Isnin, 21 Mac 2011

Memalukan Bila ..


"Pada hari Jumaat pukul 9.00 malam 18.3.1211 berlangsung wacana perdana bertajuk `PRU 13, Terancamkah Kuasa Melayu di KELANTAN TRADE CENTRE yang disiarkan secara langsung melalui laman web `mykelantantv, keseluruh dunia.


Ahli foram terdiri dari pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia, Abdul Azeez  Ab Rahim, Prof Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Naib Presiden Perkasa, satu dari Pas iaitu Ir. Khalid Ab Samad ahli Parlimen Syah Alam, Ahli Akademik Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah manakala Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff sebagai moderator.

Hasil dari wacana tersebut sesungguhnya sangat memalukan dan mengejutkan kita. Ini ialah hasil daripada media yang telah menipu ahli Umno. Ahli Umno rupanya menerima bulat-bulat berita dari media kerajaan dan bercakap bersandar kepadanya maka jadilah seperti budak-budak yang berbahas. Bila kena boo mereka anggap kerana mereka Umno dan tidak sedar yang mereka memberi fakta salah.
 Bagaimana mungkin Ab Azeez dan Dr Asyraf  bercakap berdegar-degar, berapi-api pasal banyak perkara antaranya kerana berkawan dengan DAP judi ada di Kelantan. Sebagai seorang yang penting dalam Umno bagaimana mereka tak tahu bahawa dalam Perlembagaan (sekular) Malaysia, Loteri Kebajikan Masyarakat itu tidak di kategori sebagai Judi dan boleh dijual dimana-mana tapi kerajaan Kelantan telah rampas loteri tersebut dan yang nak saman kerajaan Kelantan itu ialah MCA bukanya DAP.
 Begitu juga dalam peristiwa rampasan beer dari kedai 7 eleven di Selangor sedikit masa dulu, juga mereka tak tahu bahawa dalam Perlembagaan Malaysia (dikatakan negeri Islam) bahawa beer itu tidak dikategori sebagai arak kerana kandungan alkoholnya kurang dari 8 peratus jadi bila dikategori bukan arak ianya bebas dijual dimana-mana sahaja. Dulu bila diaju kepada wakil BN, mereka cakap tak boleh buat apa-apa, Tapi Dato’ Hasan Ali telah rampas. Tapi kerajaan selangor sekarang mengambil pendekatan berbincang antara 7 eleven, Bandaran Shah Alam dan 7 eleven bersetuju tidak menjual dikawasan ramai orang Melayu.
 Begitu juga dengan persepakatan antara Pas, DAP dan PKR mereka tak tahu bahawa parti-parti ini telah menanda tangani perjanjian yang penting yang disebut Buku Hijau yang antaranya bersetuju penubuhan Negara Islam. Negara Islam ini memang ditakuti oleh Umno, MCA dan MIC.
 Demi memperkuatkan hujah, dengan berapi-api telah mengutarakan peranan kerajaan membantu mangsa tsunami Jepun, memberi biasiswa dll, tapi telah ditegur oleh Prof Abu Hasan kerana itu adalah peranan pemerintah negara dan pemerintah negeri mempunyai kuasa yang amat terhad dan dan jika Pakatan memerintah Malaysia mungkin mereka buat lebih baik lagi.
 Persoalan berbeza peranan antara kerajaan memerintah berbanding pertubuhan parti pembangkang ini mungkin sesuai dalam masyarakat tidak berpelajaran sahaja, tapi inilah yang diguna oleh orang kuat Umno. Mereka dilalaikan oleh media dan tidak sedar bahawa tujuan parti pembangkang ialah untuk menguasai Malaysia dan bila ada kuasa akan buat lebih baik lagi, jauh sekali berlaku zalim.
 Bagitu juga elaun guru fardhu ain di Selangor yang dikatakan akhbar MB Khalid tidak tunai janji, tapi perkara sebenar ialah MB Khalid minta maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak membayar RM1500 seperti diberitahu dan membayar RM1300, sedangkan negeri BN diistiharkan dengan tepukan gemuruh dinaikkan dari RM500 kepada RM800, itu pun dengan syarat telah isi borang Umno, sedang di Selangor tidak ada syarat ahli pakatan Rakyat.
 Banyak soalan tidak dijawab seperti Rosmah tak pakai tudung, melanggar perjanjian royalti minyak, membuang tulisan jawi menyebabkan rakyat buta quran, meminggirkan bahasa Melayu dll. China telah menjadi kuasa ekonomi kedua dunia dengan mengatasi Jepun dan bakal mengatasi Amerika dalam masa terdekat menjadi kuasa ekonomi nombor  satu dunia dan mereka tidak ada pun bahasa kedua.
 Seperti komen Lee Kuan Yew tentang pembunuhan Altantuya, pembunuh tidak membunuh dengan tak tentu pasal, tapi ia menerima arahan dari sesaorang, dan orang tersebut adalah orang berkuasa dan penting. Jika BN kalah, siri perbicaraan yang amat panjang akan berlaku kerana melibatkan ramai penjenayah dan perasuah dikalangan pembesar dan akan berlaku juga ramai yang akan lari ke luar negara. Pada masa ini penjenayah Umno, MCA dan MIC sedang dipertahankan oleh penyokongnya termasuk polis yang menjadi orang suruhan, sedangkan mereka tidak mendapat apa-apa habuan selain gaji.
 Bila sesi soalan dari penuntun, jelas menunjukkan orang kampung yang berkain pelikat lebih tahu fakta sebenar berbanding ahli panel sebagai orang penting dalam Umno.
 Jadi janganlah menerima berita dari akhbar kerajaan bulat-bulat, kerana banyak mengandungi berita khayalan yang bertujuan propaganda. Ab. Ghani Patail sendiri pernah mengambil berita dari Harakah Daily untuk dijadikan sebagai bukti mahkamah, menandakan kredebiliti akhbar berkenaan.
 Baru-baru ini berlaku pertukaran parti pemerintah di Jepun yang memerintah selama 50 tahun, kita harap akan berlaku juga di Malaysia.
 Kesimpulannya ialah SUNGGUH MALU, SUNGGUH MALU, BILA TERSELAK KAIN, kadang-kadang rasa malu pada diri sendiri kerana jahil. Waspadalah jika bercakap berlandaskan media kerajaan, kerana bakal akan mendapat malu.
 - Komentar ini tidak dapat disiarkan kerana internet tergendala seluruh Kelantan selepas wacana ini hingga hari Sabtu, dan pulih pada petang Ahad (semalam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan