Isnin, 7 Mac 2011

Bangsa Melayu Muslim………politik Halal ke Haram?


Assalamualaikum para pembaca dan pengunjung blog yang  budiman...

InsyaAllah Blog ini akan memberikan bahan cadangan ilmiah
guna memahami konsep Politik Quranik yang sangat dituntut.

umum mengetahui...
betapa lemahnya bangsa melayu muslim
dalam kemahiran memilih pemimpin...

hanya kerana kain pelikat...
hanya melihat poster2 bertebaran...
hanya melihat tarikan paparan telivision
atau penuh fulus dipoket...
itulah asas biasa dalam memilih pemimpin...
bagai memilih barangan dapur di pasaran

tidak dinafikan...
golongan bandar atau yang bermaklumat / berilmu
terkecuali dari katogeri di atas...

cuma harapan kita bersama...
moga blog ini mampu berkongsi input ilmiah
guna mendepani Pilihan Raya pada bila-bila masa sahaja...

Maaf juga kepada para pengunjung2 dan pembaca blog...

Blog ini antara tujuannya juga
hanya menghimpun ilmiah berkenaan Politik Quranik

sebarang komen atau pandangan tuan2
boleh dicoret di blog anda sendiri...

kerana...
untuk memudahkan pembaca menyemak lembar demi lembar
tanpa ada sebarang campur aduk chating daripada pengunjung dan pembaca blog yang pelbagai pandangan.

Namun saya masih sangat memerlukan
komen maklum balas pro atau kontra
dari pengunjung dan pembaca blog baik dari mana sekalipun latar belakangnya... pandangan biarlah berfakta dan tidak menggunakan otak yang senok

maklum balas pro atau kontra ini
boleh dipostingkan ke dalam
blog anda sendiri Cuma alamatnya sahaja anda link kan ke chating. Dan janganlah guna ruang chating itu sebagai ruang untuk anda berpandangan....

maklumat yang ada dalam blog ini
sedaya upaya tidak memaksa
Golongan Biru memasuki Golongan Hijau atau sebaliknya...

Ia hanya menjadi bahan ilmiah
agar boleh menjadi asas kepada semua golongan

Asasnya adalah al Quran dan Sunnah
itulah pegangan semua muslim...

KEPADA ALLAH DIPOHON TAUFIQ DAN 'INAAYAH

Mukaddimah........................

POLITIK DAN KEKELIRUAN MASYARAKAT MELAYU

Segala puji bagi Allah yang telah memilih kita sebagai hambanya, segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan kita tergolong dikalangan mereka yang beriman. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW dan para sahabat dan tabiin.

Umum menyedari bahawa kekalutan cara berpolitik masyarakat Malaysia sangat ketara. Semua pihak punya kelemahan tersendiri. Ahli politik, para pengundi dan umumnya rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan penuh sedar dalam mendepani persoalan yang bersangkut paut dengan kenegaraan atau cara bagaimana memilih pemimpin.

Justeru buat mereka yang mengakui dirinya islam, mereka perlu memperbaikinya dan kembali kepada Politik Quranik iaitu politik yang berasaskan undang-undang Allah dan Rasulnya.

Allah berfirman dalam surah an Nisa' :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ
فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ
إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً (٥٩


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (59)

Masyarakat kerap berbalah dalam hal politik. Tidak kurang juga yang suka memaki -hamun. Adakalanya tidak bertegur sapa sehingga membentuk masyarakat yang hidup berpuak-puak.Keadaan ini mengakibatkan wujud kelompok masyarakat yang menyisihkan politik dalam kehidupan. Lebih parah mereka memisahkan politik daripada ajaran islam. Mereka menyalahkan politik.

Ada pula yang berkata “ politik tidak boleh di bawa masuk ke masjid ”. “ Jangan kotorkan masjid dengan bicara politik ”. Kadangkala kita mendengar pula ungkapan “ jangan mempolitikkan isu ini !!...jangan asyik sibuk berpolitik…!! ”.

Kekeliruan masyarakat bertambah apabila Parti A berkata kepada Parti B “ itulah Parti B asyik berpolitik 24 jam hingga rakyat tergadai ”. Pada ketika yang lain Parti B pula menyergah Parti A dengan nada yang sama. Bagaikan politik itu haram di mana-mana dan pada apa jua ketika. Sedangkan Allah menuntut Rasul SAW membentuk kuasa politik di Madinah untuk kelangsungan kejayaan Risalah Tauhid di bumi Allah.

Sebab masyarakat berbalah

Di dalam hal ini penulis berpandangan punca utama masyarakat melaysia berpuak-puak, maki hamun dan seumpamanya adalah kerana masyarakat tidak memahami konsep sebenar politik dari kaca mata islam. Mereka tidak dapat membezakan antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid .

Sumber Ilmu Politik Melayu Muslim

Kefahaman politik mereka hanya bersumberkan surat khabar harian dan telivisyen. Kefahaman politik mereka terbatas dalam soal menang dan kalah dalam pilihanraya atau debat perdana. Kefahaman politik mereka tidak menjangkau pada topik-topik yang lebih luas dan asas. Mereka menyokong kumpulan politik kerana nenek moyang mereka atau kaum kerabat terdahulu menyokong. Manakala sebahagian ahli-ahli politik yang ada gagal menterjemah konsep Politik Quranik yang dituntut ke alam reality.

“ Ini tiga segi bukan empat segi ” laung Ali penuh semangat. …Tidak..bukan…sebenarnya ini empat segi …kau ni bodoh tidak boleh diajar ke haa !! ”. Bidas Abu yang memuncak amarahnya. Sebenarnya perbalahan ini berpunca daripada kelemahan kefahaman mereka berkenaan objek yang mereka debatkan. Mereka tidak kenal objek itu secara menyeluruh. Sebenarnya sebuah pyramid kalau dilihat dari tepi ia berbentuk segi tiga tetapi kalu dilihat dari bawah kelihatan tapaknya adalah segi empat tepat.

Inilah masalah besar yang melanda umat khususnya orang melayu muslim. Kemahiran mereka dalam melantik pemimpin sangat lemah. Mereka tidak memahaminya. Malas membaca dan mendengar ilmu lalu terus menghukum haram, kotor, merosak dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, buku ini cuba memberikan bahan cadangan yang boleh dikongsi bersama.

POLITIK QURANIK BUKAN SATU PILIHAN TAPI KEMESTIAN

Dalam kehidupan seharian, jika mukmin memahami kewajipan bernikah dengan cara nikah yang syar’i, berpuasa dengan cara puasa yang syar’i, menyembah tuhan dengan cara yang syar’i, dan lain-lain lagi. Maka begitulah keadaannya apabila mukmin berhadapan dengan persoalan politik. Politik mereka perlu bergerak dengan asas yang syar’i.

Nilai-Nilai Kemanusiaan atau Bangsa Sahaja Tidak Mencukupi

Di sinilah pemisah antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid. Walaupun politik yang kosong dari nilai tauhid ini mempunyai gagasan perjuangan membela rakyat, bangsa dan seumpamanya, ia tetap terdedah ke arah kesudahan yang penuh dengan warna-warni syahwat haiwani yang membinasakan.

Manakala nilai manusiawi semata-mata yang kososog dari ikatan syariat sangat buruk sifatnya.Ketika inilah fitnah terbesar akan menimpa kehidupan rakyat jelata.

Manakala politik yang berteraskan tauhid memandu dan memantau naluri dan akal manusia. Politik ini meletakkan redha Allah sebagai tujuan utama gerakannya. Politik ini mengurus ummah dan negara berasaskan Undang-Undang Pencipta. Politik ini merupakan suatu ibadah. Politik ini mengikat iman, mendaulat syariat dan merawat akhlak. Inilah Politik Quranik yang perlu dihadam semula kefahamannya.

Seorang muslim perlu mengimani hakikat ini. Sesungguhnya islam yang dibawa oleh Rasul SAW bersifat syumul. Cara menyembah tuhan menurut al Quran ialah solat fardhu lima waktu. Tiada pilihan bagi seorang muslim melainkan wajib menunaikannya. Maka cara berpolitik berteraskan Al Quran bukan suatu pilihan tapi ia adalah suatu kewajipan. Wajib untuknya terlibat secara langsung atau tidak langsung.Begitulah bandingan yang mudah untuk difahami dalam kewajipan berpolitik mengikut acuan Allah dan Rasul SAW.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman al Ahzab ayat 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا
أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا (٣٦

36. Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.

Dr PHD dan Politik...

Dr Abdul Aziz Izzat Khiyyat di dalam kitabnya (( Dr Abdul Aziz mendapat PHD Fiqh Perbandingan di Universiti Azhar. Kitab : An Nizhom As Siasi Fil Islam ( Cetakan Maktabah Darus Salam, Mesir, m/s 9,10. )) berkata :

Sesungguhnya orang islam itu memiliki asas perundangan politik yang tersedia. Asas perundangan politik ini telah dimulakan oleh Baginda Muhammad SAW. Baginda SAW telah menjelaskan kandungannya, telah mengasas hukum-hukumnya, telah menjelaskan kaedah-kaedahnya dan asas politik ini telahpun dilaksanakan sesudah kewafatan Baginda SAW oleh khilaafah / pemimpin islam selepas Nya….

Walaupun sebahagian Khalifah –Khalifah yang memimpin ummah pada ketika itu punya kelemahan dalam melaksana hukum islam dan sebahagian masyarakat hanyut dalam maksiat dan melakukan kesalahan. Tetapi itu bukan persoalannya kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan. Apa yang lebih penting , pengajarannya ialah pada zaman itu pemerintah negara telah meletakkan hukum-hukum Allah sebagai asas politik mereka, syariat-syariat diterapkan dan undang-undang Allah di kuatkuasakan……….”


Dengan izin Allah yang Maha Bijaksana, insyaAllah tazkirah bersiri ini dapat memberikan perkongsian ilmu guna mendepani kelemahan-kelemahan masyarakat mengenai persoalan politik di dalam kehidupan seharian.

Kepada para ilmuan sekelian, tuan-tuan dialu-alukan untuk memperbaiki kandungan tulisan ini sekiranya ada lompang-lompang kosong yang memudhoratkan.

Apapun tujuan penulis ialah untuk sama-sama mengisi kekosongan ruang dalam masyarakat yang semakin serabut dalam persoalan politik.

Fitnah Ummah Masa Kini

Fitnah ummah Nabi Musa Alaihissalam adalah kemungkaran sihir berleluasa. kecelakaan ummah Nabi Luth kerana perilaku sex sodom mereka. Jika boleh kita katakan bahawa fitnah ummah masa kini adalah kebodohan mereka dalam politik. Akhirnya kejahatan berkuasa manakala kebaikan menjadi hamba.

Insya Allah sesudah anda selesai membaca tulisan ini, anda akan dapati politik sangat penting dalam kehidupan dan iman.

Kepada Allah jua ku pohon petunjuk dan pertolongan. Amin….

Memahami politik...memahami keperluan politik.....



KONSEP IMAAMATUL ‘ UZMA (
الإمامة العظمى )
ATAU KHILAAFAH (
الخلافة ) / KHALIIFAH ( الخليفة )

Langkah awal dalam memahami Politik Quranik akan kita mulakan dengan memahami erti pemimpin negara melalui perbahasan konsep “ Imamatul Uzma” atau lafaz lain yang sama erti dengannya.

Sejak kewafatan Baginda SAW, persoalan kepemimpinan ummah diteruskan oleh sahabat-sahabatNya. Walaupun cara atau pendekatannya berbeza tetapi asas mereka tetap satu iaitu Al Quran.Oleh hal yang demikian sarjana islam dulu dan kini telah banyak mengupas persoalan kepemimpinan tertinggi melalui tajuk-tajuk seperti berikut :

IMAMATUL “UZMA (
الإمامة العظمى)
• KHILAAFAH (
الخلافة )
• KHALIIFAH (
الخليفة )
• AD DAULAH ISLAMIAH (
الدولة الأسلامية
)

Secara mudah terjemah makna tajuk-tajuk di atas adalah seperti di bawah :

Imamatu ’Uzma bererti = Kepemimpinan Tertinggi.

Khilaafah atau khaliifah bererti = Pengganti Baginda SAW iaitu
penerus risalah Nya di muka bumi.


Ad Daulah Islamiah pula bererti = Negara yang diperintah oleh
Politik Quranik.


Keempat-empat kalimah ini sarat mengandungi maksud perbahasan konsep Politik Quranik yang sangat diperlukan oleh ahli politik atau seorang pemimpin.

Rakyat atau para pengundi terutamanya juga perlu menganalisis persoalan ini agar undi yang diberi adalah suatau ibadah dan bukan suatu yang merosak aqidah.

Walaupun istilahnya adalah Imamatul ‘Uzma, iaitu pemimpin tertinggi ummah seperti Khaliifah Ar Rasyidin yang empat sehingga Khaalifah terakhir umat islam iaitu Khilafah Uthmaniah , konsepnya atau ciri-cirinya atau sifat-sifatnya sangat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam persoalan kepemimpinan secara umum.

Sebagai seorang islam inilah asas dan panduan tepat lagi kukuh untuk mendepani persoalan kepemimpinan atau politik.

Umum mengetahui POLITIK ialah
soal-soal kenegaraan, soal-soal kepemimpinan.....


Tetapi intipati ini kadang-kadang tenggelam begitu sahaja
kerana sikap rakus manusia yang semata-mata inginkan nikmat dunia.

Lahirlah : politikus rasuah, politikus gila jawatan, politkus kaki botol..kaki perempuan...menggadai tanah rakyat...menghimpun kekayaan...menfitnah, maki hamun dan lain-lain lagi.....

PUNCANYA KERANA BODOH POLITIK...

Dengan nama Allah, mari kita teruskan apa yang ingin dibicarakan oleh sarjana islam lampau berkenaan politik :

APAKAH ERTI IMAAMATUL ‘ UZMA
الإمامة العظمى ) ( ATAU
KHILAAFAH
الخلافة ) ( / KHALIIFAH الخليفة ) ( / PEMIMPIN TERTINGGI UMMAH


Kandungan konsep Politik Quranik berlegar di dalam perbahasan takrif Khilaafah atau Khaliifah atau Imamatul ‘Uzma yang boleh dijadikan asas dan panduan dalam memahami konsep politik yang berteraskan Al Quran.

TAKRIF :


A- Ibnu Khaldun (( Mukaddimah Ibni Khaldun (Cet. Muassasah Al A’limi lil Matbu’ah, Berut, m/s : 191) )) telah memberikan takrif “ Imamatul Uzma ” seperti berikut :

خلافة عن صاحب الشرع
في حراسة الدين وسياسة الدنيا به.


Maksudnya :
Pengganti ( pelaksana hukum-hakam) Pemilik Syarak (Allah)
dalam ( urusan ) memelihara agama ( islam ) dan mentadbir dunia dengan agama (islam).



B- Imam Mawardi (( Al Ahkam As Sultoniah wal Wilayat Ad Diniyyah (Cet Maktabah Taufiqiyyah Mesir, Tahkiq : Imad Zaki Al Barudi, m/s 15.) )) pula menta’rifkan “ Khilafah ” iaitu :

الإمامة موضوعة لخلافة النبوة
في حراسة الدين وسياسة الدنيا.


Maksudnya :
Kepimpinan ialah suatu perbahasan mengenai – Pengganti Nabi / Rasul -
dalam urusan menjaga atau menegakkan agama - dan mentadbir dunia .



C- Qodhi Abdul Rahman Al Iji (( Al Khilafah Al Islamiah (Cet Maktabah Darussalam Mesir, karangan : Profesor Dr Shoodiq Syaayif Nu’man m/s 14.) )) pula menta’rifkan Khilaafah seperti berikut :


Maksudnya :
SAW Pengganti ( pelaksana risalah) Rasulullah
dalam melaksanakan ( tuntutan ) agama dan mentadbir dunia
Ketika itu wajib seluruh rakyat mentaatinya.



D- Prof Dr SHoodiq Syaayif Nu’maan (( Al Khilafah Al Islamiah (Cet Maktabah Darussalam Mesir, karangan : Profesor Dr Shoodiq Syaayif Nukman m/s 15.) )) pula menta’rifkan Khilaafah seperti berikut :

رياسة عامة تتمثل

Maksudnya :
Ketua umum / pemerintah
dalam melaksanakan ( tuntutan ) agama dan
mentadbir dunia dengan agama
kepada rakyat tertentu (yang taat) ( yang peranannya adalah sebagai) pengganti (pelaksana risalah ) Nabi SAW




KESIMPULAN DARIPADA TAKRIF DI ATAS


Kesimpulan dari takrif di atas ialah :

1) Pemimpin / ahli politik ialah Pengganti Pemilik syarak :Ini bermakna pemimpin / ahli politik adalah pemegang amanah Allah iaitu pelaksana segala syariat Nya di muka bumi .

2) Pemimpin / ahli politik ialah “ Pengganti Nabi dan Rasul:Iaitu penerus perjuangan Baginda SAW dalam menyebarkan risalah tauhid di muka bumi.

3) Pemimpin / ahli politik ialah mereka yang Agama Isla
“ Mentadbir Dunia dengan Asas  ” :Iaitu mereka yang mengurus khazanah dunia dan memakmurkan dunia dengan amanah 
berpandukan Undang-Undang Pencipta dunia dan segala isinya.

4) Pemimpin / Ahli politik yang wajib diberikan sokongan dan dokongan ialah Pemimpin atau ahli politik Yang melaksanakan amanah Allah, yang meneruskan risalah Rasulullah SAW dan yang mentadbir dunia dengan syariat Allah.


Halal dan Haram Dalam Politik

Dari sisi lain,ia bermaksud haram memberi sokongan dan dokongan terhadap pemimpin yang yang tiada ciri-ciri di atas. Iaitu pemimpin yang khianat dengan amanah Allah dan Rasul SAW. Bila Allah dan Rasul SAW tergamak untuk dikhianati, ia juga sangat berpotensi menghianati rakyat.



Allah berfirman dalam surah Hud ayat 113 :

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.



Allah berfirman dalam surah Al Maaidah ayat 57 :

 Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.

Oleh hal yang demikian segala ciri-ciri seorang pemimpin politik yang adil, amanah , bertanggungjawab, berjiwa rakyat dan seumpamanya sarat terkandung di dalam ta’rif di atas.

Realiti konsep ini perlu dibawa dengan hikmah dlm masyarakat....
Samaada mereka menerima atau tidak...

yang penting...
SUDAH TERTUNAI AMANAH DAKWAH.....

kepada Allah aku memahon hidayah................................

ASAS / DASAR PERJUANGAN POLITIK MELAYU MUSLIM /
TUGAS UTAMA POLITIKUS MUSLIM


Melalui takrifan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa asas perjuangan utama seorang pemimpin atau seorang nagarawan atau seorang politikus melayu muslim menurut acuan islam ialah :

MENERUSKAN RISALAH BAGINDA SAW :

1) DENGAN MEMELIHARA ISLAM DAN MELAKSANAKAN TUNTUTANNYA.
2) MENTADBIR URUSAN DUNIA DENGAN ADIL MENURUT ACUAN ALLAH
DAN RASUL.


Oleh kerana status agamanya adalah muslim, politikus muslim tidak boleh tidak mesti berpegang dengan dasar umum di atas.

Asas tersebut adalah rumusan daripada Allah dan Rasul SAW. Memelihara islam bererti memelihara keadilan dan kesejahteraan hidup di dunia atau akhirat. Pentadbiran berdasarkan undang-undang Allah pula menjamin kemajuan, kesatuan dan keharmonian hidup yang adil dan menyeluruh. Sekaligus mengekang sifat tamak haloba dan nafsu buas manusia dalam mengurus diri dan negara amnya.

Apa sahaja yang diinginkan oleh manusia dalam hidup dapat dirumuskan dalam dua perkara di atas.

Ahli politik tidak boleh semata-mata mengejar dunia dan meninggalkan akhirat atau memburu akhirat dan mencuaikan dunia.

Kesimpulannya ialah :


Ahli politik perlu melaksana kecemarlangan yang seimbang antara dunia dan akhirat dengan panduan Allah dan Rasul.


Pengundi pula perlu meneliti benar-benar peranan calon pemimpin yang dipilihnya dalam melaksa dua perkara di atas. Kesilapan memilih calon pemimpin mengakibatkan pengundi menanggung dosa di akhirat dan kehinaan hidup di dunia.

Muslimin dan Muslimat

Kehidupan kita setiap detik dihitung dan akan dihisab di padang mashyar nanti. Oleh itu tiada pemisahan pembuatan kita aliran agama dan politik. Janganlah sesekali kita katakan agama suku dan politik suku kerana ucapan itu tempatnya neraka ……… Nauzubillah. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang berlaku di BumiNya, tiada terhalang catatan amal dan mungkar walaupun sehalus zarah. Ingatlah wahai sahabatku…… Mati hanya sekali. Alam kubur, soal jawab malaikat, pandang mashyar, syurga dan neraka adalah benar……. Serta hari pembalasannya. Oleh itu janganlah kita putuskan talian kasih sayang kita kapada Nabi Muhammad S.A.W. kerana Nabi sahajalah tempat kita memohon pertolongan di padang mashyar nanti Amin………, InsyaAllah.

Muslimin dan Muslimat

Kalian yang di kasihi sekalian, Takutlah kamu akan balasan Allah SWT. Sesungguhnya kita semua belum lagi dalam kerugian kerana pintu taubat masih terbuka setiap masa. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk kita hitung dan muhasabah diri, adakah kehidupan kita sekarang ini dalam keredhaan Allah SWT?

Muslimin dan Muslimat

Janganlah kita jauhkan hati kita mengadap Allah SWT dan janganlah kita tinggalkan amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Muslimin dan Muslimat

Kita mesti ingat, orang yang terselamat daripada penghitungan Allah SWT di padang mashyar ialah kanak-kanak yang belum bahlig dan mujahid yang mati sahid di jalan Allah. Siapalah kita kalau tidak kerana kerahmatan daripada Allah SWT. Oleh itu kita berharapkanlah kepada keampunan Allah SWT, semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syurgaNya. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan