Ahad, 27 Februari 2011

26hb. Feb, 2011 PENAMAAN CALON DI KERDAU PAHANG

 Tempat berkumpul Surau batu 2, Kampung Jaya.
 Taklimat sebelum berangkat
 Empat MPV.


 Pembahagian peserta
 Sebelum berlepas baca doa dahulu jam 11 malam
 Di Hentian Temerloh sarapan nasi lemak jam 1 pagi yang dibawa bekal oleh Tuan Haji Tahir.
 Cikgu Ariffin
Ngantuk sangat dah tu. Kaki lima je.
 Baru sampai di Masjid Ubudiah jam 3 pagi
 Solat subuh diimankan oleh Tuan Guru
 
 Tazkirah setengah jam


 Tok Bilal Mekah sedang khusus mendengar Tazkirah Tuan Guru.
Wajarkah di Caci?

Salam saudara seagama ku,
Hati saya terguris dan kadangkala hampir menitiskan air mata apabila melihat seorang insan kerdil yang sentiasa membawa ayat-ayat Allah dan Rasul bersama-samanya diherdik,di maki, di hina seperti langsung tidak mempunyai nilai di sisi masyarakat.
Beliau seorang pemimpin negeri yang zuhud, sentiasa meletakkan kepentingan agama mengatasi kepentingan duniawi.
Beliau sangat banyak melakukan ibadah dan sentiasa menasihatkan tentang pembalasan Allah di atas setiap perlakuan manusia di atas muka bumi.
Pelbagai gelaran yang jelek dan kotor, yang dilemparkan terhadap insan ini.
Sekadar ingin bertanya kepada mereka yang selalu menghina Nik Aziz ini, adakah orang yang menghina lebih baik dari yang dihina??
Beliau adalah orang yang sangat hampir dengan Allah, yang banyak melakukan solat di malam hari,banyak berpuasa sunat,sentiasa menjaga solat, sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk,Al-Quran sentiasa didampingi serta sentiasa menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Jika yang selalu menghina beliau sehingga menggelarkannya Syaitan,puk***k bukan ulama', Nik N*jis,ulama terompah dan sebagainya, hentikanlah hinaan yang sebegitu kerana amalan Nik Aziz di dalam beragama adalah jauh lebih baik dari yang menghina.
Insaf dan bertaubatlah, dan jangan sekali-kali menghina golongan yang dekat dengan Allah, kerana dikhuatiri Allah akan menimpakan balasan 'cash' kepada orang yang menghina kekasihnya.
Sekadar peringatan..


 Bang, letih sangat ke?
 Tok Bilal kita keletihan. nasib baik ada dinding.

 Anak yang soleh sentiasa menunaikan kewajipan walaupun diwaktu subuh yang sejuk.
Seruan kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau

Oleh Nik Abdul Aziz Nik mat

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat

Salam Sejahtera.“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Maksud Al-Quran, al-An’am 6:162)

Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H.

Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup.

Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah:

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19)

Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan.

Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas’uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.

Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang:

“Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).”

Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam.

Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS.

Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

(Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103),

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.

Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat.

Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz ‘Bismillah...nama Tuhan yang Esa’ undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN.

Selamat mengundi. Semoga dengan ‘sepangkah undi,’ tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat”

*PAS UNTUK SEMUA *

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

merangkap Mursyidul Am PAS.

 Menadah mohon keberkat selepas Tazkirah
Berpusu-pusu untuk bersalam


 Tak takut ke?
 Bergambar sebelum makan. AJK Masjid belanja
 Tuan Guru makan nasi lemak
 Berebut ambil gambar Tuan Guru
 Bersarapan pagi
 Tok Ki orang kuat masjid Ubudiah
 Bergambar bersama YDP PAS Kemaman Tuan Haji Ismail harun

 Kenangan di Masjid Ubudiah bersama SU PAS Kawasan Kemaman Tuan Haji Othman 
Bergambar dahulu sebelum berarak
 Selepas dapat parking terus bergerak ke tempat perarakan calon.
 La Ustaz ada datang jugak. Salam ustaz.
 Wakil PAS Bukit Kuang Kemaman
 Ustaz Wan Mazli Wan Dagang bersama anaknya.   Bila agaknya boleh datang ke SKJ. Orang yang hebat berkhutbah. 
 Inilah wakil Surau Batu 2, Kampung Jaya Chukai Kemaman
 Ustaz SaifulBahri orang nombor 3 dalam PAS negeri Terengganu.

 InsyaAllah Menang. Takbir

 Baca doa oleh Ustaz Nik Zawawi sebelum berarak
 Ustaz Mohd Khalil anak Presiden PAS
 Warga Emas daripada Kemaman. Dia akan pulang selepas keputusan pengundian nanti. Kerana jasadnya diperlukan disini. Takbir. Itulah luahan semangat Tok Ki. Tok Ki ini patut dicalonkan sebagai Jasad pilihan kerana tidak pernah ketinggalan untuk bersama. 
 Orang kuat Hanafiah
 Tidak boleh fokus dekat nanti kena edit pulak

 Orang kuat Injin gergaji
 Takbir. Allah Maha Berkuasa. itulah ucapan Tok Ki ini kepada saya.
 Generasi yang Hebat
 Warga Emas Musliamat
 Body Guard Ustaz Suhaimi  Md Saad
 Walaupun keadaan Encik Halim kurang sihat tetapi tidak pernah mis dalam misi penmaan calon. Tahniah kerana dapat bersama dengan YB Takiydin
 Warga Emas sanggup datang
 Orang Kuat Surau Batu 2, Kampung Jaya.
 Team PAS Kemaman

 Walaupun berkaki satu, tapi masih mampu bersama gerakan ISLAM. Ustaz  Saifulbahri tersenyum kerana menpunyai pemuda sebegini rupa. Hebat.
 Adik daripada Jengka 15
 Muslimat yang sejati

 Orang kuat Pasar Kemaman

 
 Hebat adik ini. Takbir
 Bos DAP
 Adik yang bakal mendaulatkan ISLAM
 Yahya Ali dan Hanifiah


 Berehat sebentar selepas habis pengumuman calon oleh SPR.

KERDAU, 26 Feb - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang  menyifatkan perjuangan menentang UMNO BN harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau pun UMNO menggunakan taktik kotor dalam setiap kali pilihan raya ditambah lagi dengan kerjasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun mahu atau tidak PAS perlu menyuburkan amalan demokrasi itu.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat ringkas dihadapan para petugas dan penyokong parti itu dekat Kg.Desa Murni semalam. "Puak-puak BN hanya tahu ingin menang sahaja, mereka sanggup berbuat apa saja untuk itu hatta menipu dan menabur wang dalam pilihan raya. Inilah yang berlaku, masalahnya jika kita tidak lawan mereka akan kata kita takut. Itulah penyakit UMNO BN seperti orang gila.

Jika kita lawan mereka main kotor. Kalau kita tidak lawan kita bodoh",
katanya. Perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam dan kita tidak mahu kemenangan itu dicapai secara kotor. Tapi UMNO sanggup melakukannya demi mempertahakan kuasa biar pun mereka tahu telah ditolak rakyat secara keseluruhan sebenarnya.


Amalan demokrasi tercemar dengan tindakan yang jelas bercanggah dan tidak sepatutnya itu. Beliau menyeru petugas PAS bekerja lebih gigih untuk memastikan kemenangan calon parti itu. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim serta beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Apa yang jelas dapat dilihat, PAS sedaya upaya mahu merampas DUN Kerdau daripada BN dalam pilihanraya kecil ini. Ia mungkin bagi menyuntik semangat perjuangan ke arah menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Cuma di sini, PAS perlu lebih menumpukan gerak kerja di kawasan Felda dan Felcra yang dipercayai ada lebih 3,000 pengundi.

 Majlis perasmian Markas Kampung Desa Murni 
 Baju putih SU Pas Kawasan Kemaman
 Calon kita yang pakar bidang Oil dan Gas. Dibelakangnya sebelah kanan Tuan Ibrahim Tuan man dan sebelah kiri Ismail Harun YDP Kawasan Kemaman
Ucapan Presiden
Calon kita
Ucapan calon
Presiden bersama Yahya Ali
Saudara pengerusi majlis Encik Ariffin Deraman (Pemuda Pas Marang)
Alhamdulillah konvoi kami selamat pulang jam 4:15 petang

Harta siapa?

WikiLeaks - Secret Bank Accounts of Mahathir's family and his cronies continue 2

36. Name : Mr. Sabbarudin Bin Chik
Post : Minister of Culture, Arts and Tourism
Passport No. : D 196432 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E-699-3172-982 (B)
Amount : USD 8,500,000.00
Date of opening account : 02/09/96
Date of Maturity : 02/09/99

37. Name : Mr. Mustapa Bin Mohamed
Post : Minister of Entrepreneur
Second Finance Minister
Passport No. : D 862411 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : CA-5098-344- 66-D
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 12/06/96
Date of Maturity : 12/06/99

38. Name : Mr. Mustapa Bin Mohamed
Post : Minister of Entrepreneur
Second Finance Minister
Passport No. : D 862411 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)

2 years
Account No : DD-2141-7922- 549-F
Amount : USD $ 5,000,000.00
Date of opening account : 21/04/97
Date of Maturity : 21/04/99

39. Name : Ms. Siti Zaharah Binti Sulaiman
Post : Deputy Minister of Health
Passport No. : D 594071 (M)
Bank : United Overseas Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : M-3914-7179- 212-D
Amount : S $ 5,500,000.00
Date of opening account : 28/05/97
Date of Maturity : 28/05/99

40. Name : Mr. Tajol Rosli Bin Mohammad Ghazali
Post : Deputy Home Affairs Minister
Passport No. : D 691872 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : B 1712-341-619- C

Amount : S $ 2,000,000.00
Date of opening account : 29/06/97
Date of Maturity : 29/06/99

41. Name : Mr. Abdul Kadir Bin Sheikh Fadzir
Post : Deputy Minister Human Resources
Passport No. : D 541781 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : D 319-2218-512- J
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 28/02/98
Date of Maturity : 28/02/01

42. Name : Mr. Ibrahim Saad
Post : Deputy Minister PM Department
Passport No. : D 891741 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M
374-6593-88 374-6593-88 D
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99

43. Name : Mr. Mohamed Nazri Bin Aziz
Post : Deputy Minister PM Department

Passport No. : D 871945 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BD 5211-7925-8716- 51 MA
Amount : USD 6,500,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99

44. Name : Mr. Mohamad Isa Bin Abdul Samad
Post : Chief Minister of Negeri Sembilan
Passport No. : D 831569 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E- 6654-662-719- M
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 09/07/96
Date of Maturity : 09/07/99

45. Name : Mr. Mohamad Isa Bin Abdul Samad
Post : Chief Minister of Negeri Sembilan
Passport No. : D 831569 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-5152-6161- 311-D
Amount : USD 5,000,000.00

Date of opening account : 24/01/97
Date of Maturity : 24/01/00

46. Name : Mr. Sanusi Bin Junid
Post : Chief Minister of Kedah
Passport No. : D 659711 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FG 3469-4462-9172 (DE)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/99

47. Name : Mr. Sanusi Bin Junid
Post : Chief Minister of Kedah
Passport No. : D 659711 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : H 7639-1722-5243 (MG)
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/99

48. Name : Mr. Sanusi Bin Junid
Post : Chief Minister of Kedah
Passport No. : D 659711 (M)

Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
1 years
Account No : DC 7943-7716-2713 33 NB
Amount : S $ 3,500,000.00
Date of opening account : 10/12/97
Date of Maturity : 10/12/98

49. Name : Mr. Abdul Ghani Bin Othmman
Post : Chief Minister of Johore
Passport No. : D 615791 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : GH 1299-4166-339 A
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 11/06/97
Date of Maturity : 11/06/99

50. Name : Mr. Abdul Ghani Bin Othmman
Post : Chief Minister of Johore
Passport No. : D 615791 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : D 1471-3134-22 F
Amount : S $ 3,000,000.00
Date of opening account : 03/04/97

Date of Maturity : 03/04/99

51. Name : Mr. Ramli Bin Ngah Talib
Post : Chief Minister of Perak
Passport No. : D 774511 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : AB 7193-4111-331 (A)
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 20/12/96
Date of Maturity : 20/12/98

52. Name : Mr. Abu Zahar Bin Isnin
Post : Chief Minister of Malacca
Passport No. : R 515341 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency
3 years
Account No : FA 9132-3156-212 E
Amount : USD 2,000,000.00
Date of opening account : 11/04/96
Date of Maturity : 11/04/99

53. Name : Mr. Abu Hassan Bin Omar
Post : Chief Minister of Selangor
Passport No. : D 493718 (M)
Bank : Citibank

Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 3,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99

54. Name : Mr. Abu Hassan Bin Omar
Post : Chief Minister of Selangor
Passport No. : D 493718 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 3,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99

SENIOR PERSONNEL AROUND MAHATHIR

55. Name : Mr. Abdul Aziz Bin Ismail
Post : Chief Private Secretary of PM
Passport No. : R 814239 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : GM 5210-6125-8862- 49 DG
Amount : S $ 5,000,000.00

Date of opening account : 10/04/96
Date of Maturity : 10/04/96

56. Name : Mr. Abdul Aziz Bin Shamsuddin
Post : Political Secretary 1 to PM
Passport No. : R 722217 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : HD 4179-2416-3829- 31AD
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 21/12/96
Date of Maturity : 21/12/98

57. Name : Mr. Mohammad Noordin Bin Bachik
Post : Private Secretary to PM
Passport No. : E 691432 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : SD 3912-4942-6918- 72 DA
Amount : S $ 4,000,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/98

dok pi simpan jauh2 tu nape....takut org tau la ya...haha
tapi takpe la kalau memg duit duit mak bapak depa punya...kita jgn la cemburu...tu memg duit pusaka tok nenek depa punya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan