pasti mereka ini . Perbuatan terkutuk biasanya dilakukan secara bersembunyi dan licik. Bukan senang juga hendak terserempak dengan tupai yang jatuh ke tanah. Maka dalam kes konspirasi menjatuhkan sesebuah kerajaan, membeli wakil rakyat dan memanipulasi daftar pemilih dan undi pos , kita hanya dapat bermonolog, “oh jahatnya manusia.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan