Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali meminta kami menyiarkan gambar ini untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini berlagak sebagai pejuang Islam sebaliknya "curi makan" di belakang pengikut-pengikutnya.
Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.
ReJaM© "Belum sempat tawan Selangor, diri sendiri sudah ditawan kah kah kah...."
Update: Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/gambar-ketua-umno-gombak-dan-kekasih.html#ixzz1H0apHpzE
Ketua UMNO Gombak sudah mengaku gambar panasnya
Semalam Blog MiLo SuaM telah mendedahkan sekeping gambar panas Ketua UMNO Gombak bermesra dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel, rujuk link ini [Gambar Panas]. Hari ini daripada maklumat yang diterima dari blog Tawan Malaysia , tuan punya diri dikatakan sudah mengaku bahawa gambar itu sememangnya adalah gambar dirinya [Tawan Malaysia].
ReJaM© tiada niat nak aibkan beliau, tapi pemimpin begini memang sewajarnya didedahkan agar tidak terus memperbodohkan rakyat dengan lagak pejuang Islam kononnya. Memandangkan beliau sudah mengaku, maka cukup sampai di sini pendedahan ini, tiada lagi gambar untuk mengaibkan beliau akan didedahkan.
Beliau dikatakan akan menghadap Ketua Perhubungan UMNO Selangor Dato Noh Omar dalam sehari dua ini secara gentlement memandangkan ini merupakan "skandal terbesar UMNO Selangor".
ReJaM© "Pemimpin-pemimpin dan semua ahli politik tak kiralah parti apa, INGAT! Anda sentiasa diperhatikan..."
Nantikan pendedahan skandal pemimpin-pemimpin UMNO yang seterusnya...
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/ketua-umno-gombak-sudah-mengaku-gambar.html#ixzz1H0pEqIHu
Bukti muka Ketua UMNO Gombak memang lebih hitam
Sejak gambar skandal Ketua UMNO gombak didedahkan di blog MiLo SuaM, pencacai dan penyokong gerombolan songkok tinggi nampaknya betul-betul tak senang duduk. Dalam entry sebelum ini ReJaM© dah kata tak mahu panjangkan hal ini, kerana tak mahu mengaibkan tuan punya diri memandangkan beliau sudah mengaku salah[Gambar Panas].
Malangnya, penyokong gerombolan songkok tinggi nampaknya masih terus menghentam MiLo SuaM di facebook, dengan mengatakan kononnya MiLo SuaM sengaja membuat gambar palsu (photoshop) untuk memfitnah Ketua UMNO Gombak. Alasan bodoh mereka tetap sama, gambar tu palsu sebab warna muka dan leher serta badan ketua UMNO Gombak tak sama.
Perangai diorang ni memang suka ulang-ulang benda yang sama walaupun dah dijelaskan berulang kali. Samalah dengan isu Anwar tak mahu sumpah, Kelantan tolak hudud, Fitnah Zina ADUN Selingsing dan lain-lain. Puak biol ni akan terus mempersoal dan mempersoal berulang-ulang sampai bila pun tak tahu. Dia nak orang je dengar cakap dia, cakap orang dia buat pekak.
Sebenarnya ReJaM© malas dah nak layan diorang ni merapu, tapi takut ada pulak orang yang terpedaya ingat MiLo SuaM pulak yang fitnah. Baiklah kat sini ReJaM© buktikan bahawa Ketua UMNO Gombak ni memang warna kulitnya tak sekata (Kejadian Allah) mungkin juga sebab selalu turun padang kena cahaya terik matahari. Korang tengok sendiri gambar-gambar di bawah ni.
Tak cukup jelas? Tak mengapa ada gambar yang lebih besar lagi, tengok bawah ni pulak.
Mungkin ada pulak penyokong gerombolan songkok tinggi yang akan kata MiLo SuaM sengaja buat gambar-gambar palsu kat atas tu pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan